Sambung hari ketiga di bumi winter sonata. Sesejuk mana pun seoul takde sebutir pun salji kami jumpa. Yela kan dah penghujung winter. Kalau ikutkan forecast hari tu cuaca mendung dan hujan sepanjang hari. In fact masa keluar GH pagi tu hujan rintik2 tapi kami redah je. Pagi tu kami tak tunggu breakfast kat GH sebab kitchen buka pukul 8. Kami makan nasi goreng Brahims rendam air pnas dengan sambal bilis Brahims kat dlm bilik je pagi tu. Alhamdulillah kenyang perut. Sempat buat bekal sandwich tuna untuk piknik kat Nami hihi.

Pukul 730pagi kami keluar. Kena naik subway dr Stn Myeongdong then turun kat Dongdaemun, tukar Line 1 ke Cheongyangni untuk naik ITX ke Gapyeong. Tiket kami beli sebulan awal kat website korail. Tiket tu print out then bawak je, takyah tukar2 kat kaunter dah. Masa sampai stesen tu kami terus ke terminal, pastu terjumpa rombongan dari Malaysia, dorg cari kaunter tukar tiket so kami pun jadi ragu2 turut cari kaunter sesama. Dah jumpa kaunter kt tingkat atas rupanya takyah tukar pun. Fuhh penat je mujur ada masa lg kalau tak jenuh kejar tren pulak haha. Tren dtg awal dari sepatutnya, taktaulah kalau kami yang tersalah naik tapi sampai elok je kat Stn Gapyeong kira2 40minit berikutnya. Tren ni bagus ade toilet, tv bagai. Selesa sangat boleh tido. Stop pun tak banyak cuma sekali stop sblm sampai kat Gapyeong.

Keluar dari stesen bas dah menanti. Bayar KRW2,500 je instead of KRW6,000 sebab ada kupon KTO. Bas tu pusing satu bandar Gapyeong sampai ke Morning Calm tapi kami plan nak ke Nami n Petite France je. Konon nak spend time kat Nami. Disebabkan masih awal bas pun tak ramai org, tak sure kalau trip kami yang pertama tapi masa sampai Nami Wharf memang tak ramai org. Tak sesia kami keluar awal hehe. Beli tiket feri + visa ke Naminara KRW10,000. Harga pun dah naik kalau sblm ni KRW8,000 je huhu. Tapi pasrah jela dah sampai pun kan. Tunggu feri kejap then naik feri dalam 10 minit sampai dah kat island. Dekat je pun hihi. Alternatif lain naik zipwire tapi mahal giler kot. Lagipun aku memang tak hingin nak naik bendalah tu pun hihi. Sampai je taraaa..aktiviti bergambar jelah kami. Puas pusing2 kami lunch kat Asian Cuisine, duk pikir malas nk cari nasi goncang kang nk datang balik Asian Cuisine ni untuk ke surau. Harga boleh tahan la tapi pasrah mkn nasi ape tah nama dia KRW12,000 hehe. Bab makan takyah convert kang tercekik 😂. Pastu terjumpa pau kacang beli satu sebab nak merasa je KRW1,000 satu kecik cinonet, mujur sedap kaya dengan inti kcg merah. Ala mcm pau kat malaysia jgk sebenarnya haha.

Gapyeong City Tour Bus

Takde orang lagi masa ni
Dah sampai Nami Wharf
Kaunter tiket..tak ramai pun orang, best
Rasa dialu2kan kedatangan

Feri dah sampai

























Yeayyy jumpa salji..jakun jap

Pondok ape tak tau, tapi ade tapak pertanian & perigi. Kami lepak piknik kat dangau sebelah tu.

Cara dorang simpan kayu api dan makanan kot

Ber-winter sonata kejap

Port penggambaran winter sonata gitu

Dah puas tawaf nami jom kita ke Petite France pulak. Tunggu bas opposite G25 dekat kedai teopokki tu. Mengundang je bau2an dia tapi takleh makan sbb dia jual segala sosej mak nenek sekali. Paham jelah sosej dorg sure ade pork kan. Big NO untuk beli street food kalau dah jual mkanan bercampur gitu. Bas datang tunjuk je tiket then takyah byr pape naik je sampai la Petite France. Lebih kurang 20minit je sempat aku melentok hahaha. Kat Petite France ni entrance fee KRW10,000 tp aku guna voucher KTO jadi byr KRW6,000 saja. Save oo. Kat sini pun aktiviti bergambar je. Naik turun mendaki lenguh kaki kami lepak minum kopi. Secawan choco latte KRW4,500 . Pasrah la harga dh sama minum kat starbucks hihi. Fefeeling france tu buat jadi mahal hihi. Mujur sedap.














Makyong takleh minum cafein so choco-latte is the best option!

Time balik kami tunggu bas opposite tempat turun, ade org jual strawberry. Aku memang duk aim nak beli strawberry tapi menahan diri jelah sebab rasa macam mahal KRW5,000 untuk sekotak kecik huhu. Tunggu jumpa yg mur mur jelah kat myeongdong night market nt  kot ade. Naik bas sampai Stn Gapyeong untuk naik ITX ke Cheongyangni. Tiket kami beli lambat lagi, kami sampai dlm pukul 5 lebih, tiket tren pukul 7lebih mau mereput nak tunggu 2jam kat situ so kami gamble je naik tren terdekat hihi. Jangan cuba2 tiru aksi ni sebab mungkin akan dikenakan tindakan oleh pihak Korail cuma kami bernasib baik tak kena check tiket sampai la ke Cheongyangni. Hati berdebar2 je takut dorang check tiket huhu. Sampai kat Chengyangni ni tukar ke line subway patutnya kena touch T-Money kat tepi dinding tapi kami tak touch maka time nak keluar kt Stn Myeongdong tak lepas gate. Staff bawak kami ke opis, touch kad kat mesin dia then sebut Gapyeong kami iyakan jelah. Rupanya dia charge kami dari Stn Gapyeong. Rugi KRW2,500 kami hari tu huhu. Pengajaran betul lah. Next time pastikan touch kad kat stesen ptukaran camtu. Huhi.

Lupakan bab tu. Kami ke Daiso Myeongdong lepas tu. Ada 8 tingkat Daiso dia. Omak aii rambang mata aku ni semua nak kaut masuk bakul mujur la waras lagi angkat letak balik. Aku byk beli brg utk anak2 je sbnrnya. Botol air murah KRW2,000 (RM7.20) je kalau kat sini mau berbelas ringgit. Yang lain rapu2 je abis jugak KRW14,020 aku kat sini. Yang KRW20 tu caj plastik bag huhu padan muka sape suh tak bawak beg. Lepas tu kami terus balik ke GH, hujan rintik je masa tu so plan rehat2 mkn megi cup dulu ape semua nanti nak keluar semula jalan2 night market Myeongdong. Time turun tengok hujan makin lebat, pegi pinjam payung kat receptionist.


Keluar kejap je sebab hujan makin lebat, singgah Etude House belikan eyebrow liner & eyeshadow sticks kat adik2 aku then ke Nature Republic beli aloe vera gel & face wash yang bos aku kirim. Setel tu terus balik ke GH, mandi solat then tido. So tu jelah aktiviti kami di hari ketiga. Mujur jugak hujan malam, kalau sepanjang hari mau tergendala segala program. Hehe syukur.

till next post.

daa