Pages

Wednesday, March 14, 2018

Seoul 2018 :: Part V - Gyeongbokgung Palace, Bukchon Hanok Village & Insadong

Dah seminggu balik, tak dapat nak cover keseluruhan Seoul lagi. Hatiku tertinggal di Seoul kot haha. 
Hari ke-4 kami plan nak ke Gyeongbokgung, Bukchon, Insadong & Itaewon tapi end up Itaewon tak jadi pegi sebab letih berjalan, dah tak larat sangat kaki nak menongkah arus. Kami surrender haha.
1. Gyeongbokgung Palace
Tempat ni adalah tinggalan Istana lama zaman dinasti Joseon. Kalau tengok K-drama adala citer pasal dinasti Joseon ni. Aku suka jugak layan drama zaman dinasti dorang, ala2 drama sejarah gitu. Kawasan ni luas oii, puas la nak berjalan. Tapi masa kami pegi banyak istana yang tak dibuka sebab dalam renovation. Frust jugak tak dapat masuk secret garden. Tapi takpelah ada rezeki kita p lagi na.
Dari GH nak ke Gyeongbokgung ni kami naik subway ja. Dari Stn Myeongdong turun ke Chungmuro then tukar line 3 ke Stn Gyeongbokgung. Ikut exit 5 terus keluar kat depan National Museum. Kami tak masuk pun muzium tu, malas. haha.


Pukul 10 pagi ada upacara pertukaran pengawal. Kami tunggu tengok upacara tu dlu. Habis bateri fon aku duk merakam bendalah tu haha. Siap buat live kat ig hihi.









Angin kuat giler masa ni, sejuk menggigil


kalau pakai hanbok boleh free entrance..yg ni awek Jepun



 
2. Bukchon Hanok Village 
Dah puas meronda kawasan Gyeongbokgung Palace kami berjalan ke Bukchon Hanok Village pulak. Exit kat National Folk Museum, jangan keluar ikut gate depan kang jenuh nak menapak lagi. Bukchon Hanok Village ni kira perkampungan tradisional di tengah bandar. Ada orang stay dalam umah ni dan masih mengekalkan ciri2 tradisional Korea. Datang sini just ambik gambar je jangan duk buat bising pulak kang tak memasal kena halau. Haha.












3. Insadong & Ssamzigil building
Kawasan hanok ni berbukit, gagah la kami menapak. Dah tak larat kami mulakan langkah ke Insadong pulak. Jauh jugak tu tapi kugagahi jua. Sampai Insadong kami banyak duduk berehat, nak bergambar pun dah malas. Tapi kedai2 agak menarik. Harga pun okey cuma tak jumpa yang jual tshirt 3 for $10 macam kat namdaemun. Kawan aku beli handbag/backpack @ KRW10,000 (RM36) je. Murah woo. Mujur aku sejenis tak minat handbag kalau tak mau lebur duit aku kat situ. Kat situ jugak kami jumpa geng Malaysia duk beli handbag, aku senyum kat depa buat dekk je. Eh ko dah kenapa mek. lantak la kat situ.


Habis shopping kami ke depan lagi sampai jumpa bangunan Ssamzigil. Bangunan unik tak bertangga tu. Ekceli ade tangga cuma tak perlu digunakan untuk naik ke tingkat atas sebab lantai dah serong2 sampai la ke tingkat atas. Tak reti aku nak gambarkan, gambar pun takde sebab kawan aku merakam je kat situ. Boleh google tengok gambar dia ye. Hehe. Kat sini mostly barang2 art & craft. Disebabkan kami bukanlah pencinta art maka kami jalan2 cuci mata je, poket terselamat. Haha.
Sepatutnya kami plan nak ke Itaewon untuk lunch dan solat kat masjid sana tapi masing2 dah kepenatan so decide untuk balik rehat kat GH jela. Petang kitorg nak meronda pasar malam Myeongdong buat kali terakhir. Dari Insadong kami naik subway di Stn Anguk. Turun Chungmuro then tukar ke Line 4 menuju ke Stn Myeongdong. Balik GH kami just makan maggy cup, solat then tido sampai petang. Letih sungguh la tu. Hihi.
Petang after maghrib kul 6.30pm camtu kami keluar ke night market, misi untuk habiskan won dan makan2 aje. Haha. Macam2 makanan jugak kami try, yg mana tak meragukan la. Kalau dah jual bercampur daging kami tak beli. Tteobokki pun kami tak beli sebab gerai tu jual sekali dengan sosej, biasanya dorang makan sosej pork. Duk jalan2 tak jumpa pulak yang jual tteobokki semata so takpelah takde rezeki nak merasa. Kat Malaysia pun ada sebenarnya makanan halal korea, terjah je restoran korea bersepah kat KL nun.
Maka dengan acara makan2 tu berakhirlah hari keempat kami di bumi Seoul.

No comments:

Post a Comment