Kuarters Putrajaya :: Part III

By aYda - 2:56 PM

Alhamdulillah dah hampir 3 minggu kami berpindah masuk kuarters baru. Urusan penyerahan kuarters lama pun dah selesai minggu lepas. Bukan mudah sebenarnya nak lepaskan kuarters tu. Hampir 9 tahun kami duduk, kat situ lah tempat kami bina keluarga kecik kami. Tempat anak2 membesar, sakit demam, suka duka. Berat je hati nak tinggalkan kuarters tu. Sedih betul rasanya, bila antar Aathif pagi petang terkenang anak2 duk berlari2 kat koridor tu, terkenang betapa baiknya jiran2 kat situ. Huhu tapi life must go on, bak kata adik aku "cipta kenangan yang lebih indah di tempat baru pulak"..InsyaAllah

So far umah baru masih belum 100% kemas. Ada lagi barang yg dalam kotak belum buka haha. Ruang tamu jadi masalah utama sebab nampak kosong. Yelah umah sebelum ni cozy, brg ngam2 je. Ada ja yang nampak tak kena di mata aku. Ada ja yang tak cukup huhu. Saja nak bagi Ikea bertambah kaya hahaha.

Kawan2 opis pun duk tanya bila nak housewarming, aduhaii umah kuarters je kot bukannya umah sendiri so takde makna nak housewarming sangat lah. Tapi aku ada jugak keinginan nak buat small feast, jemput jiran2 area sini untuk berkenalan. Cuma tak reti macam mana nak approach tu, masing2 pemalu haha. Nanti kalau jadi bolehla jemput kwn2 sekali.

Anak2 pun alhamdulillah nampaknya happy kat umah baru, walaupun dorang takde kawan. Kadang cakap bosan sb asyik terperuk dalam rumah je. InsyaAllah sooner they can adapt well.

InsyaAllah.

Till then, daa

  • Share:

You Might Also Like

0 Sweet messages