Pages

Thursday, February 21, 2019

Aathif Irfan :: 8 months old

 
Seketul Aathif
 
Dah 8 bulan lebih usia budak seketul ni. Berat masa genap 8 bulan adalah 8.35kg. Itu pun sebab kebetulan dia muntah2 pegi klinik pagi tu kena timbang berat sebab nak bagi ubat. Kesian anak mama muntah2, esoknya cirit pulak. Gambar ni masa dia umo 5bln kalau tak salah aku, sebab takde gigi atas lagi. Sekarang ni dah 8 btg gigi, 4 atas 4 bawah. Baru pandai merangkak sikit-sikit haha. Mengesot je laju. Takpe nak, slowly but surely kan.
 
Being the last, tentunya paling dimanjakan. Biasalah tu kan. Bukan sebab he's the only boy, tapi sebab dia paling kecik. Itu yg selalu aku ingatkan dalam diri aku. Aku taknak beza-bezakan gender dalam uruskan anak-anak aku. Sebolehnya aku taknak kakak-kakak terasa mama lebih sayangkan adik sebab adik boy. Its a big NO. Aku lebihkan dia, sebab dia paling bongsu, korang dah lama dapat manja mama sebelum Aathif lahir, so kasi chance la kt adik pulak. Kot nenanti ade pulak adik baru, adik baru la pulak dapat lebih..gitu kekdahnya. Hehe.

So far perkembangan Aathif just on track, takde terlebih advance, takde kurang kat mana-mana. Walaupun ada kawan sebaya dia dah boleh berdiri, sikit pun mama tak gabra sebab anak-anak mama semua lambat jalan, perhaps Aathif pun sama. Satu lagi kata orang tua, kalau dh gigi naik dulu jalannya lambat sikit. So nothing to be worried. After all, akan jalan jugak satu hari nanti.

Pagi tadi masa mama drive ke ofis tetiba terkenang detik sebelum kelahiran Aathif. Entah kenapa, mungkin sebab melintasi pusat bersalin berisiko rendah tu kot. Teringat betapa mudahnya urusan, walaupun sedikit berliku hihi. Sakit contraction pun tak lama. Masuk ward kejap dah turun ke labor room, duk dalam labor room kejap dah nk bersalin. Dah lupa jugak sakit yang maha hebat tu macam mana. Aduhai ibu-ibu ni memang mudah lupa. Tengok je muka anak terus hilang sakit beranak tu. Padahal masa sakit tu taktau macam mana nak gambarkan. Huhu.

Aathif Irfan, mama sangat sayangkan kamu. Moga kamu membesar jadi anak yang soleh, jadi al-hafiz seperti yang mama harapkan. Jaga kakak-kakak kamu jugak tau.

Thursday, February 14, 2019

Hola 2019

Hola

Nak wish Selamat tahun baru 2019...erkk relevan lagikah?haha

Punyalah lama tak hapdet blog. Nak bukak pun dah tak ingat password oii. Apelah mama ni, janji nak update perkembangan anak2, nampaknya janji hanya tinggal janji belaka.

Mehla kita cut short story tiap sorang anak2 mama.

Airis
Sebulan yang pertama persekolahan dia masih sama macam tahun lepas. Bangun tido je mesti nangis, entah ape yang tak kena, kitorg pn tak tau. Lepas mandi pakai baju semua dia stop sendiri. Kadang memang malas yang layan tapi kepala rasa berserabut dengar dia nangis pagi2. Mama ni bukannya jenis penyabar, memang nak kena marah jela Budak tu sorang. Bila petang balik sekolah attitude dia terus berubah, ceria aje. Kuat bermain. Homework jenuh tanya baru teringat nak buat. Hmm. Sekarang ni petang2 lepas KAFA terus mengaji al-Quran dengan ustaz so tak perlu pegi mengaji kt rumah Ustazah lagi dah malam2. Ade la masa dia nak tengok tivi, buat homework. Airis ni kakak yang baik, rajin tlg mama jaga adik. Dah banyak cerdik dia, dah boleh harap itu ini. Alhamdulillah.

Ayra
Budak ni memang dari dulu paling senang handle. Bangun pagi mudah, rajin ke sekolah. Tapi ada time dia nak buat hal, aduhhh pening kepala mak. kebiasaannya dia akan buat perangai bila nak outing. Atau di shopping mall, ade je benda yang dia nak tak dapat mula la buat perangai. Mama risau dia sebab susah makan nasi, kalau jajan benda merapu tu lajuu je. Dahla sekolah atas mini mart, balik sekolah laju je melencong nk beli jajan. Duhh. Sampai sekarang ni dah 5 tahun still minum susu dalam botol, cuma kt sekolah mama tak bagi bawak, malu kt kawan2 hihi. Bab jaga adik dia la paling kalut, masalahnya si adik tak mau kat dia..haha. So far perkembangan kat sekolah pn agak memberangsangkan. Membaca buku sekolah je laju, kalau bg buku lain tak boleh pun. ppfftfptfpt. Takpelah slowly but surely kan adik. Mama tau adik boleh.

Aathif
Aathif dah masuk 8 bulan arini. Semalam timbang berat 8.37kg. Mama ingatkan dah 9kg rupanya belum. Sikit pulak naiknya kalini. So far dia masih belum boleh merangkak, angkat2 bontot tu ade tapi xlepas nak ke depan, sudahnya mengesot jelah senang. Gigi dah 8 batang, advance bab tu je. Hahaha. Makan pun senang, so far mama masak ape pun dia laju je makan. Takde lagi yang tolak. Tapi semalam dia muntah2, tak tau la sebab salah makan ke ape, tapi takde cirit birit ke ape. So hopefully takde ape la tu. 

Rasanya itu jela dulu, kalau mama ada masa nanti mama coret lagi. Nak p meeting dah. Bye

xoxo