Lama tak jenguk belog, rasa2 macam nak terkubur gitu je tapi sayang coz banyak cerita anak2 kat sini. Aku tulis blog ni sebelum kawen dulu kot, time tu sebok cari idea persiapan tunang kalau tak salah, pastu mula la kekonon b2b punya blog. Sampai ke kawen, sampai beranak 2, semua kisah aku tulis kat sini..so tua2 esok kot lupa aku boleh mengimbau kenangan gitu. Anak2 pun kot dah besar nanti bolehla baca kisah makpak depa n kisah depa kecik2 seawal satu hari..giteww
 
Minggu ni memang banyakkkk sangat benda yang jadi (well as usual..aku dan drama tak dapat dipisahkan) hahaha. Lets start with Airis. Last weekend kitorg ade Parents-Meet-Teacher (PTM) kat tadika dia. Since dorang ade assessment untuk 1st quarter so teacher bg kertas ujian dia. Agak impressive coz all 5 subjects dia score 92-100%. Aku takla rasa bangga sangat coz teacher kata dorg jenis open test, boleh tengok sekeliling untuk cari jawapan, cuma takleh tiru kawan. So kat situ boleh nampak samada dorg paham soalan ke tak, kat situ jugak menunjukkan dorg ni boleh baca atau tak. Kalau tak boleh baca sah2 la takleh jawab soalan dgn betul kan? Contoh soalan 'Warnakan nama-nama malaikat'..Airis p kaler kotak yang nama Abu, pastu dia perasan dia salah sebab takde malaikat nama Abu so dia pulun padam balik. 
 
Bila teacher dia review paper satu per satu aku baru sedar yang Airis ni agak lemah subjek Islamic, n paling tak best bila teacher bagitau Airis agak slow Iqra' berbanding read easy (B.I) dan cepat membaca (B.M). Walaupun dia boleh baca bm dan bi dengan baik tapi bila Iqra' masih tergagap makanya aku rasa sangat down. Kecewa tau. Sebab dari awal lagi aku target Iqra' mesti lebih pandai compare dgn yg lain. Sebab Airis dah 6 tahun dis year, compare dgn aku dlu masa 6 tahun dah boleh membaca muqadam yang surah2 tu. Sebab parents kita ajar kita yang tu dlu sebelum ajar membaca ABC, 123 etc. Airis ni bukan setakat tak boleh baca, huruf pun masih confuse yg nama. Aduhhh serius aku stress, tak tau nak cakap lah. Aku desak mrR suh carikan tok guru untuk dia, antar ngaji malam2..dapat 3hari seminggu pun okey dah. Aku nak dia lancar membaca Iqra by 7. Tu target aku. Aku sendiri cuba ajar dia malam2 tapi aku tak cukup sabar sebab banyak sangat yg dia taktau, aku nak start from page1 balik dia taknak pulak. Ego budak tu. Pastu mak dia terkuat suara sikit dah nangis. Such a drama queen!
Ayra pulak as usual dia okey je, tak banyak karenah. Satu hal aku suka perasan budak ni dia lebih cool berbanding kakak. Dia tau aku marahkan kakak so bila dia buat apa2 aku marah dia akan "okey mama"..takde melawan2, itu aku suka. Pastu kalau dia tau aku punya marah dah reda dia akan datang dekat n cakap "sorry mama..adik promise tak buat dah". Pandai pujuk, pandai bodek, semua dia lah menang.Yang kureng best sebab dia asyikkkk nak menang, takleh kalah langsung even dgn kakak or sesape je. Aku tutup pintu kereta dulu pun dia boleh marah cakap "asyik mama je menang tutup pintu dulu!!". Same goes to kakak, kalau dia bangun pagi tgk kakak dah siap mandi dia akan cakap "asyik kakak je memang siap dulu!!". Pastu mood dia dah kelaut, asyik nak memarah je. Hahaha. Kadang boleh layan tapi kadang boleh buat kita naik hantu jugak.
Ayra aku tak sempat sangat nak ajar dia sbb aku terlalu fokus kat kakak tahun ni. Tapi sesekali aku nak ajar dia fonik dia taknak ikut, selamber je cakap "adik malas"..atau ayat klise dia "adik kecik lagi" fefeeling baby sangat bdk Ayra ni maklumlah dia paling kecik n mak dia ni still suka gomol2 walaupun dah 3 tahun umurnya. I think its about time for a new baby hahaha. Ayra lebih suka menulis, mewarna n melukis compare to membaca. Airis pulak suka membaca compare to menulis or melukis. That are the major difference between them. Anak2 ni bukannya sama peel lain2 so kita as parents kena paham interest dorang. Masa aku mengajar kakak membaca aku akan biarkan dia menulis or melukis n bila kakak buat exercise book aku akan fokus kat ayra pulak, either main flash card abc or jawi, tapi most of time dia taknak bg kerjasama atas alasan klise dia tu. Huhu. Bila kamu nak 'besar' ayraku sayang.
 
MrR pun macam biasa, masih lagi bizi dgn tugas dia yang tak penah habis tu. Dulu aku selalu merajuk sebab dia tak penah lekat kat rumah time malam tapi sekarang aku dah lali, so no issue. Kalau dia ada tu kira bonus sebab boleh ajar Airis baca Iqra'. MrR lebih lembut berbanding aku. Airis pun kalau papa dia takde dia taknak baca Iqra dgn aku, sebab mama garang sangat katanya. Semalam punya cerita dia kena hukum ketuk ketampi sebab tak igt perkataan "dad". Aku suruh dia pegang buku sambil sebut "dad' tu berulang kali. Walaupun aku jenis tak naik tangan tapi suara aku dah cukup menakutkan dia. Menangis sakan bdk tu mcam kena dera mujur dia bangun pagi tadi tak cerita kat papa dia. Kalau papa pulak time ngajar asyik ugut nak rotan je tapi tak buat pun, papa dia tu hati tisu nampak je sado kat luar tapi dalam hati ade taman haha..so budak2 lebih senang belajar dgn papa. Ayra sekarang ni makin manja dengan papa dia, sanggup dia tidur sorang2 kat bawah semata-mata nak tido dengan papa walaupun papa belum balik keje lagi. Papa pulak suka menyakat dia, dua beranak tu memang riuhkan suasana rumah, kalau takde papa riuh dengan pergaduhan adik-kakak pulak. Haihh pening mak.
Aku..sekarang ni makin bertambah bebanan tugas. Macam2 agenda opis yang membuatkan aku kadang terbawak balik buat keja kt rumah, lepas bdk2 tido baru boleh fokus bukak laptop buat keje sampai pagi. Pastu siang ngantok. Pastu aku kira nak mengudap pastu aku gemok! Hahaha. Alasan sangat kan. Tapi betul, sejak jabatan aku ni nak dikorporatkan banyak sangat keja adhoc yg aku kena buat. Kadang aku rasa sangat tak fair dengan orang yg keje kat negeri, sebab dorang boleh fokus kat tugas hakiki je sedangkan yg kat HQ ni macam2 perencah tambahan kena siapkan. Tugas hakiki pun kena jalan seiring. Yang extra2 pun nak siap yadda yadda yadda. Kadang jugak aku rasa boss aku ni asyikkkk suruh aku tambah lagi kalau melibatkan data or presentation. Aku bukannya pandai sangat pun.
 
Aku penah down giler masa meeting sebab presentation aku kena kritik oleh Head HR tapi boss aku masih lagi letak kepercayaan kat aku suruh buat. Haih. Sampai satu ketika aku try mintak tukar bahagian boss aku dapat tau dia marah aku n tanya aku sebab nak tukar. Tak suka dengan dia ke dengan keje??aduhh serba salah aku nak jawab, jawapan selamat aku cakap nak belajar benda baru pastu dia kata stay jela kat sini sampai naik pangkat. Huhu masalahnya lambat lagi kot aku nak naik pangkat, mau lebih 5 tahun lagi aku kertu kat sini *nangis*. Tambah lagi bila dah korporat aku rasa macam susah je aku nak keluar dari HR ni. Nak cari keje lain pun bukannya senang skg ni kan. Aku pulak bukannya ada kepakaran ape2, so sampai pencen mg kat sini jela jawabnya.
Tapi tapi tapi bila aku pikirkan secara positif mungkin boss aku lebih suka suruh aku buat itu ini sebab dia percayakan aku, dia senang nak bekerjasama dgn aku, lagi pun sorang lagi officer kat unit aku tu lelaki, boss aku pompuan so dia lebih selesa dgn aku. Thats y dia prefer aku yg buat semua tu. Kadang bagus jugak bila keje banyak, semoga gaji aku tu diberkati setimpal dengan keja yang aku buat. Walau berabes quota data aku sebab teethering dengan laptop siapkan keje opis kat rumah, aku redhakan jua...haha.
 
Till next time
 
daa