Uishh lama jugak tak jengah blog malar segar aku ni, ahaha. Bukan takde ape nk citer tapi takde masa or tak sempat je manjang, malas pun ye jugak.
 
Semalam agak busy, balik dari ofis terus ke Hero, beli barang basah sikit, beli bahan nk buat brownies sikit, maka bawakla Ayra bersama since dia memang balik dengan aku setiap hari. Dalam perjalanan dia takmau duduk langsung nak berdiri je, puas dah berleter suruh duduk, bahaya kan budak2 berdiri atas kusyen masa kita tengah driving, takut terbrek ke ape dah cium dashboard nanti. Haihh.
 
Bila nak turun kereta baru dia cakap, seluar dia basah. Aku ingatkan dia kencing dlm seluar tapi dia cakap tecer dila basahkan masa kencing kt toilet tadi (sebelum aku ambik dia kt taska). Alahai boleh pulak aku xperasan sebelum tu seluar anak aku basah. Teruk betul. Dalam Hero tu macam biasa ade je yang dia nak, aku tak kasi beli, setiap kali nk pegi kedai/market aku akan pesan adik boleh beli 1 barang je, takleh lebih so utk semalam dia nak beli biskut. Okey fine, dah time beratur nak bayar boleh pulak dia capai kinder bueno tu dua ketul, dahla benda tu mahal..saje je kan. Walhal kalau sebelum ni kakak Airis duk mintak nak beli aku tak penah kasi pun, tapi dengan Ayra ni lain sikit, hati mama dia jadi melting. Haha. Rezeki korang la semalam ye.
 
Dalam kereta tu aku membebel la itu ini kat dia, dia macam biasa diam je, tapi kadang menyampuk jugak apa aku cakap, kadang apa dia cakap buat aku rasa terhibur, nak tergelak semua ada. Entah la aku rasa happy bila dgr budak2 ni cakap, rasa satu pencapaian sebagai ibu dorang. *entah pape je perasaan tu*. Papa dorang relax je, kalau jenis aku ni ape je anak2 cakap aku akan ceritakan balik kat dia, he was like "......."
 
 Alhamdulillah anak2 aku dua2 cepat bercakap, Airis lebih cepat bercakap sebenarnya berbanding Ayra. Airis langsung tak pelat, Ayra ni still pelat tapi boleh dikatakan tak keterlaluan. Aku perasan Ayra ni banyak mengikut apa yg si kakak cakap. Contoh semalam masa aku berleter kt dia, dia boleh jawab kat aku "biarla..bukan adik buat apa pun". Haih panas je hati aku sebab aku tak suka bila Airis sebut perkataan "biarla" tu. Seolah2 taknak dengar apa nasihat kita, atau seolah- apa yg dia buat tu betul. Eh jangan pandai nak melawan okey, ini mama awak ye bukan kawan sekolah awak nak biar2!!

Aku as ibu, haruslah berbangga dengan anak2 sendiri, aku bukan jenis yang suka condem anak2. Aku dah penah rasa sedihnya dikondem parents sendiri, rasa useless sangat. Tapi takpe, sekarang ni aku dah dewasa aku paham kenapa mak aku sering kondem aku depan kawan2 dia dlu, sekarang ni aku dah paham. Mak kita kondem kita bukan sebab kita tak bagus, tapi sebab kita better dri anak kawan dia yang suka datang menjoyah tu. Eii geram aih aku rasa bila kenangkan balik zaman remaja dulu. Haha. 

Biarlah orang nk cakap aku ni cewi ke, perasan bagus ke, ape ke..yang penting aku sentiasa berbangga dengan anak2 aku, my kids my precious.

Daa