Pages

Thursday, April 20, 2017

Trip cancelled last minute dan refund in 3months time, ape pendapat korang?

 
 Aku dah lama plan nak ke South Korea. Gara2 terjebak dengan drama-drama OneHD, TVN n KBS Worls. Kpop aku xlayan pun, aku suka tengok drama dorang je. Paling best so far bagi aku Scarlet Heart, Goblin, Reply 1988, W two worlds, pastu ade lagi yg dulu2 aku tak igt tajuk si Lee Min Ho jadi hero. Kira sejak astro tayang drama korea sejak tu la aku jadi peminat K-drama. Mak Ayah aku pun terjebak tau, jangan memain.

So dipendekkan cerita aku dengan 2 orang kawan pun sign up satu pakej ke Seoul untuk trip tahun depan, memasing bayar RM500 as deposit. Full payment dalam masa 2 bulan sebelum trip kiranya awal tahun depan la sbb trip kitorg bulan Mac. Sengaja aku pilih utk pegi dgn kawan2 sebab ni backpackers punya trip, nak murah kan so banyak menapak dan naik subway, stay pun kat guesthouse je so bawak anak-anak adalah sangat tidak digalakkan. Untuk anak-anak maybe tempat yang boleh fun2 macam disneyland gitu tapi mak belum ade duit yg banyak ke arah itu so tunggu jelah ye anak2. Hahaha kejam tak.

Baru2 ni aku dikejutkan dengan berita yang travel agency yang kami sign up tu ade masalah kewangan. Most of trip bulan April dan Mei dorang cancel. Pemberitahuan pembatalan tu 5 hari sebelum tarikh departure. So ramai la yang bising tak puas hati, ade yang dah book tiket flight asing utk ke KLIA since depart from KLIA. Rugi dah duit dorang kat situ. Cuti pun dah apply dan dah lulus. Kalau yg keje gomen nak kena mintak kebenaran ketua jabatan keluar negara, dah masuk rekod pastu nak cancel? . Pulak tu lagi 5 hari kot mesti persiapan dah buat, musim ni end of winter n masuk spring kan still sejuk so segala winter coat, long john, boots semua pn duit. Kebanyakan dorang cakap boleh je cari travel agency lain, atau boleh arrange sendiri tapi masalahnye si travel agency tadi tak dapat bagi refund segera. Dorang janji nak refund bulan Julai nun..so memang ramai la yang marah dengan travel agency tu. dahla cancel last minute, pastu takleh bagi refund a.s.a.p, lagi pulak payah nak jawab wasap msg bagai. 

Aku pun cuak jugak jadinya. Sebab ada kenalan aku kat FB maklum trip Jeju 2018 pun cancel. Walaupun aku ke Seoul tapi untuk kepastian aku wasap dgn Travel Agency ni untuk tanya pasal trip aku, jawapan dorang trip aku ON. So lega la sikit. Cuma aku tak boleh terlalu berharap, takut2 bila dan full payment esok jadi macam geng yang kena sekarang, haru aku nak menjawab kt kawan2 opis aku yg join ni. 

Sejak nama travel agency tu diviralkan aritu aku sentiasa ikuti perkembangan kes dorang, incase dorang tak dapat refund ke ape kan. Geng2 April Mei yang sah2 cancel ni dorang tuntut refund cepat, taknak la tunggu Julai lambat sangat kot. Amaun sorang-sorang pun bukannya sikit, ada yang belasan ribu ringgit. Yelah kalau sorang pun dah dekat RM3k kan, macam group aku pn 3-4 orang dah dekat RM10k kalau total segala luggage, makan, insurance bagai inikan dorang group 7-8 orang. Memang kes naya la. Ada yang dah dapat refund setelah buat laporan polis n tribunal tapi masih ramai lagi yg belum dapat refund. 
 
Aku ni sebagai pemerhati je, bukan nak sebelahkan mana-mana pihak tapi aku rasa pihak travel agency tu kena la lebih bertanggungjawab dalam hal ni. dorang asyik pertahankan diri cakap orang fitnah syarikat dorang 'scammer' padahal realitinye dorang yg buat onar. Kalau betul pun dorang ade masalah tiket flight penuh/matawang RM jatuh berbanding Won sekalipun, tolonglah refund duit customer tu cepat. Orang marah sangat bukan sebab awak cancel trip tapi sebab awak ambik masa yang sangat lama nak refund duit dorang. Mana peginya duit yang orang dah bayar awak tu, padahal tiket flight pun awak tak belikan lagi. Mostly dorang bayar full payment 2 bulan sebelum trip, takkan nak tunggu 3 bulan pulak nak dapatkan balik duit tu?

Aku harap pihak travel agency tu cepat2 la langsaikan 'hutang' dorang tu. Bagi balik hak orang, jangan aniaya orang. Pastu barula awak tu dapat kepercayaan kembali n run bisnes macam sebelum ni. Aku harap sangat by the time trip kitorang nanti dah takde masalah2 dalaman macam ni, hope dorang belajar dari kesilapan.

Daa

No comments:

Post a Comment