Salam Jumaat semua

Harini kitorg dah 37hari berpantang, means Aathif dah berusia 37hari..Jumaat lepas bawak Aathif ke KK utk suntik vaks 1mo, berat dia dah 4.2kg yeayy patutla lengan mama makin sado duk dukung dia..sigh 

Saja takdak apa nk merapu, Aathif baru ja lena setelah bertarung 2jam dodoikan dia sambil berdukung, dh letak atas tilam dia terjaga maka bertabahla mak dia angkat dodoi balik. Macam tula tiap kali nak tidokan dia, kena byk bersabar. Kadang terpaksa masak sambil dukung dia, even makan pun sambil berdiri, orang pantang ni cepat lapar dan takleh makan lambat, jadual aku kul 11 mesti dah makan kalau tak perut masuk angin seksa uii..Maklumlah berpantang sendiri, masak sendiri, sedia air mandian ibu anak lagi, celah tu basuh baju nak sidai lagi. Semua jadi kalut kalau time Aathif takmau tido ats tilam. Apa boleh buat, kalau org have-have bolehla hire confinement lady sebulan ka 44hari ka. Ada jugak org nak tlg urus bab makan n mandi, n boleh tgkkan anak masa mak uruskan diri. Sebelum ni berpantang kat kampung ada la mak nk tolong itu ini. Sekarang ni kena berdikari taklehla nk susahkan mak selamanya. mrR pun kononnya boleh jaga aku, last2 kena buat sendiri jugak la nak taknak..yelah dia pn keja mana boleh cuti sangat. Sabar jela. 

Sebab tu aku cakap kt mrR ini last dah, lepas ni nk fokus besarkan anak2 ja. Aku rasa sejak berpantang ni Airis dan Ayra sering terabai. Ada satu malam dorg tak dinner sebab baby asyik meragam, aku pulak sorg2 ja nak handle dorg bertiga sampai terlupa anak belum makan. Esoknya bangun baru teringat anak2 tak makan sebab lauk ada lg atas meja. Huhu. Aku mg bukan mak yg terbaik utk anak2. Kadang bila stress mula la nak marah dorg, sekali dgn baby kena tempias. Hurmm. Kesian Airis n Ayra asyik kena marah sebab bising time adik nak tido, asyik kena main berdua dlm bilik yg sempit ja. Huhu.

Emosi betul aku time bpantang ni, taktau napa asyik nk nangis. Mula2 aritu jahitan tertetas sikit sebab lasak sgt bgerak, baby pulak kena warded sebab kuning, dengan sembelitnya, dengan sakit rengatnya, nangis jelah yg aku mampu buat. Serik rasa nak beranak lagi, menduga sungguh. Dah abis episod tu datang pulak ragam baby, mula2 taknak tido malam maka berjaga lah aku jadi panda. Dah okey tido malam siang pulak meragam, nak berdukung saja taknak baring langsung. Tambah dengan kembungnya, jeluak susunya lagi. Aku pulak kekurangan susu kena topup fm, tak serasi sembelit pulak baby. Aduhaii. Memang kena byk bersabar la bila ada anak kecik ni. Aku bukan nak merungut tau, sila jgn salah paham. Yes aku tau, bkn semua org dpt peluang mcm ni so aku kena bersyukur dikurniakan anak. Cuma alangkah indahnya kalau ada yg memahami aku saat ini. Hurmm

Next time la citer pasal Airis Ayra pulak, nak p cuci botol, pam susu cepat2 sebelum baby bgn. 

Dadaaa.