Monday, November 14, 2016

Happy Birthday Kesayangan!!

 
Cerita bab birthday sesaje, kejap Airis pastu mama dia pastu pulak papa dia..hehe lahir dekat2 ni best, sekali harung je kita celebrate..okey idea, tahun depan kita buat potong kek sekali je ms besday mama, sebab besday mama in between kakak n papa,haha aci tak??harus la aci kan. Heh.
 
Last weekend kitorg sempat ber-BBQ dinner kat Shangri la Putrajaya. Dah muak asyik potong kek je so moh ler kita makan2 pulak. Kebetulan dalam voucher groupon harga tak mahal sangat, hotel tu pn dekat je dgn rumah so terus book utk dua orang, kids under 6 free, 6thn ke atas baru kena charge. So this year Airis n Ayra boleh makan pree, yeayyy.  

Mula-mula macam nak buat surprise, tapi pikirkan balik kang tetibe mrR keje ke ape dah naya so kena tanya dia dulu la available ke tak, dia cakap okey baru ON. Plan asal jugak nk beli kek sebijik kekecik, letak lilin pastu mtk pihak dining tu bawakkan kt mrR tapi aku macam segan pulak, n aku tau mrR mesti lagi segan kalau buat mcm tu so plan cancelled. Haha. Nothing special pun that night, just having fun dgn suami n anak2, makan2 then balik tido. Airis beriya ajak naik hotel macam nak overnight kt sana, hihi mahal nak oii mak tak mampoo. Dahla siang tu pegi bayar yuran dia untuk sesi 2017 mahal nak meninggal, separuh gaji mama kat situ je, lagi mau request macam2. Haha.

Layan gambar yg ado jela, aku ni sejenis pemalu nak ambik2 gambar, kang org cakap ciwi lak duk snap itu ini. Haha. 

Princess Airis - ayu sangat la tu??

Budak ni dah besar, dah pandai nak melawa n tgk cermin je kejenye

Adik ni payah betul nak bekerjasama

Elok nk snap dia p toleh sana sini

Pastu buat muka gini.. "........"

Kakak makan banyak sate tu, sedap katanya

Birthday boy ambe

Kesayangans 


Makan kek kecik jela ye papa


Kakak suka sangat tart coklat ni

Adik takmau makan sangat malam tu, mujur pree..nice hotel sediakan pinggan n cutleries for kids

Nugget seketul tu tak abis sampai ke sudah

Choc tart kedua kakak

 Our little family

Semoga kebahagiaan ini kekal hingga ke jannah hendaknya...amin

Last menu

Cakes ni boleh tahan sedap jgk tapi perut dah penuh rasa muak


Happy Birthday sayang...sorry tau takde kek carrot tahun ni, ai is malas hihi. Sorry jugak takde hadiah best2..inshaAllah tahun depan panjang umur kita celebrate anak beranak kita lagi eh..i love u..muahahaha


Friday, November 11, 2016

AA : Bila anak-anak dah pandai bercakap

 
Uishh lama jugak tak jengah blog malar segar aku ni, ahaha. Bukan takde ape nk citer tapi takde masa or tak sempat je manjang, malas pun ye jugak.
 
Semalam agak busy, balik dari ofis terus ke Hero, beli barang basah sikit, beli bahan nk buat brownies sikit, maka bawakla Ayra bersama since dia memang balik dengan aku setiap hari. Dalam perjalanan dia takmau duduk langsung nak berdiri je, puas dah berleter suruh duduk, bahaya kan budak2 berdiri atas kusyen masa kita tengah driving, takut terbrek ke ape dah cium dashboard nanti. Haihh.
 
Bila nak turun kereta baru dia cakap, seluar dia basah. Aku ingatkan dia kencing dlm seluar tapi dia cakap tecer dila basahkan masa kencing kt toilet tadi (sebelum aku ambik dia kt taska). Alahai boleh pulak aku xperasan sebelum tu seluar anak aku basah. Teruk betul. Dalam Hero tu macam biasa ade je yang dia nak, aku tak kasi beli, setiap kali nk pegi kedai/market aku akan pesan adik boleh beli 1 barang je, takleh lebih so utk semalam dia nak beli biskut. Okey fine, dah time beratur nak bayar boleh pulak dia capai kinder bueno tu dua ketul, dahla benda tu mahal..saje je kan. Walhal kalau sebelum ni kakak Airis duk mintak nak beli aku tak penah kasi pun, tapi dengan Ayra ni lain sikit, hati mama dia jadi melting. Haha. Rezeki korang la semalam ye.
 
Dalam kereta tu aku membebel la itu ini kat dia, dia macam biasa diam je, tapi kadang menyampuk jugak apa aku cakap, kadang apa dia cakap buat aku rasa terhibur, nak tergelak semua ada. Entah la aku rasa happy bila dgr budak2 ni cakap, rasa satu pencapaian sebagai ibu dorang. *entah pape je perasaan tu*. Papa dorang relax je, kalau jenis aku ni ape je anak2 cakap aku akan ceritakan balik kat dia, he was like "......."
 
 Alhamdulillah anak2 aku dua2 cepat bercakap, Airis lebih cepat bercakap sebenarnya berbanding Ayra. Airis langsung tak pelat, Ayra ni still pelat tapi boleh dikatakan tak keterlaluan. Aku perasan Ayra ni banyak mengikut apa yg si kakak cakap. Contoh semalam masa aku berleter kt dia, dia boleh jawab kat aku "biarla..bukan adik buat apa pun". Haih panas je hati aku sebab aku tak suka bila Airis sebut perkataan "biarla" tu. Seolah2 taknak dengar apa nasihat kita, atau seolah- apa yg dia buat tu betul. Eh jangan pandai nak melawan okey, ini mama awak ye bukan kawan sekolah awak nak biar2!!

Aku as ibu, haruslah berbangga dengan anak2 sendiri, aku bukan jenis yang suka condem anak2. Aku dah penah rasa sedihnya dikondem parents sendiri, rasa useless sangat. Tapi takpe, sekarang ni aku dah dewasa aku paham kenapa mak aku sering kondem aku depan kawan2 dia dlu, sekarang ni aku dah paham. Mak kita kondem kita bukan sebab kita tak bagus, tapi sebab kita better dri anak kawan dia yang suka datang menjoyah tu. Eii geram aih aku rasa bila kenangkan balik zaman remaja dulu. Haha. 

Biarlah orang nk cakap aku ni cewi ke, perasan bagus ke, ape ke..yang penting aku sentiasa berbangga dengan anak2 aku, my kids my precious.

Daa