Hari kedua kami mulakan dengan sarapan di kitchen GH. Kami panaskan nasi goreng ikan masin Brahims, goreng telur scramble then kacau. Sedap giler. GH sediakan unlimited eggs, roti putih, susu, orange juice & cereals. Pan untuk masak telur pun dorg sediakan & yang bagusnya memang untuk masak telur je so kita as muslim tak perlu risau nak guna peralatan memasak tu. Kami pun dah standby sabun taharah untuk cuci peralatan tapi tak guna pun sebab dah tak was2 lgsg.

Nasi Goreng Ikan Masin di Seoul..ko hado??

Aktiviti kami hari kedua adalah pusing Seoul dengan menaiki Seoul Citu Tour Bus - Downtown Palace. Untuk ke stesen permulaan kena beli tiket dan tunggu depan Donghwa Duty Free Shop. Kami naik subway dari Myeongdong, turun kat Dongdaemun History & Culture Park then tukar ke Line 5 menuju ke Gwanghwamun. Sampai Stn Gwanghwamun ikut exit 6. Keluar exit jalan straight ke depan boleh Nampak kaunter tiket kat depan police station. Kalau ikutkan voucher KTO bagi tu kami cuma perlu bayar KRW9,600 setelah 20% diskaun dari KRW12,000. Rupanya tambang bas dah naik ke KRW18,000 dan kami kena byr KRW15,000 sbb ada diskaun. Huhu lari bajet aku. Nasib baik aku sediakan peruntukan untuk emergency. Boleh guna time2 gini.

My travel buddy

Awal lagi orang pun tak ramai

Dah beli tiket terus je naik bas, rasanya kami trip paling awal iaitu pukul 9 pagi. Kalau ikutkan bas ni akan stop di 22 tempat tumpuan, tapi nasib kurang menyebelahi kami masa beli tiket petugas maklumkan ada beberapa tempat ditutup hari tu sebab ada demonstrasi aman. Huhu. Takpelah kami pegi mana yang ada jelah. Stop pertama kami adalah Namdaemun Market. Niat awal nak beli t-shirt utk budak2 dan kerongsang kat e-lengdang je. Tiba2 jadi rambang mata tengok souvenir terus borong souvenir sekali. Ada sorang mamat Korea Tanya kami nak cari apa, bila cakap nak beli t-shirt terus dia bawak ke kedai abang dia. Pandai cakap melayu I tell u hihi. Dorang bagi diskaun 30% untuk setiap pembelian, mana tak gila dibuatnya. Harga sepapan keychain KRW7,000 dia kira KRW5,000 je. Tu yang buat kami tak fikir panjang, terus beli je. Tak jadi nak beli kat Arirang yang dorang ckp murah tu.

Hasil tuaian pertama di hari kedua haha

Free gift best

Aku sempat beli winter down jacket dengan harga KRW5,000 (RM18) saja. berbaloi oii sebab lepas tu jacket tu je yang aku pakai sepanjang trip. Terus tinggalkan jacket purple yang besar gedabak yg aku bawak dari Malaysia hihi. Rasa rugi je beli jacket purple tu aritu. Pastu aku beli seluar ajumma jugak, harga KRW2,500 (RM9) je. Kerongsang aku tak beli byk, beli yang kecik2 harga KRW1,000 (RM3.60) tiap satu. Okla buat bagi adik2 aku dan pakai sendiri. Aku tak reti sangat pilih yang besar2 tu. Lagi pun aku dah serik beli kerongsang byk2 masa kat KK dlu bagi kat adik beradik dan sedara mara last2 hilang gitu je.

Down jacket yang dibeli di Namdaemun..cheap liao
Jalan2 habiskan Won
Hampir 3 jam kami kat Namdaemun Market, best giler I tell u. Memang syok shopping kt situ. Sampai takut tak cukup duit Won la kiranya. Kami tunggu bas kat tempat turun awal tadi, then kami decide untuk turun kt Myeongdong. Nak letak barang2 belian dulu kat GH sebelum meneruskan perjalanan. Bas akan lalu setiap stop selang 30minit so cepat2 aku solat jamak sesiap sebelum ke tempat bus stop semula. Next stop kami adalah Namsagol Hanok Village. Kat situ takde ape nak beli kecuali nak sewa hanbok @ KRW3,000 (RM10.80). Kami tak sewa pun sebab taktau kat mana tempat sewa nya. Haha. Pusing2 situ bergambar then kami keluar beli air kat 7e. Aku beli banana uyu @ KRW1,300 (RM4.60) dan raincot @ KRW2,000 (RM7.20) pakai T-Money je. Raincot tu beli sesiap sebab tgk ramalan cuaca esoknya bakal hujan huhu.

Lepas tu kami naik bas semula menuju ke Namsan Tower. Masa tu jam dah pukul 3 lebih. Memang tak sempat nak pusing semua tempat so kami decide untuk surrender jela segala palace dan Insadong tu. Lagipun memang tutup untuk demonstrasi. Kat Namsan Tower kami terpaksa berpecah sebab aku tak larat nak mendaki sampai atas tu. Semput mak. Aku tunggu kat area bas stop je. Pusing2 kat situ pun dah menarik.




Last station kami adalah Dongdaemun. Kami ke Doota Mall, beli kosmetik Innisfree dan Etude House kat situ. Padahal kat Myeongdong tu belambak kedai hihi. Kat situ boleh terus buat tak refund, so belian KRW30,000 (RM108) dalam satu resit boleh ke kaunter tak redemption terus. Takyah tunggu buat kat Airport. Cuma kat airport still kena pegi scan passport & resit tu. Kami beli set Innisfree sorang satu dan lipbalm je kat situ, total bill KRW55,000 (RM198) so daptla tak refund KRW3,000 (RM10.80) haha. Jadilah dari takde kan. VAT sana tinggi tau 10%, GST kita 6% pun orang dah merungut cakap mahal. Hurmm.

Setel shopping, perut pun dah berkeroncong so kami naik subway dari Dongdaemun terus ke Myeongdong. Takyah tukar2 line sebab Dongdaemun ada Line 4. Kami terus ke Yoogane yang terletak tak jauh dari GH, kena beratur panjang jgk sebab time ramai orang. Order seafood dakgalbi je ye, chicken takleh makan. Kat sini memang takde sign halal tapi dorang takde serve pork, cuma menu ayam & seafood. Ayam dah tentu takleh makan sebab tak sembelih kan. Sedap weh, tak tau la kot sebab kelaparan sama, licin kami bedal. Masa dia tengah goring sempatla merakam dah siap tu terus bedal tak toleh kiri kanan. Haha. Harga per pax KRW6,000 (RM21.60). Side dish dia sedap, nyummmsss.

Lepas makan kami terus balik ke GH, cuci2 badan, solat then tido.

Esok nak bjalan jauh lagi.

Daa