Pages

Wednesday, November 21, 2018

Airis Batrisya :: Exam Mode

Alhamdulillah sesi persekolahan tahun 2018 bakal berakhir..dua hari lagi je bebudak ni nak bersekolah lepas tu hureyyy la boleh balik kampong. Huhu seronok je depa, mak depa ni yang merana. Sobss

Airis tamatkan tahun 1 nya dengan pencapaian yang sederhana. Aku sebagai parent memang mengharapkan yang terbaik dari dia. Dan aku pasti semua parents mengharapkan yang terbaik dari anak masing-masing. Tipulah kalua kata tak kisah anak dapat berapa pun. Lagi pulak aku dikelilingi kwn2 yang anak2nya semua dikatakan cemerlang, naik pentas tiap tahun. Lagila tinggi harapan aku pada Airis. Mungkin aku letakkan harapan terlalu tinggi jadi bila result dia tak cemerlang aku yang frust. Huhu. Sungguh aku kecewa. 

Aku bukan harap Airis dapat No. 1 atau top 3 dalam kelas mahupun darjah, sebab aku tau ramai Budak yg cerdik pandai sekarang ni walaupun silibus boleh dikatakan tough. Atleast dapat semua A, dapat no corot pn aku tak kisah. Tapi Airis tak berjaya dapatkan A untuk semua matapelajaran. Masa exam mid-term dia dapat B utk BI dan C utk Maths. Masa tu aku yakin anak aku bukannya tak pandai tapi dia belum biasa dengan system peperiksaan. Maklumlah masa kinder dia tak penah exam, konsep playschool je. So aku berharap final exam dia akan dapat lebih baik.

Masa final exam aku akui aku tak dapat focus untuk bantu dia buat revision, kadang Aathif tak bg kerjasama, aku terpaksa biarkan dia ulangkaji sendirian. Cuma subjek Maths aku bebetul tekankan. Memang naik hantu aku masa mengajar dia, semua benda dia cakap taktau. Mak dia ni apalagi mula la nak jadi singa. Mujurlah bila exam Airis dapat jawab dgn baik dan dapat A. Subjek BI masih tak dapat kuasai, masih dapat B dan paling teruk subjek Sains yg sebelum ni A boleh dapat C. Ralat sungguh aku rasa. Disebabkan dia dapat C maka peratus keseluruhan terus merudum. Sayang betul. Teacher dia cakap mungkin dia akan ke kelas no. 3 atau 4 dalam darjah tahun depan. Huhu.

Seharian aku emo lepas jumpa teacher dan sign kad laporan dia. Rasa nak marah tapi taktau nak lepaskan pada siapa. Yang pasti Airis tak salah. Aku yg salah sebab terlalu berharap. Aku nak anak aku pandai macam anak orang lain. Aku nak anak aku disayang cikgu sebab kepandaian dia. Aku nak yang terbaik untuk anak aku. Tapi sebenarnya aku sendiri yang gagal mendidik dia jadi apa yang aku mahukan tu.

Lepas tu aku mula sedar. Aku tak patut macam tu. Exam bukan penentu segalanya. Lagipun Airis baru je darjah 1. Mungkin Airis tak cemerlang dalam pelajaran tapi sebenarnya dia anak yg sangat baik. Seawal usia 7 tahun ni dia banyak berdikari, tidur sendirian, set alarm sendiri untuk bangun pagi, kemas buku dan bag sendiri, pandai jaga Aathif, solat awal waktu, dah jarang sangat melawan cakap aku, bila aku suruh apa2 cepat je bangun buat. Paling melting bila aku suruh apa2 dia akan cakap "okey ma" dengan nada lembut dia. Sepatutnya aku kena bersyukur sgt2 dah tu.
 
Mama mintak maaf kakak. Mama terlalu ikutkan perasaan marahkan kamu. Mama doakan kamu jadi insan yang Berjaya di dunia dan akhirat kelak. Amin

No comments:

Post a Comment