Pages

Sunday, April 29, 2018

Ayra Batriysa :: Happy Birthday my baby

29 April 2014

Mengimbau kenangan bersalinkan puteri kedua ni memang buatkan mama tersenyum sendiri. Bersalinkan Ayra sama jugak macam Airis takdelah susah, dua-dua normal. Cuma Ayra ni kena induced, sebab kekurangan oxygen katanya. Induced awal pagi, bersalin petang. Allah swt bagi sakit lama, moga terhapus dosa2 kecil mama ni. Alhamdulillah Ayra disambut oleh papanya sendiri. MrR dapat saksikan saat aku bertarung nyawa lahirkan zuriat dia sendiri. Moga bertambah-tambahlah kasih MrR pada aku ye hihi.

1. Kuat sentap, tapi senang sejuk. Ayra ni manja. Mama papa takleh tinggikan suara bila bercakap dengan dia. Kalau terkuat sikit mula la dia tarik muka panjangkan dagu, tanda nak nangis tu. Kena cepat2 la pujuk n peluk, baru dia okey. 

2. Bukan seorang yang pemarah, jarang sekali dia nak memarah or mengamuk kecuali bila kita buat salah or tak ikut SOP dia. Jangan tak tau, budak sekecik tu pun ada S.O.P sendiri, macam mana dia nak pegang botol, macam mana dia nak pakai towel, macam mana dia nak pakai baju, macam mana nak hadap pinggan, eh serba serbi ada SOP dia, mama papa kena paham. Kalau salah langkah awas ye, boleh mendatangkan ribut taufan hehe.

3. Penyayang. Ayra tak sabar nak jadi kakak. Sebelum ni dia tak bagi aku panggil dia kakak. Tapi lately dia suka bahasakan diri kakak Ayra. Even dengan cousin yang sebaya pun dia bahasakan diri dia kakak Ayra. Walhal cousin tu tua sikit dari dia. Haha. Dia sangat sukakan baby, pantang tengok baby mst dia nak cium dan angkat. Haa part tu scary, jangan nanti dia p dukung adik sudahhh.

4. Pandai ambik hati. Ayra ni sejenis yang pandai tackle mama papa. Kalau dia buat salah pun mama tak jadi nak marah lama2 sebab dia akan datang mintak maaf dan peluk. Sebelum tido pun dia akan ulang mintak maaf atas apa yang dia dah buat pada hari tu.

5. Suka mewarna. Aku peratikan Ayra ni sikit2 ikut aku. Aku pun dulu suka sangat melukis dan mewarna. Cita2 nak jadi arkitek oii tapi tak kesampaian la. Mungkin Ayra akan tunaikan impian aku nanti, who knows?. 

6. Rajin. Part study Ayra memang rajin. Hampir tiap malam dia akan keluarkan buku2 sekolah dia untuk buat revision dengan aku or papa dia. Tak payah suruh2. Pastu pulak aku nampak dia sangat minat belajar, kira dalam 3 bulan tadika dia dah boleh abiskan satu siri buku. Bulan ke4 dah baca siri kedua. Cepat betul teacher dia ajar. Mungkin sebab dia baru 4 tahun so kadar serapan sangat tinggi kot. Haha. Kipidap adik

7. Susah makan. Ayra ni tak suka makan. Entah apa yang dia suka, sangat sukar yang dapat makanan yang dia betul2 nikmati. Biasa makan sikit2 je. Lauk pun sama. Kalau makan nasi, dia nak letak kicap je bebanyak, lauk taknak. Haihh

8. Rambut curly & pendek. Rambut Ayra tak penah sempat panjang. Kalau panjang pun dia akan merengkok2 naik ke atas. Dia rimas barangkali bila pakai tudung rambut tu masuk telinga so dia akan mintak guntingkan tiap kali panjang sikit. Huhu.

9. Buah hati pengarang jantung mama. Ayra ni jarang kena marah dengan mama. Entah kenapa aku susah sangat nak marah dia, apatah lagi tangan2kan. Tak taula kalau dah ada adik nanti lain jadinya. Tapi mama harap Ayra akan kekal jadi buah hati pengarang jantung mama. U'll be my baby forever n ever.

Mama loves you so much Ayra Batrisya.

xoxo

No comments:

Post a Comment