Tiber cakap pasal ni..
Tengok arwah Abam, Ashraf Sinclair, dan ramai lagi yang pergi di usia muda buatkan aku terfikir pasal ni. Macam mana kalau aku pergi dulu?Atau suami?
Nak cakap pasal harta, sesungguhnya aku dan suami bukanlah golongan pengumpul harta. Adala umah sebijik atas nama aku, loan lppsa baru 6 tahun bayar ada lagi 24 tahun to go. Keta sebijik pun nama aku, loan bank jugak tapi dah nak habis bayar, alhamdulillah. Keta & rumah ni kira harta sepencarian kami laki bini la, sebab beli lepas kawen. Keta aku yang beli ms bujang dah terjual. Itu jela kot herta yang kami punya, itu pun hutang ye kwn2. Hahaha sedih.
Tapi untuk pelajaran anak2, aku ada commit SSPN & SSPN i-plus. Makna kata kalau umur aku pendek, insyaAllah pelajaran anak-anak terjamin, mudah-mudahan. Aku jugak ada takaful, yg mana aku dah hibahkan utk anak2 aku andai aku tiada. Untuk suami??takde ape yang boleh aku tinggalkan, cuma kenangan kita berdua. Ecehhh hahaha. Insyaallah kalau aku pergi dulu, rumah, kereta akan dapat kt suami & anak-aku jugak. Dengan bahagian mak ayah bersama. Aku yakin mak ayah aku tak kisah kalau suami & anak-anak duduk umah tu. Jadinya aku takdela risau sangat andai aku pergi dulu. Buat suami, kalau nak cari pengganti aku pun carilah yang boleh jaga anak-anak aku sebaiknya, yang boleh menyumbang kepada keluarga (u know what i mean) hehehe
Part suami aku tak sure. Memang sekarang dia cuma ada sebijik moto. Yang tu aku tak kisah, kalau kata adik beradik dia nak tuntut pn ambiklah, sebab aku tak reti bawak moto haha. Cuma kalau kemudian hari ada rezeki dia beli rumah atau kereta atau kedua-duanya aku harap dia dah siap2 letak penama atau hibahkan kat anak2 dia sama rata. Taknak letak nama aku pun takpe, aku tak kisah. Hak anak-anak tu yang paling aku tekankan. Yang aku tau suami aku ambik PA insurance utk family, which is aku tak tau sangat details. cuma semua polisi aku simpan dalam satu sampul. apa2 jadi senang nak cari. Cuma aku doakan suami aku panjanglah usianya, amin Ya Rabbal A'lamin...
Takde sapa mintak pergi dulu, tinggalkan anak2 yang masih kecik, yang masih dahagakan kasih sayang seorang ibu/ayah. Tapi soal ajal maut kan rahsia Allah, tak siapa tau siapa yang akan pergi dulu, So why not kita sentiasa bersedia. Bukan setakat persediaan bekalan sendiri ke alam barzakh tapi juga persediaan utk orang-orang yang bakal kita tinggalkan kelak. Takkan kita nk biarkan orang yg kita sayang terumbang ambing lepas pemergian kita? Aku cakap soal realiti, which is serious.
Sebab tu sekarang ni kalau ko ade harta berjuta, atau sikit sekalipun buatlah hibah/wasiat ot whatsoever yg dirasakan sesuai. AmanahRaya ada, pemudahcara. Kalau ada hutang piutang cubalah selesaikan semaksima mungkin, jgn culas bayar hutang, takkan kita nk biar yg hidup tanggung hutang kita kelak. Kalau ada loan rumah, ambiklah mrtt or mrlt, boleh google sendiri apa menda. Loan kereta pun sama, ambik takaful yang boleh cover baki hutang andai kita meninggal dunia dulu. Benda boleh mudahkan, kenapa nak susahkan.
Ye kan?
0 Comments