Tabung AA

Thursday, February 14, 2013

Debat Suami Isteri

Assalamualaikum sahabat maya..

Sebenarnya ai nk sangat malas nk update blog..entah nape rs kemalasan tu menerjah je walhal banyak je story yang perlu dikongsi (kata 'perlu' di situ menunjukkan betapa pentingnya story tersebut untuk kenangan di hari tua..ekekeke)..well,blog ni mg diwujudkan dengan harapan satu hari nanti ai boleh review balik cerita2 sepanjang kehidupan kami anak beranak,kire diari la kan..so story2 penting mestila kena masuk..

Ok back to our story, sepanjang bersuami isteri ni ai dengan hubby agak selalu berdebat..dari perkara yang paling remeh hingga perkara yang boleh menggugat keamanan negara..well u know what ai mean..bagi ai ianya sekadar satu perbincangan dalam kelambu yang dapat membuka minda tatkala diri terlalu sibuk untuk mengambil tahu hal duniawi..

One of our topic yg ai nk share kt sini adalah "Adakah kanak-kanak yang dilahirkan dalam keluarga kafir layak masuk syurga"..agak sensitif kn topik ni,tapi ai sangat teruja nk berdebat,sebabnye kata sang suami kanak-kanak kafir tetap kafir dan tidak akan mencium bau syurga, betul ke cmtu??point yg disuarakan agak relevan dan dihujahkan segala nas yang tidak diketahui oleh ai asal usulnya..ape2 pn ai terima..well kite just nk share our opinion so kena la respect ur opponent..hehe

In my point of view pulak, kanak-kanak ini tidak berdosa dan tidak diberi pilihan untuk dilahirkan sebagai kafir atau muslim maka dengan itu dia tidak layak dihukum sebagai seorang kafir..sebenarnya ai start cari point bile berita kematian adik william tempoh hari..melihatkan raut wajah yg manis dan comel, tetibe ai terfikir adakah kanak-kanak ini dikategorikan sebagai bidadari syurga..wallahualam...

Maka dengan itu ai dengan gigihnye menggogel beberapa fakta dari pakcik gugel..n dapatla beberapa nas seperti yang dikongsi di bawah ini..moh kite sama2 menambahkan ilmu di dada ye :)

sumber kopikat : http://darulilmi.org

PENDAPAT PERTAMA: Mereka diuji di hari kiamat sekiranya mereka lepas mereka ke syurga sekiranya tidak mereka akan masuk neraka.
Syeikh Abu Hassan Ali bin Ismail Asy-Syaari daripada Sunnah Wal Jamaah dan disokong oleh Imam Baihaqi dalam kitabnya (Kitabul Iktiqad) dan disokong oleh ulama-ulama yang pakar.
“Daripada Al-Aswad bin Sari’ r.h.u, sesungguhnya nabi bersabda ‘Empat golongan yang mengadu kepada Allah pada Hari Kiamat iaitu pertama lelaki yang pekak (tidak mendengar apa-apa), kedua lelaki gila, ketiga lelaki nyayuk dan keempat lelaki ahli fatroh (golongan yang diantara Rasul-rasul). Adapun orang yang pekak tadi berkata ‘Sesungguhnya telah datang ajaran Islam dalam keadaan aku tidak mendengar apa-apa. Adapun org yang gila berkata ‘Sesungguhnya telah datang Islam kepada aku dengan keadaan budak-budak membaling aku dengan taik unta.’ Adapun orang tua yang nyanyuk berkata ‘Wahai Tuhanku sesungguhnya telah datang Islam kepadaku sedangkan aku tidak memahami apa-apa.’ Adapun ahli fatroh berkata ‘Wahai tuhanku tidak sampai ajaran Rasul kepadaku.’. Kemudian Allah membuat janji dengan mereka supaya mereka benar-benar taat kepada Allah lalu mereka dihantar ke neraka agar mereka masuk kedalamnya. Rasullulah berkata ‘Demi tuhan bahawa diri Muhammad dalam kekuasaanya kalaulah mereka masuk ke dalam api neraka tadi mereka berasa sejuk dan selamat.’”.
Riwayat yang pertama daripada Ahmad, Bazzar (2174) dan Baihaqi.
Dalam riwayat yang lain ditambah pada akhirnya kata-kata Nabi:
“Sesiapa yang masuk ke dalam api neraka tersebut akan menjadi sejuk dan selamat dan sesiapa yang tidak masuk akan dicampak kedalam api neraka yang panas.
Riwayat yang kedua daripada Thabrani dalam Mu’jam Kabir (481).
Daripada hadis ini menunjukkan bahawa orang-orang yang tidak sampai seruan dan ajaran Isalam termasuklah kanak-kanak orang kafir mereka diberi satu akur janji supaya mereka taat kepada Allah taala lalu mereka diuji dengan disuruh untuk masuk ke dalam neraka tanpa paksaan. Sesiapa yang masuk ke dalam api neraka akan menjadi sejuk dan akan dimasukkan ke dalam syurga dan sesiapa yang tidak mahu masuk maka mereka akan dihumbankan secara paksa dalam neraka.
Kedua-dua riwayat dihukum shahih oleh Al-Haythami.
PENDAPAT KEDUA: Sesungguhnya mereka (budak-budak kafir) dalam syurga dan ini berdasarkan hadis Shahih Bukhari no.6640 dari Samuroh bin Jundub r.a.h.u. Sebuah hadis yang panjang diantaranya Nabi bersabda:
“ dan adapun lelaki yang tinggi di Raudhah (taman syurga) adalah Nabi Ibrahim, dan adapun anak-anak ataupun wildan(budak-budak) yang ada disekelilingnya adalah setiap budak yang mati di atas fitrah. Lalu sebahagian orang Islam bertanya ‘Ya Rasulullah, adakah ianya termasuk dalam kanak-kanak orang kafir? Lalu Rasulullah saw menjawab, termasuk anak-anak yang kafir.’ ”
(Shahih Bukhari No.6640)
Pendapat ini dinukilkan oleh Imam As-Syaari daripada ulama’ ahli Sunnah wal Jamaah.
Imam Ibrahin bin Muhammad Bajuri dalam kitabnya (Tuhfatul Murid) berkata sesiapa yang mati sebelum baligh maka ianya selamat daripada neraka sekalipun daripada kalangan anak-anak orang kafir
PENDAPAT KETIGA: Sesungguhnya anak-anak kafir yang mati bersama ayah mereka di neraka.
. Ini berdasarkan hadis Imam Ahmad dan Abu Daud.
“Abdullah hamba kepada Ghatif bin Yazid bertanya kepada Aisyah r.h.a tentang anak-anak orang kafir(yang mati sebelum baligh), Rasulullah SAW menjawab ‘Mereka bersama bapa-bapa mereka’, lalu Aisyah bertanya semula ‘Ya Rasulullah, Adakah mereka masuk ke neraka tanpa amal?’ Rasulullah SAW bersabda ‘Allah Azza wa Jalla lebih mengetahui yang mereka amalkan.’
(Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud: 4712)
PENDAPAT KEEMPAT: Sebahagian Ulama’ mengatakan bahawa kita tidak perlu membincangkan masalah ini dan menyerahkan pada Allah taala.
Daripada Ibn Abbas “Sesungguhnya Nabi ditanya tentang anak-anak orang kafir lalu Nabi bersabda ‘Allah lebih mengetahui apa yang mereka buat’”
Hadis riwayat Bukhari (1383) dan Abu Daud (4711)
 
KESIMPULAN: Pendapat pertama lebih kuat kerana ianya menghimpunkan hadis-hadis yang berkait dengan hadis ini sepertimana yang disebut oleh Imam Ibn Kathir dalam tafsirnya semasa menafsirkan ayat 15 Surah Al-Isra’.Apa pun pendapat yang kita pegang, kita tidak boleh membincangkan dan berdebat perkara ini secara berlebihan berdasarkan:
Hadis daripada Ibn Abbas, “Rasullullah bersabda ‘Sentiasa umat ini dalam keadaan hampir dengan tuhannya selagimana mereka tidak sibuk membincangkan tentang hukum anak-anak orang kafir dan masalah qada’ dan qadar”
Hadis riwayat Ibn Hiban (6724) dan Al-Hakim.
Hadis shahih menurut Imam Haythami.
RUJUKAN: Kitab Tukhfatul Murid Jauharatut Tauhid, Tafsir Ibn Kathir dan Sunan Abu Daud

8 comments:

  1. In still other folks you have to spend a really higher total for a
    few improved options.

    Here is my web blog: http://www.getfitnstrong.com/bowflex-dumbbells/bowflex-selecttech-dumbbells-ultimate-home-exercising/

    ReplyDelete
  2. As an individual who's worked out on a Bowflex considering that college or university, I can attest their residence fitness centers pack the many exercises I need to receive suit.

    my blog Dumbbell Training

    ReplyDelete
  3. When it comes to these devices the center of street choices as far as price would be the method to go.


    My page; visit the following post

    ReplyDelete
  4. The vintage Bowflex program makes it possible for you to conduct a established of workouts for twenty five minutes and
    walk away emotion great.

    Visit my site: Dumbbell Sales

    ReplyDelete
  5. These are also easy for that individuals to accessibility the weights
    any time they may be essential for coaching functions.


    Feel free to surf to my web page - next page

    ReplyDelete
  6. Consequently, reversing considered one of the above mentioned usage
    of equipment positives, this is why devices are ideally
    left to your far more expert or those who by this time have adequate size and wish
    to emphasis on personal or missing muscle mass teams.


    Also visit my weblog :: click the next internet page

    ReplyDelete
  7. Using your feet inside the identical position, area your
    palms in a downward position and with arms straight, pull the P90X bands up and out until finally
    your arms are level with your shoulders.

    my web-site: weights and dumbbells for sale

    ReplyDelete