Tuesday, April 25, 2017

"Me Time"

 
Dah lama duk plan nak 'ladies day out' dengan bffs, tapi biasanya tak menjadi sebab masing-masing ade komitmen masing-masing. Tapi setiap tahun wajib jumpe at least sekali, spend time together termasuk family. Kalini bebetul nekad nak jugak 'ladies day out' walaupun sehari! So short planned, dapat pegi Penang hari sabtu, next day balik. Aku berdua dengan kawan aku dari KL, kitorg naik flight AirAsia dari KLIA2, ade dua org kawan aku dari kedah & perlis dorang naik Komuter KTMB, sepatutnya ada dua orang dari perak pool kereta tapi disebabkan salah sorang ade kelas (Master) so yang sorang pun tak dapat join sebab asben dia tak kasi drive sengsorang. Huhu. Jadi berempat jelah kami. 

Bffs aku ni semuanya bermula dari zaman Uitm, masa kitorg sama2 buat diploma di Uitm Sri Iskandar, most of us orang utara so memang senang kamceng, dan alhamdulillah sampai sekarang pun kamceng. Ada sorang orang Johor, n sorang Nismilan pun tak dpt join trip kalini sebab hal masing2. Sorang tu dah sarat tunggu hari nak bersalin sorang pulak baru balik Umrah. So kitorang paham so takde memaksa pun sape nk join. Dah hampir 12 tahun kitorg berkawan, macam2 ragam ada, ada kawan yg manja, ada yg sensitif, ada yg perahsia, ada yg happy go lucky manjang, ada yg stress manjang, eh pendek kata semua ada la..dah nama pun bergaduh so hubungan kitorang memang akrab walaupun terkadang ada yang merajuk or terasa hati tapi kejap2 je dah okey. Gaduh2 manja gitew.

Berbalik ke kisah ladies day out kitorg, masing2 berkumpul kat hotel, kawan2 aku dr utara nun sampai dulu so dorang check in dulu, memang hotel aku book nama dorang incase kitorg sampai lambat, maklumlah flight AA ni dah biasa dengan delay nye..grr. Kitorang sampai petang dah lewat, rehat, mandi solat maghrib dlu baru kitorang keluar ke Gurney Plaza, hotel kitorg nama Gurney Hotel & Residence so igtkan dekat2 situ je n boleh menapak rupenye jauh jugak. Kawan aku dah tak larat jalan sebab siangnye dorang menapak jauh so kitorg naik teksi, kena paw RM15 habaq hang!! Pakcik teksi tu duk cakap anggap sedekah kat pakcik la nak ye. Hmaboih gitu pulak, mementang la kami ni pompuan n tdesak nak naik so pasrah kt situ. Balik dari Gurney kami menapak je, jalan ikut tepi pantai tu so tak terasa sangat ade kot 15-20 minit hehe. Singgah 7e beli maggy cup takut lapar ke ape. Dinner kami malam tu nasi goreng special kat restoran Kapitan kat bawah hotel, mujur ada kedai makan bawah hotel so nak makan senang takyah naik teksi lagi haha. Owh lupe, dari Penang Airport aku naik Uber, RM24 je sampai ke depan hotel uolls, jauh tau Bayan Lepas dengan Gurney Drive yang sentiasa sesak tu, kira berbaloi sangat.

Malam tu kami buat macam2 aktiviti, mula2 plan nak g SPA, massage badan kononnya tapi masing2 letih malas nak keluar, so lepak makan pulut lemak kawan aku bawak, sorang lagi bawak pelam harum manis, fresh dari ladang laki dia, sedapp oii. Pastu kami bertabata, berzumba, bersembang sampai pagi, sampai masing2 terlena. Pas subuh pun masing-masing tak tido balik duk menyembang je keje. Masak maggy, makan untuk breakfast, pastu sambung sembang sampai kul 12 baru kitorg check out. Dari hotel ambik uber pegi masjid kapitan keling nk makan nasi kandar beratur, selesai makan kawan aku berdua dari utara pegi jeti dan kami berdua dari KL pegi Queensbay Mall, pusing2 window shopping pastu gerak ke airport. Flight pukul 615pm, sampai KLIA kul 720pm. Aku sampai rumah pukul 830 camtu, kawan aku yang duduk pandan indah tu sampai kul 10 lebih. Letih memang letih tapi rasa best sangat dapat spend time together macam tu. Bersyukur sangat sebab suami masing-masing sporting sanggup jaga anak2 n izinkan wife berjimba-jimba. Hehe tenkiu mrR, i love u!!

Thursday, April 20, 2017

Trip cancelled last minute dan refund in 3months time, ape pendapat korang?

 
 Aku dah lama plan nak ke South Korea. Gara2 terjebak dengan drama-drama OneHD, TVN n KBS Worls. Kpop aku xlayan pun, aku suka tengok drama dorang je. Paling best so far bagi aku Scarlet Heart, Goblin, Reply 1988, W two worlds, pastu ade lagi yg dulu2 aku tak igt tajuk si Lee Min Ho jadi hero. Kira sejak astro tayang drama korea sejak tu la aku jadi peminat K-drama. Mak Ayah aku pun terjebak tau, jangan memain.

So dipendekkan cerita aku dengan 2 orang kawan pun sign up satu pakej ke Seoul untuk trip tahun depan, memasing bayar RM500 as deposit. Full payment dalam masa 2 bulan sebelum trip kiranya awal tahun depan la sbb trip kitorg bulan Mac. Sengaja aku pilih utk pegi dgn kawan2 sebab ni backpackers punya trip, nak murah kan so banyak menapak dan naik subway, stay pun kat guesthouse je so bawak anak-anak adalah sangat tidak digalakkan. Untuk anak-anak maybe tempat yang boleh fun2 macam disneyland gitu tapi mak belum ade duit yg banyak ke arah itu so tunggu jelah ye anak2. Hahaha kejam tak.

Baru2 ni aku dikejutkan dengan berita yang travel agency yang kami sign up tu ade masalah kewangan. Most of trip bulan April dan Mei dorang cancel. Pemberitahuan pembatalan tu 5 hari sebelum tarikh departure. So ramai la yang bising tak puas hati, ade yang dah book tiket flight asing utk ke KLIA since depart from KLIA. Rugi dah duit dorang kat situ. Cuti pun dah apply dan dah lulus. Kalau yg keje gomen nak kena mintak kebenaran ketua jabatan keluar negara, dah masuk rekod pastu nak cancel? . Pulak tu lagi 5 hari kot mesti persiapan dah buat, musim ni end of winter n masuk spring kan still sejuk so segala winter coat, long john, boots semua pn duit. Kebanyakan dorang cakap boleh je cari travel agency lain, atau boleh arrange sendiri tapi masalahnye si travel agency tadi tak dapat bagi refund segera. Dorang janji nak refund bulan Julai nun..so memang ramai la yang marah dengan travel agency tu. dahla cancel last minute, pastu takleh bagi refund a.s.a.p, lagi pulak payah nak jawab wasap msg bagai. 

Aku pun cuak jugak jadinya. Sebab ada kenalan aku kat FB maklum trip Jeju 2018 pun cancel. Walaupun aku ke Seoul tapi untuk kepastian aku wasap dgn Travel Agency ni untuk tanya pasal trip aku, jawapan dorang trip aku ON. So lega la sikit. Cuma aku tak boleh terlalu berharap, takut2 bila dan full payment esok jadi macam geng yang kena sekarang, haru aku nak menjawab kt kawan2 opis aku yg join ni. 

Sejak nama travel agency tu diviralkan aritu aku sentiasa ikuti perkembangan kes dorang, incase dorang tak dapat refund ke ape kan. Geng2 April Mei yang sah2 cancel ni dorang tuntut refund cepat, taknak la tunggu Julai lambat sangat kot. Amaun sorang-sorang pun bukannya sikit, ada yang belasan ribu ringgit. Yelah kalau sorang pun dah dekat RM3k kan, macam group aku pn 3-4 orang dah dekat RM10k kalau total segala luggage, makan, insurance bagai inikan dorang group 7-8 orang. Memang kes naya la. Ada yang dah dapat refund setelah buat laporan polis n tribunal tapi masih ramai lagi yg belum dapat refund. 
 
Aku ni sebagai pemerhati je, bukan nak sebelahkan mana-mana pihak tapi aku rasa pihak travel agency tu kena la lebih bertanggungjawab dalam hal ni. dorang asyik pertahankan diri cakap orang fitnah syarikat dorang 'scammer' padahal realitinye dorang yg buat onar. Kalau betul pun dorang ade masalah tiket flight penuh/matawang RM jatuh berbanding Won sekalipun, tolonglah refund duit customer tu cepat. Orang marah sangat bukan sebab awak cancel trip tapi sebab awak ambik masa yang sangat lama nak refund duit dorang. Mana peginya duit yang orang dah bayar awak tu, padahal tiket flight pun awak tak belikan lagi. Mostly dorang bayar full payment 2 bulan sebelum trip, takkan nak tunggu 3 bulan pulak nak dapatkan balik duit tu?

Aku harap pihak travel agency tu cepat2 la langsaikan 'hutang' dorang tu. Bagi balik hak orang, jangan aniaya orang. Pastu barula awak tu dapat kepercayaan kembali n run bisnes macam sebelum ni. Aku harap sangat by the time trip kitorang nanti dah takde masalah2 dalaman macam ni, hope dorang belajar dari kesilapan.

Daa

Wednesday, April 19, 2017

Sembang Mambang

 
Lama tak jenguk belog, rasa2 macam nak terkubur gitu je tapi sayang coz banyak cerita anak2 kat sini. Aku tulis blog ni sebelum kawen dulu kot, time tu sebok cari idea persiapan tunang kalau tak salah, pastu mula la kekonon b2b punya blog. Sampai ke kawen, sampai beranak 2, semua kisah aku tulis kat sini..so tua2 esok kot lupa aku boleh mengimbau kenangan gitu. Anak2 pun kot dah besar nanti bolehla baca kisah makpak depa n kisah depa kecik2 seawal satu hari..giteww
 
Minggu ni memang banyakkkk sangat benda yang jadi (well as usual..aku dan drama tak dapat dipisahkan) hahaha. Lets start with Airis. Last weekend kitorg ade Parents-Meet-Teacher (PTM) kat tadika dia. Since dorang ade assessment untuk 1st quarter so teacher bg kertas ujian dia. Agak impressive coz all 5 subjects dia score 92-100%. Aku takla rasa bangga sangat coz teacher kata dorg jenis open test, boleh tengok sekeliling untuk cari jawapan, cuma takleh tiru kawan. So kat situ boleh nampak samada dorg paham soalan ke tak, kat situ jugak menunjukkan dorg ni boleh baca atau tak. Kalau tak boleh baca sah2 la takleh jawab soalan dgn betul kan? Contoh soalan 'Warnakan nama-nama malaikat'..Airis p kaler kotak yang nama Abu, pastu dia perasan dia salah sebab takde malaikat nama Abu so dia pulun padam balik. 
 
Bila teacher dia review paper satu per satu aku baru sedar yang Airis ni agak lemah subjek Islamic, n paling tak best bila teacher bagitau Airis agak slow Iqra' berbanding read easy (B.I) dan cepat membaca (B.M). Walaupun dia boleh baca bm dan bi dengan baik tapi bila Iqra' masih tergagap makanya aku rasa sangat down. Kecewa tau. Sebab dari awal lagi aku target Iqra' mesti lebih pandai compare dgn yg lain. Sebab Airis dah 6 tahun dis year, compare dgn aku dlu masa 6 tahun dah boleh membaca muqadam yang surah2 tu. Sebab parents kita ajar kita yang tu dlu sebelum ajar membaca ABC, 123 etc. Airis ni bukan setakat tak boleh baca, huruf pun masih confuse yg nama. Aduhhh serius aku stress, tak tau nak cakap lah. Aku desak mrR suh carikan tok guru untuk dia, antar ngaji malam2..dapat 3hari seminggu pun okey dah. Aku nak dia lancar membaca Iqra by 7. Tu target aku. Aku sendiri cuba ajar dia malam2 tapi aku tak cukup sabar sebab banyak sangat yg dia taktau, aku nak start from page1 balik dia taknak pulak. Ego budak tu. Pastu mak dia terkuat suara sikit dah nangis. Such a drama queen!
Ayra pulak as usual dia okey je, tak banyak karenah. Satu hal aku suka perasan budak ni dia lebih cool berbanding kakak. Dia tau aku marahkan kakak so bila dia buat apa2 aku marah dia akan "okey mama"..takde melawan2, itu aku suka. Pastu kalau dia tau aku punya marah dah reda dia akan datang dekat n cakap "sorry mama..adik promise tak buat dah". Pandai pujuk, pandai bodek, semua dia lah menang.Yang kureng best sebab dia asyikkkk nak menang, takleh kalah langsung even dgn kakak or sesape je. Aku tutup pintu kereta dulu pun dia boleh marah cakap "asyik mama je menang tutup pintu dulu!!". Same goes to kakak, kalau dia bangun pagi tgk kakak dah siap mandi dia akan cakap "asyik kakak je memang siap dulu!!". Pastu mood dia dah kelaut, asyik nak memarah je. Hahaha. Kadang boleh layan tapi kadang boleh buat kita naik hantu jugak.
Ayra aku tak sempat sangat nak ajar dia sbb aku terlalu fokus kat kakak tahun ni. Tapi sesekali aku nak ajar dia fonik dia taknak ikut, selamber je cakap "adik malas"..atau ayat klise dia "adik kecik lagi" fefeeling baby sangat bdk Ayra ni maklumlah dia paling kecik n mak dia ni still suka gomol2 walaupun dah 3 tahun umurnya. I think its about time for a new baby hahaha. Ayra lebih suka menulis, mewarna n melukis compare to membaca. Airis pulak suka membaca compare to menulis or melukis. That are the major difference between them. Anak2 ni bukannya sama peel lain2 so kita as parents kena paham interest dorang. Masa aku mengajar kakak membaca aku akan biarkan dia menulis or melukis n bila kakak buat exercise book aku akan fokus kat ayra pulak, either main flash card abc or jawi, tapi most of time dia taknak bg kerjasama atas alasan klise dia tu. Huhu. Bila kamu nak 'besar' ayraku sayang.
 
MrR pun macam biasa, masih lagi bizi dgn tugas dia yang tak penah habis tu. Dulu aku selalu merajuk sebab dia tak penah lekat kat rumah time malam tapi sekarang aku dah lali, so no issue. Kalau dia ada tu kira bonus sebab boleh ajar Airis baca Iqra'. MrR lebih lembut berbanding aku. Airis pun kalau papa dia takde dia taknak baca Iqra dgn aku, sebab mama garang sangat katanya. Semalam punya cerita dia kena hukum ketuk ketampi sebab tak igt perkataan "dad". Aku suruh dia pegang buku sambil sebut "dad' tu berulang kali. Walaupun aku jenis tak naik tangan tapi suara aku dah cukup menakutkan dia. Menangis sakan bdk tu mcam kena dera mujur dia bangun pagi tadi tak cerita kat papa dia. Kalau papa pulak time ngajar asyik ugut nak rotan je tapi tak buat pun, papa dia tu hati tisu nampak je sado kat luar tapi dalam hati ade taman haha..so budak2 lebih senang belajar dgn papa. Ayra sekarang ni makin manja dengan papa dia, sanggup dia tidur sorang2 kat bawah semata-mata nak tido dengan papa walaupun papa belum balik keje lagi. Papa pulak suka menyakat dia, dua beranak tu memang riuhkan suasana rumah, kalau takde papa riuh dengan pergaduhan adik-kakak pulak. Haihh pening mak.
Aku..sekarang ni makin bertambah bebanan tugas. Macam2 agenda opis yang membuatkan aku kadang terbawak balik buat keja kt rumah, lepas bdk2 tido baru boleh fokus bukak laptop buat keje sampai pagi. Pastu siang ngantok. Pastu aku kira nak mengudap pastu aku gemok! Hahaha. Alasan sangat kan. Tapi betul, sejak jabatan aku ni nak dikorporatkan banyak sangat keja adhoc yg aku kena buat. Kadang aku rasa sangat tak fair dengan orang yg keje kat negeri, sebab dorang boleh fokus kat tugas hakiki je sedangkan yg kat HQ ni macam2 perencah tambahan kena siapkan. Tugas hakiki pun kena jalan seiring. Yang extra2 pun nak siap yadda yadda yadda. Kadang jugak aku rasa boss aku ni asyikkkk suruh aku tambah lagi kalau melibatkan data or presentation. Aku bukannya pandai sangat pun.
 
Aku penah down giler masa meeting sebab presentation aku kena kritik oleh Head HR tapi boss aku masih lagi letak kepercayaan kat aku suruh buat. Haih. Sampai satu ketika aku try mintak tukar bahagian boss aku dapat tau dia marah aku n tanya aku sebab nak tukar. Tak suka dengan dia ke dengan keje??aduhh serba salah aku nak jawab, jawapan selamat aku cakap nak belajar benda baru pastu dia kata stay jela kat sini sampai naik pangkat. Huhu masalahnya lambat lagi kot aku nak naik pangkat, mau lebih 5 tahun lagi aku kertu kat sini *nangis*. Tambah lagi bila dah korporat aku rasa macam susah je aku nak keluar dari HR ni. Nak cari keje lain pun bukannya senang skg ni kan. Aku pulak bukannya ada kepakaran ape2, so sampai pencen mg kat sini jela jawabnya.
Tapi tapi tapi bila aku pikirkan secara positif mungkin boss aku lebih suka suruh aku buat itu ini sebab dia percayakan aku, dia senang nak bekerjasama dgn aku, lagi pun sorang lagi officer kat unit aku tu lelaki, boss aku pompuan so dia lebih selesa dgn aku. Thats y dia prefer aku yg buat semua tu. Kadang bagus jugak bila keje banyak, semoga gaji aku tu diberkati setimpal dengan keja yang aku buat. Walau berabes quota data aku sebab teethering dengan laptop siapkan keje opis kat rumah, aku redhakan jua...haha.
 
Till next time
 
daa