Kuarters Putrajaya :: Akhirnyaaaa

By aYda - 8:22 AM

 
Akhirnya sampai jugak giliran aku dapat kuarters kat Putrajaya ni. Seingat aku awal tahun 2012 aku apply online, September 2019 baru dapat ye. Mana tak happy penantian bertahun2 weh.
 
Orang lain happy masuk rumah sendiri, aku happy dapat masuk kuarters haha. Manusia memang pelik kan. Haha. Kos tinggi weh, duduk kuarters jimat sikit, lagipun aku dh beli rumah kat kampung, mana mampu nak beli lagi kat sini. Maka kuarters adalah alternatif terbaik instead of sewa luar. Mahal gilos ahh rumah sewa kat sini.
 
Actually aku belum dapat kunci lagi pun, baru dapat emel untuk ambik surat tawaran. Tak tau lagi kat mana dorang bagi. Mana pun takpe asalkan dalam Putrajaya ni, walaupun jauh di sudut hati aku nak area Presint 11 jugak. Tapi apa hak kita nak meminta2 kan, orang dah bagi pun dah besar rahmat. So kita terima dengan hati terbuka jelah.  
Prosedur masuk kuarters agak complicated lah bagi aku, first lepas dapat emel dari BPH tu kena print bagi kat bahagian HR jabatan untuk dorang prepare surat pengesahan majikan ikut format yang ditetapkan. Dalam masa yg sama ko buatla salinan dokumen seperti yg disenaraikan dalam emel tu. Siap sedia segala surat tawaran/naik pangkat/s&p kalau dah beli rumah guna lppsa/bpp. Dah setel semua tu baru boleh pegi kaunter BPH kat kompleks JPM sana untuk ambik surat tawaran pulak.
Nak citer lelebih aku pun tak sure ape next step lepas tu so kita tunggu jelah ye. Nanti aku share kat sini kot2 sape yang jadikan rujukan.
Doakan aku dapat rumah yg best ya. Haha.
Daa.

  • Share:

You Might Also Like

3 Sweet messages

  1. Tahniah,
    dapat call dari BPH ni, tinggal lagi bape no giliran menunggu kuarters?
    Saya no dh dekat 50 tapi masih tak dapat call lagi,, :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy check last month check no.83. Dorang akan emel dulu tanya masih berminat tak, and mintak update sistem. Lepas tu baru call. InsyaAllah dalam ujung bln ni dorang akan call la tu, tak lama dah tu :)

      Delete