Annyeonghaseyo dari bumi Winter Sonata.
  
Plan untuk ke Seoul ni dah lama. Aku dah booking dengan satu travel agent setahun yang lepas, bayar depo RM1.5k untuk 3 org. Harga pakej tak mahal i.e RM1799 all in untuk backpacker trip. Murah naw naw uolls, sebab tu aku terpedaya. Nak dijadikan cerita company tu bungkus, byk trip yang dorang cancelkan termasuklah trip March 2018 kami. Aku terima emel pembatalan pun dah pertengahan bulan Januari 2018. Lepas tu menggelabah la cari tiket flight sendiri, sebab keinginan yang membuak2 sangat nak pegi jugak kan. Deposit kitorang yang RM1.5k tu dorang janji nak bayar dalam tempoh 3 bulan selepas date trip yg sepatutnya so we will wait & see. 
 
Disebabkan beli tiket flight saat akhir, maka harga tidaklah murah tapi masih reasonable bagi aku dan teman. Kami ambik add-on luggage, makan, seat, travel insurance whatsoever maka jadilah RM1,246.90 per pax. Untuk penginapan pulak aku survey di Expedia, Trivago, Agoda etc dan finally kitorg decide untuk pilih guesthouse di kawasan Myeongdong, sorga membeli belah dan jugak makanan halal. Kitorg end-up with K-Guesthouse Myeongdong 3, which located dekat dengan subway station dan Airport Bus stop. Tu yang penting tu. Mak kan mengandung *hehh*. Total 4 malam RM853.37 untuk bilik twin room. aku akan review pasal GH ni later.
 
Bab itinerary pulak boleh dikatakan aku uruskan semuanya from A-Z. Kawan aku tu ade trip lain sebelum ke Seoul so aku taknak peningkan kepala dia. Dia serahkan kat aku untuk buat keputusan so mudah, takyah nak serabut2kan kepala. Aku pun mula la survey blog2 orang yang penah ke Seoul, where what dan when semua tu. Aku takdelah buat itinerary berat2 since aku pregnant kan. Kami pun tidaklah ber-backpacker mana, ada yang boleh naik bas kitorg naik bas. Cuma yang paling penting kawan aku nak ke Nami Island. tempat lain tak kisah sangat. Aku pun sama, asal nak jejak Seoul dan tengok2 tempat org gitew.
 
Kitorg agak bernasib baik sebab Korea Tourism Organization (KTO) Malaysia ada offer coupon book utk sape yang travel ke Korea sehingga March 2018. Just sign up kat website KTO tu, isi survey sikit then pegi redeem kat office dorang kat Menara Hap Seng KL. Dapat T-Money kad percuma beserta nilai KRW2,000. Pastu buku voucher yang ade macam2 discount sepanjang kat Korea. Memang jimat lah kiranya. Banyak jugak saving kat situ. Contoh macam T-Money tu kalau beli kat Seoul harga KRW4,000 tau. Ini dah free pastu siap ade reload KRW2,000. Kitorg just topup KRW20,000 je untuk 4 hari penggunaan.
 
provided by KTO

T-Money

Disc. coupons

list of coupons
 
Untuk lain-lain preparation seperti pakaian aku beli sikit2. Takdelah pegi shopping satu hari untuk kesemua tu. Macam aku katakan dari awal, plan kami dah lama so macam winter jacket tu aku beli awal lagi. Aku beli preloved je, murah RM30 je selai. Pastu baju2 sweater aku beli kat taobao lazada, murah2 jugak. Sepasang thermal wear aku beli kat Parkson kebetulan ada sale 50%, RM80+ je kire murahla. Bajet untuk pakaian ni aku beli tak sampai pun RM200. Stok makanan pun aku bawak tak banyak, 2 kotak nasi goreng Brahims, 2 ketul Maggi Cup, biskut, kurma, chocs, dan milo 3 in 1. Kos dalam RM50 je. Aku bawak pun untuk sarapan pagi kat GH dan supper kot2 lapar tengah malam. Maklumlah pregnant kan perut sentiasa lapar hihi.

Keperluan lain yang penting adalah seperti:
- passport (pastikan valid atleast 6 bln sebelum travel)
- heat packs Daiso (kot2 tak tahan sejuk)
- kasut yang selesa untuk berjalan
- Maps & Apps subway Seoul (all provided by KTO termasuk hub makanan halal)
- Calculator (penting masa shopping $$$ )
- Botol mineral kosong (toilet takde paip)
- Power Bank (fon cepat habis batery masa sejuk)
- Ubat-ubatan 
- Toiletries (bawak berus gigi & paste pun dah cukup)
- Lotion, Vaseline or pelembab (takut kulit kering) 
- Flight socks (pakai masa flight - especially ibu mengandung)
- Notebook dan pen 
- $$$
 
Sebelum pegi jugak aku check weather kat Seoul, sekitar 1 hingga 11 darjah celcius. Menurut blogger yang penah ke sana kalau suhu tak cecah negatif maka tak perlu lah ber-longjohn tapi aku still spare jugak sepasang takut tak tahan sejuk. Lagipun itu just forecast, dibuatkan suhu drop menggigil kaki nak melangkah pulak kang. Jangan lupa check waktu solat semasa ye, senang nak buat itinerary kat mana dan bila nak solat tu. Aku lupa dah website mana aku semak, aku print n lekat kat notebook siap2 dah. 
 
Dan yang paling penting adalah CASH. Adalah disarankan tukar matawang RM ke Won siap2 sebelum pegi. Aku dah check rate paling tinggi adalah di KLIA so elakkan tukar duit kat KLIA ye. Kalau ada lebihan nak tukar RM balik takpe buat kat KLIA sana. Better cari pengurup sekitar KL, boleh dapat lebih Won. Contoh macam kami, nak tukar sorang RM1k, kalau tukar kat KLIA dapat KRW250k+ je tapi kalau rajin ke KL boleh dapat extra KRW27k+..macam2 boleh beli jugak tu hehe. Owh ya masa tu exchange rate adalah 1000 KRW = RM3.599. Aku tukar kat money changer Dpulze Cyber, compare dengan Alamanda n IOI Mall situ paling rendah. Masa tu KRW300,000=RM1079. Kitorg tukar duit beberapa minggu je sebelum pegi, sebelum tu survey2 dlu tgk keadaan hihi. Kena jadi pengguna bijak ye kawan2.
 
Aku takdelah letak bajet tinggi untuk berbelanja di sana. Sebab memang dari awal kitorg dah set taknak shopping beriya kat sana, nak berjalan2 sight seeing & makan je. Lagipun aku tak larat lah nak angkut barang byk2 time balik nanti, ambik luggage 20kg je pun. So harap takde la yang terasa kalau tak dapat souvenir dari aku nanti. Hikss. Tujuan aku share kat sini pun adalah untuk kenangan aku sendiri, mana tau lepas ni nak bawak anak2 pegi ke kann.  

SUMMARY :
Flight : RM1,246.90
Accomodation : RM426.70 
Entrance Fee + Transportation (exclude subway) : RM230 / KRW63k
T-Money (Subway & Conv. Store) : RM70 / KRW20k
F&B : RM250 / KRW69k
Shopping (termasuk kiriman adik) : RM535 / KRW148k
TOTAL BUDGET : 2,758.60
 
P/S : Activekan jugak kad debit/credit (satu je cukup) untuk penggunaan kat sana in case berlaku kecemasan. 
Next part aku akan kongsikan jadual itinerary kami ya. Stay tune.....
 
SEOUL 2018 PART I :  PREPARATION & BUDGET
SEOUL 2018 PART II : ITINERARY & DAY 1
SEOUL 2018 PART III : SEOUL CITY TOUR, NAMINARA & PETITE FRANCE
SEOUL 2018 PART IV : GYEONGBOKGUNG PALACE, BUKCHON HANOK VILLAGE
SEOUL 2018 PART V : SHOPPING HAUL DI SEOUL
SEOUL 2018 FINAL : REVIEW K-GUESTHOUSE MYEONGDONG 3