Tuesday, February 26, 2013

Hutang

Assalamualaikum wbt

Semalam pay-day..seronoks la kejap tgk angka2 dlm statement tu..tapi keseronokan itu hanyalah sementara..malamnye dh kena hitung itu ini..dh pegi withdraw utk jelaskn hutang piutang..adatlah kn dah berhutang mg kena byr...

Ai ni kategori hidup dikelilingi hutang..naik kereta hutang bank, study hutang ptptn, nk buat saving asb pn hutang, nk kawen xde modal buat loan, tak lama pastu overlap lagi...itu belum beli rumah lg, kalo tak tambah lg 1 hutang..haihhh bile difikir-fikirkan balik kalau ai tak berhutang mane dapat nk pakai kereta, nk study tinggi2 (walau tak tinggi mane), xdpt nk saving asb n worst thing tak dpt ler nk wat mejelis kawen dulu..hukhuk sadis kn

Cer bayangkan bila tolak hutang2 itu semua baki yg tinggal hanyalah sekadar cukup makan smpai next pay-day je..punye lah banyak hutang2 ai..itu belum lg kire expenses, bil sekian sekian alam..susu pampers anak kena tolak tepi awal2..kng tak memasal kering pulak anak ai nan sorang tu hihi...

Tak sabar tunggu langsai semua hutang2 tu..alangkah indahnya kalau gaji tu bersih tanpa sebarang komitmen..barulah boleh enjoy puas2 kan..shopping pn xyah nk kire mahal murah...ishh tentibe nk henbeg LV..eh coach cukuplah kot..mule nk berangan tu..hihi angan2 jela kot...mostly hutang2 ai akan langsai dalam masa 7-8 tahun lagi..bukannya tempoh yg singkat tp dalam masa yg sama dah tanam azam taknak tambah sebarang hutang lg termasuklah beli rumah...nampaknya kena postpone la wishlist ai utk miliki rumah sebelum umur 30tahun..huhu moga2 ada rezeki utk miliki kediaman sendiri lepas semuanya dh setel..tinggal byr rumah aje xpela...

p/s : hutang budi dibawa mati :)

Monday, February 25, 2013

Ceramah Politik ler puloksss

Assalamualaikum wbt

Salam Senin...huhu bosan kt opis..siapkan keje cepat nk balik jenguk anak n somi di umah japgi..dalam pada kite duk pulun siapkan keje ade jugak org yg xde keje duk berceramah perdana kt belakang nun..dengarnye smpai ke sini..ape story??hurmmm ape lg...politik la....eeeiiii tak sukak!!!

p/s : ai bukanla ignorant sgt bab politik, ade perlunya kita tau serba sikit psl pemerintah negara kita tp kalo dh jumpe org yg taksub mg ai larikkkkk...bingit la tambah2 yg asyik duk bangkang itu tak kena ini tak kena..hishhh

Friday, February 22, 2013

5 first things in the morning

assalamualaikum wbt

saje nak share...perkara-perkara rutin yg ai akan lakukan sebaik je jejak kaki ke opis :

1. Kemas meja (sebab masa balik kalut sampai tinggal bersepah) heeee

2. Turn-on PC

3. Browse FB

4. Browse Blog

5. Check email ( personal n official )

:D



Thursday, February 21, 2013

Owh saya stress

Sangat-sangat stress ler...berserabut kepala otak...kn best kalo leh bercuti 2-3 bulan pegi melancong ke..mst heaven..huhu

p/s : malas nk dtg keje :(



Monday, February 18, 2013

Airis 16months

Selamat ulang bulan kelahiran sayang mama n papa!!

Semakin hari ade saje perangai yang nak ditunjukkan kat mama n papa dia tau..kadang rasa geram tapi makin sayang..

progress:
~ mulut semakin riuh, dah pandai mintak ape yang dia nk i.e pokpok (nak mkn wafel), aden (nak p garden), acut (nak pakai kasut), baby (main patung pussy cat), mamama (main talking doll), mam (nk mkn nasi), dll
~ dah pandai terima arahan i.e angguk bila nak/ya, geleng bile taknak/no..dah boleh disuruh tlg itu ini
~ dah pandai bagi isyarat i.e nak gosok gigi, nak suap makan sndiri, nak tido, nak nenen, dll
~ suke tiru/ajuk ape org buat terutamanya mama n papa..org solat dia pn solat jgk hihi
~ suke baca alif ba ta compare dgn abc..
~ masih tak suka doll/bear yg comel2..suke yg comot2 je..hihi
~ suke sgt dgn ball,pantang tgk bdk2 main ball kt taman dia nk join tendang ball..haa ini papa la punye pasal ngajaq anak tgk bola lg
~ suke dgn baby..pantang nmpak baby nk pegi pegang dgn mulut 'baby'baby'baby'...nk adik ke??

Arini ade chitchat dgn hubby, niat nk kumpul baju airis yg dah xmuat nk wat preloved sale tp hubby tak bagi,simpan utk adik katanya...haha

Thursday, February 14, 2013

Debat Suami Isteri

Assalamualaikum sahabat maya..

Sebenarnya ai nk sangat malas nk update blog..entah nape rs kemalasan tu menerjah je walhal banyak je story yang perlu dikongsi (kata 'perlu' di situ menunjukkan betapa pentingnya story tersebut untuk kenangan di hari tua..ekekeke)..well,blog ni mg diwujudkan dengan harapan satu hari nanti ai boleh review balik cerita2 sepanjang kehidupan kami anak beranak,kire diari la kan..so story2 penting mestila kena masuk..

Ok back to our story, sepanjang bersuami isteri ni ai dengan hubby agak selalu berdebat..dari perkara yang paling remeh hingga perkara yang boleh menggugat keamanan negara..well u know what ai mean..bagi ai ianya sekadar satu perbincangan dalam kelambu yang dapat membuka minda tatkala diri terlalu sibuk untuk mengambil tahu hal duniawi..

One of our topic yg ai nk share kt sini adalah "Adakah kanak-kanak yang dilahirkan dalam keluarga kafir layak masuk syurga"..agak sensitif kn topik ni,tapi ai sangat teruja nk berdebat,sebabnye kata sang suami kanak-kanak kafir tetap kafir dan tidak akan mencium bau syurga, betul ke cmtu??point yg disuarakan agak relevan dan dihujahkan segala nas yang tidak diketahui oleh ai asal usulnya..ape2 pn ai terima..well kite just nk share our opinion so kena la respect ur opponent..hehe

In my point of view pulak, kanak-kanak ini tidak berdosa dan tidak diberi pilihan untuk dilahirkan sebagai kafir atau muslim maka dengan itu dia tidak layak dihukum sebagai seorang kafir..sebenarnya ai start cari point bile berita kematian adik william tempoh hari..melihatkan raut wajah yg manis dan comel, tetibe ai terfikir adakah kanak-kanak ini dikategorikan sebagai bidadari syurga..wallahualam...

Maka dengan itu ai dengan gigihnye menggogel beberapa fakta dari pakcik gugel..n dapatla beberapa nas seperti yang dikongsi di bawah ini..moh kite sama2 menambahkan ilmu di dada ye :)

sumber kopikat : http://darulilmi.org

PENDAPAT PERTAMA: Mereka diuji di hari kiamat sekiranya mereka lepas mereka ke syurga sekiranya tidak mereka akan masuk neraka.
Syeikh Abu Hassan Ali bin Ismail Asy-Syaari daripada Sunnah Wal Jamaah dan disokong oleh Imam Baihaqi dalam kitabnya (Kitabul Iktiqad) dan disokong oleh ulama-ulama yang pakar.
“Daripada Al-Aswad bin Sari’ r.h.u, sesungguhnya nabi bersabda ‘Empat golongan yang mengadu kepada Allah pada Hari Kiamat iaitu pertama lelaki yang pekak (tidak mendengar apa-apa), kedua lelaki gila, ketiga lelaki nyayuk dan keempat lelaki ahli fatroh (golongan yang diantara Rasul-rasul). Adapun orang yang pekak tadi berkata ‘Sesungguhnya telah datang ajaran Islam dalam keadaan aku tidak mendengar apa-apa. Adapun org yang gila berkata ‘Sesungguhnya telah datang Islam kepada aku dengan keadaan budak-budak membaling aku dengan taik unta.’ Adapun orang tua yang nyanyuk berkata ‘Wahai Tuhanku sesungguhnya telah datang Islam kepadaku sedangkan aku tidak memahami apa-apa.’ Adapun ahli fatroh berkata ‘Wahai tuhanku tidak sampai ajaran Rasul kepadaku.’. Kemudian Allah membuat janji dengan mereka supaya mereka benar-benar taat kepada Allah lalu mereka dihantar ke neraka agar mereka masuk kedalamnya. Rasullulah berkata ‘Demi tuhan bahawa diri Muhammad dalam kekuasaanya kalaulah mereka masuk ke dalam api neraka tadi mereka berasa sejuk dan selamat.’”.
Riwayat yang pertama daripada Ahmad, Bazzar (2174) dan Baihaqi.
Dalam riwayat yang lain ditambah pada akhirnya kata-kata Nabi:
“Sesiapa yang masuk ke dalam api neraka tersebut akan menjadi sejuk dan selamat dan sesiapa yang tidak masuk akan dicampak kedalam api neraka yang panas.
Riwayat yang kedua daripada Thabrani dalam Mu’jam Kabir (481).
Daripada hadis ini menunjukkan bahawa orang-orang yang tidak sampai seruan dan ajaran Isalam termasuklah kanak-kanak orang kafir mereka diberi satu akur janji supaya mereka taat kepada Allah taala lalu mereka diuji dengan disuruh untuk masuk ke dalam neraka tanpa paksaan. Sesiapa yang masuk ke dalam api neraka akan menjadi sejuk dan akan dimasukkan ke dalam syurga dan sesiapa yang tidak mahu masuk maka mereka akan dihumbankan secara paksa dalam neraka.
Kedua-dua riwayat dihukum shahih oleh Al-Haythami.
PENDAPAT KEDUA: Sesungguhnya mereka (budak-budak kafir) dalam syurga dan ini berdasarkan hadis Shahih Bukhari no.6640 dari Samuroh bin Jundub r.a.h.u. Sebuah hadis yang panjang diantaranya Nabi bersabda:
“ dan adapun lelaki yang tinggi di Raudhah (taman syurga) adalah Nabi Ibrahim, dan adapun anak-anak ataupun wildan(budak-budak) yang ada disekelilingnya adalah setiap budak yang mati di atas fitrah. Lalu sebahagian orang Islam bertanya ‘Ya Rasulullah, adakah ianya termasuk dalam kanak-kanak orang kafir? Lalu Rasulullah saw menjawab, termasuk anak-anak yang kafir.’ ”
(Shahih Bukhari No.6640)
Pendapat ini dinukilkan oleh Imam As-Syaari daripada ulama’ ahli Sunnah wal Jamaah.
Imam Ibrahin bin Muhammad Bajuri dalam kitabnya (Tuhfatul Murid) berkata sesiapa yang mati sebelum baligh maka ianya selamat daripada neraka sekalipun daripada kalangan anak-anak orang kafir
PENDAPAT KETIGA: Sesungguhnya anak-anak kafir yang mati bersama ayah mereka di neraka.
. Ini berdasarkan hadis Imam Ahmad dan Abu Daud.
“Abdullah hamba kepada Ghatif bin Yazid bertanya kepada Aisyah r.h.a tentang anak-anak orang kafir(yang mati sebelum baligh), Rasulullah SAW menjawab ‘Mereka bersama bapa-bapa mereka’, lalu Aisyah bertanya semula ‘Ya Rasulullah, Adakah mereka masuk ke neraka tanpa amal?’ Rasulullah SAW bersabda ‘Allah Azza wa Jalla lebih mengetahui yang mereka amalkan.’
(Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud: 4712)
PENDAPAT KEEMPAT: Sebahagian Ulama’ mengatakan bahawa kita tidak perlu membincangkan masalah ini dan menyerahkan pada Allah taala.
Daripada Ibn Abbas “Sesungguhnya Nabi ditanya tentang anak-anak orang kafir lalu Nabi bersabda ‘Allah lebih mengetahui apa yang mereka buat’”
Hadis riwayat Bukhari (1383) dan Abu Daud (4711)
 
KESIMPULAN: Pendapat pertama lebih kuat kerana ianya menghimpunkan hadis-hadis yang berkait dengan hadis ini sepertimana yang disebut oleh Imam Ibn Kathir dalam tafsirnya semasa menafsirkan ayat 15 Surah Al-Isra’.Apa pun pendapat yang kita pegang, kita tidak boleh membincangkan dan berdebat perkara ini secara berlebihan berdasarkan:
Hadis daripada Ibn Abbas, “Rasullullah bersabda ‘Sentiasa umat ini dalam keadaan hampir dengan tuhannya selagimana mereka tidak sibuk membincangkan tentang hukum anak-anak orang kafir dan masalah qada’ dan qadar”
Hadis riwayat Ibn Hiban (6724) dan Al-Hakim.
Hadis shahih menurut Imam Haythami.
RUJUKAN: Kitab Tukhfatul Murid Jauharatut Tauhid, Tafsir Ibn Kathir dan Sunan Abu Daud

Wednesday, February 13, 2013

Wordless Wednesday

dh pndai pilih baju sndri

masih lg takut dgn air...mama yg hover hihi

say cheese

olololo muke ngantuk

layan steamboat di Cameron

nk suap mkn sendiri pulak

aksi-aksi nakal ms shopping