12.9.2010 - 12.9.2019 
Alhamdulillah dah 9 tahun hubungan suami isteri kami. 
Sesungguhnya perjalanan masih jauh, menuju abadi.
Dah 10 tahun jugak aku kenal mrR. Mula-mula kenal dia agak pemalu. First time jumpa atas bas, kelakar bila ingat balik saat tu. Simpan dalam kenangan.
Tak sampai setahun kami kenal, kami bertunang then kawen. Masa tu raya ke-3. ie 3 Syawal. Kenduri biasa-biasa je, ala kampung. Jiran tetangga gotong royong masak. Masa tu kos tak tinggi, tapi habis jugak RM15k kot siap pelamin bagai. Hahaha anak first kawen kot, seluruh pelosok negeri nak jemput. Kalau nak dibandingkan sekarang, kos makin tinggi, orang pun dah tak buat kenduri skala bsar. Adik aku kawen baru ni jemputan tak sampai 1000, buat dh dewan abis tak habis pun 10k. Hmm save.
Tahun pertama kawen agak mencabar. Masa tu aku keja kt Alor Setar, mrR memang dah lama keja kt Putrajaya since sebelum kenal aku lagi. So ber-PJJ la kami suami isteri. Paling struggle bila aku pregnant anak sulung. Berulang alik bawak perut sorang2, kadang jeles tgk org lain checkup datang dengan pasangan, aku pulak ke hulu ke hilir sorang2 sampailah dekat nak bersalin barulah dapat tukar ke Putrajaya. Alhamdulillah.
Mujurlah lepas kawen mrR dapat kuarters dalam Putrajaya, so dekatlah kami nak berulang alik ke tempat kerja. Hidup bertiga bukanlah sesuatu yang mudah. Masa tu baru nak mengenal hati budi pasangan betul-betul. Maklumlah masa bercinta, bertunang bukannya jumpa sangat pun, by phone je masa tu.  Duduk berdua pun tak sempat, tup2 dah bertiga. Aku dengan masak pun tak pandai. Nak uruskan anak lagi dalam masa yg sama. Keja mrR pulak jenis on call tak kira masa. Aku agak stress masa tu. Masa tu ekonomi pun tak stabil sebab tak pandai nak uruskan kewangan lagi. Bayaran pengasuh, susu & pampers anak je cecah rm1k masa tu. Bab duit jangan buat main, boleh bikin gaduh. Huhu.
 
Tahun berganti tahun kitorang dah mula paham rentak berumahtangga, dah pandai manage kewangan keluarga, mana komitmen, mana keperluan mana kehendak. Anak pun makin bertambah kepada dua then tiga. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki 2 perempuan sorang lelaki. Sesungguhnya anak-anak pengikat kasih kami suami-isteri.
Orang kata fasa pertama 1-5 tahun perkahwinan kita akan diuji dengan kesempitan dan kekurangan harta, ada ja yang tak cukup, banyak kena bersabar masa ni. Aku setuju sangat2 sebab aku dah melaluinya. Bukan nak cakap sekarang kaya TIDAK, tapi sekurang-kurangnya takdelah sesempit mula-mula kawen dulu. Boleh dikatakan senang sikit dah.
Fasa kedua10 tahun ke atas Allah akan bukakan 1001 pintu rezeki ke atas stabilti. InsyaAllah soon la tu, doakan kami ya.
Apa-apa pun, happy Anniversary buat suamiku.
Terima kasih kerana sabar melayani kerenah wife awak ni selama ni. (walau kekadang tak sabar kan?) hahaha
<3 br="">