Pages

Thursday, February 21, 2019

Aathif Irfan :: 8 months old

 
Seketul Aathif
 
Dah 8 bulan lebih usia budak seketul ni. Berat masa genap 8 bulan adalah 8.35kg. Itu pun sebab kebetulan dia muntah2 pegi klinik pagi tu kena timbang berat sebab nak bagi ubat. Kesian anak mama muntah2, esoknya cirit pulak. Gambar ni masa dia umo 5bln kalau tak salah aku, sebab takde gigi atas lagi. Sekarang ni dah 8 btg gigi, 4 atas 4 bawah. Baru pandai merangkak sikit-sikit haha. Mengesot je laju. Takpe nak, slowly but surely kan.
 
Being the last, tentunya paling dimanjakan. Biasalah tu kan. Bukan sebab he's the only boy, tapi sebab dia paling kecik. Itu yg selalu aku ingatkan dalam diri aku. Aku taknak beza-bezakan gender dalam uruskan anak-anak aku. Sebolehnya aku taknak kakak-kakak terasa mama lebih sayangkan adik sebab adik boy. Its a big NO. Aku lebihkan dia, sebab dia paling bongsu, korang dah lama dapat manja mama sebelum Aathif lahir, so kasi chance la kt adik pulak. Kot nenanti ade pulak adik baru, adik baru la pulak dapat lebih..gitu kekdahnya. Hehe.

So far perkembangan Aathif just on track, takde terlebih advance, takde kurang kat mana-mana. Walaupun ada kawan sebaya dia dah boleh berdiri, sikit pun mama tak gabra sebab anak-anak mama semua lambat jalan, perhaps Aathif pun sama. Satu lagi kata orang tua, kalau dh gigi naik dulu jalannya lambat sikit. So nothing to be worried. After all, akan jalan jugak satu hari nanti.

Pagi tadi masa mama drive ke ofis tetiba terkenang detik sebelum kelahiran Aathif. Entah kenapa, mungkin sebab melintasi pusat bersalin berisiko rendah tu kot. Teringat betapa mudahnya urusan, walaupun sedikit berliku hihi. Sakit contraction pun tak lama. Masuk ward kejap dah turun ke labor room, duk dalam labor room kejap dah nk bersalin. Dah lupa jugak sakit yang maha hebat tu macam mana. Aduhai ibu-ibu ni memang mudah lupa. Tengok je muka anak terus hilang sakit beranak tu. Padahal masa sakit tu taktau macam mana nak gambarkan. Huhu.

Aathif Irfan, mama sangat sayangkan kamu. Moga kamu membesar jadi anak yang soleh, jadi al-hafiz seperti yang mama harapkan. Jaga kakak-kakak kamu jugak tau.

No comments:

Post a Comment