Dah lebih 2 minggu Aathif tak sihat. Kesian dia kena chicken pox. Huhu.
 
4 Mac balik dari umah bs badan dia dedar2 gitu je. Macam biasa mama yg paranoid terus bagi ubat demam. Mama tak suka biarkan panas teruk dan demam berlarutan. Esok paginya dah sihat, so antar ke rumah pengasuh macam biasa. Pastu dia mula batuk, makin lama makin teruk. Esoknya 5 Mac lepas balik keje mama bawak ke klinik, sekali dengan kakak Ayra yg dah batuk selsema lebih awal. Kang dibiarkan makin teruk pulak. Masa nak ke klinik tu mama perasan macam ada bijik2 berair. Mula2 ingatkan kena gigit nyamuk tapi bila telek2 macam banyak pulak. Mustahil lah. Paling besar kat belakang telinga, n belakang badan. Kat pipi pun ada 3 bijik.
Kalut nak makan ubat sendiri.

Sebijik dua kat kaki

.
Kat tapak kaki macam segan2 nak keluar

 Doktor sahkan Aathif kena chicken pox. Mama dapat cuti kuarantin 5 hari tak termasuk Sabtu Ahad mulai 6 Mac sampai 12 Mac. Berhuhu jugak mama mengenangkan keje yang belambak kat opis, seminggu tak masuk memang akan makin bertambah2 la. Tapi demi anak mama tutup mata kejap. Bos mama pun kalut la sebab ada benda urgent dia nak mama siapkan. Maka mama terpaksa lari tinggalkan Aathif kejap kat papa pegi ofis setelkan keja urgent petang Rabu tu.

Semboy mama ni. Masa ni bijik memang sebutir dua je. Tak banyak.

Mama mintak papa carikan air kelapa muda. Bagi Aathif minum sikit. Dengan harapan cepatlah bijik tu keluar. Cepat keluar cepat sembuh, gitu kekdahnya. Tapi hampa, air kelapa pun tak jalan. Still takmo keluar habis. Mungkin jugak sebab Aathif tak minum sgt, banyak luah balik je. Hihi. Esoknya mama try buat sup ayam pulak. Tapi bijik tu still segan2 nak keluar. Kat kaki je banyak.

Chicken pox + kesan gigitan nyamuk

Masih 3 ketul kat pipi kiri. Kanan takde langsung ye/

Ni hari ke-7, mama bawak ke klinik kesihatan pulak untuk sahkan betul ke chicken pox. Doc sahkan memang chicken pox tapi jenis tak banyak & ambik masa nak sembuh. Huhu.

Hari ke-8 dah mula keluar kat lengan.

 Memandangkan mama dah abis cuti kuarantin, maka papa pulak pegi sambung cuti kuarantin, dapatlah sampai 19 Mac iaitu semalam. Aathif masih belum bebas chicken pox. Nampak gayanya mama & papa kena ambik cuti snd bhd la pasni. Bijik tu ada yang dah mula mengering, ada yang masih berair. Mama dah buntu macam2 petua ikut still tak jalan.

Ni gambar semalam, hari ke-14


Nampak tak yang masih berair tu..eeiii degil ye


Keadaan kaki kiri Aathif yang terkini. Belah kanan kurang sikit



Kat pipi mula mengering. Dahi baru naik pulak. Huhu

Begitulah keadaan Aathif setelah 15 hari kena chicken pox. Blister tu degil sungguh dan keluar & mengering. Saje nak kasi chance mama papa cuti spend time dgn Aathif kan??Hehe. Actually mama memang suka duduk umah jaga Aathif tapi tugas kat opis ni pun sebok nk memanggil2 mama jugak. Huhu. Kesian anak mama. Sekarang ni dah mula merengek2 gatal, nak tido malam pun asyik nangis2. Kesian Aathif Irfan mama.

Mama harap Aathif cepatlah sembuh ye sayang. Mama tak sanggup tengok kamu sakit2.

Get well soon, anak!