Pages

Thursday, May 9, 2019

Aathif & Chicken Pox - Lagi??

 
 Sambung kisah chicken pox Aathif. Lepas dah 2 minggu ingatkan dah boleh antar kat bs. Lega sb tgk semua dh kering elok. Kecuali kt tapak kaki ada seketul blister yang sangat besar, luar dari kebiasaan. So mama bawak ke KK, nak dapatkan advise Doc. Doc cakap mungkin jangkitan kuman, so kena dressing sikit. toreh buang blister tu. Meraung2 Aathif masa MA tengah dressing tu. Mama pun tak sanggup tengok. Keluar banyak air bisa & nanah kot sikit. Darah pun ada huhu
 
before dipecahkan
balik dari klinik
Balik rumah tu kemain dia melasak. Sampai tercabut pembalut tu. Doc pun tak bagi kain kasa ke whatever so xdapat nak balut. Esoknya badan dia naik blister lagi meriah kau..aduhaii Aathif, terpaksa la mama papa sambung cuti sdn bhd lagi. Kali ni bawak ke klinik panel papa pulak, doc bagi antiviral sebab tgk banyak sangat sampai ke dalam mulut. Memang hebat dugaan buat kamu anak, kesian mama tgk. Kali ni Aathif merengek sakan, minggu pertama papa cuti memang asyik nangis je keje dia. Minggu kedua mama pulak cuti, dia dah mula mengering masa ni, dah kurang rengek tapi still takleh berenggang lgsg. Mama nak masuk tandas pun kena bawak dia :D

dah tanggal pembalut
seriau mama tengok
muls naik blister baru
dah mula banyak

muka masyammm

penuh badan

muka pun tak manis dah

euww tengok pun seksa

berhuhu jelah

Lepas 2 minggu blister pun dah mengering. Kebetulan pulak adik aku nak kawen, mula2 rasa macam taknak balik kampung tp kesian mak ayah aku mesti sedih kalau kami tak balik. Gamble jelah balik kampung dgn harapan tak bawak virus jangkitkan kat anak orang lain. Aku ambik homestay asing duk jauh sikit dari rumah mak aku. Masa ni mostly tinggal parut dah cikenpox Aathif tapi still tak bagi mingle dgn org lain. Duk terperap dalam bilik je. Masa hujung2 kenduri baru pakaikan dia baju melayu sebab nak ambik gambar family besar.

Hari kenduri Ateh
Alhamdulillah ni dah sebulan lebih tak dengar jangkit kat sesapa. Mama is lega.

Aathif pun dah semakin baik, parut ada sikit2 lagi kat muka & badan. Hope by Raya dah licin berseri la muka dia hehe.
 

No comments:

Post a Comment