Over kan mak ni, anak baru start cuti dia dah sibuk pikir pasal sekolah thn depan. Haha. Eh ekceli budak2 tak start cuti lagi tapi Airis dah ambik cuti seminggu awal, dah selamat sampai ke kampung halaman terchenta nun. Huhu tinggal lah mama papa n adik dia kat sini bertiga. Mampu berhuhu jelah kalau dengan budak sorang tu. Sebaik abis konvo terus dia ingat kampung je. Mak is pasrah.
 
Aku pun tak kisah sangat dia nak balik kampung, aku suka anak aku sukakan kampung, harap sampai besar dia suka balik kampung. Takmo nanti dah besar taknak balik kampung nak duduk kat bando je. Aku ni walaupun merantau cari rezeki di samping ikut suami, hati sentiasa kat kampung halaman, cakap pun takleh nak control la, dengan bos aku pn selamber cakap kedah. Haha. Pepaham jelah noh.
 
Berbalik kat tajuk persediaan ke sekolah tu, aku ni memang jenis kalut. Apa2 pun aku suka buat awal2, tak suka last minute punya keja. Bak kata orang kedah "awai tak kalut" haha. Motto gitu. Aku dulu keluarga takdelah susah, takdelah senang sangat. Zaman aku sekolah rendah ayah aku bisnes rancak, walaupun aku tak ingat sangat macam mana persediaan ke sekolah tu tapi atleast baju sekolah, kasut, beg bertukar setiap tahun, cuma aku ingat mak aku jahit sendiri baju sekolah. Pegi beli kain kat kamdar pastu mak aku jahit. Tak merasa la pakai jenama2 guitar ape tu *zaman 90an tu la*. Aku selalu jaki dengan kawan aku yg pakai baju jenama2 ni, sebab nampak mahal. Zaman budak2 kan, pemikiran pun budak2. 
Pastu menginjak ke darjah 4 zaman george soros tu bisnes ayah aku jatuh teruk, ayah aku muflis, kami terpaksa keluar rumah dan berpindah ke rumah sewa yang lebih kecik, ayah kerja hotel di Penang mak aku pulak jadi pembantu gerai makan. Hidup kami susah, so banyak perubahan yang terpaksa kami lalui. Baju sekolah jarang bertukar, kalau ada pun beli yang murah2, beg sekolah pun dah tak tukar, kasut pun sama pakai selagi boleh. Masa tu aku takdela sedih sangat, tapi bila terkenangkan aku rasa sayu, betapa struggle nya mak ayah aku besarkan kami berempat masa tu. Adik bongsu aku belum wujud dalam cerita ni.
 
Paling tak aku lupa, masa nak masuk tingkatan 1 mak macam biasa beli kain buat baju sekolah. Tapi warna kain biru muda tu sangat pudar berbanding kawan2 yang lain. Aku malu nak pakai ke sekolah sebab aku rasa aku sorang je pelik. Baju puteri Islam pun sama, kain pink dia pudar giler. Mungkin mak beli yg harga paling murah. Aku masa tu kuat memberontak dalam hati je, depan mak aku berlagak cool sebab aku tau kesusahan dorang. Syukur aku dapat biasiswa, so aku dah mula gunakan duit sendiri untuk perbelanjaan sekolah termasuk yuran2 bagai. Since then aku beli baju ready made, tu pun kat pasaraya ekonomi kalau tak salah sepasang RM19 je masa tu. Rasa hebat sangat lah walaupun baju murah hehe.
Melalut jauh pulak aku ni. Nak citer pasal persediaan ke sekolah Airis sebenarnya. Mengimbau kenangan silam dah kenapa. Aku sebenarnya belum buat apa2 persediaan pun untuk Airis. Surat dari sekolah pun belum dapat. Cuma aku tau dia kena ready untuk ujian linus, untuk tu aku just mintak dia buat exercise book jelah, nothing more. Atleast dia tau apa yang perlu dia jawab sudahlah, macam mana nak hadapi exam.
Ekcited sebenarnya nak start beli barang2 sekolah ni, aku duk survey dan blogwalking entry2 pasal persediaan ke sekolah tu yang rasa tak sabar nak pegi shopping. Cuma keadaan aku kurang mengizinkan buat masa ni, nanti2 lah kot. Airis pun takde kat sini susah nak fitting bagai. Cuma aku listkan je dulu apa yang penting n apa yang perlu. Aku buat yang basic2 je dulu, kemain buat list bagai haha. Sebulan lebih lagi je kan. Aduhh tak sabarnya. *over*