Salam 12 Ramadhan.
 
Sejak dua menjak ni aku selalu dapat perkhabaran tentang kematian seseorang. Sepanjang Ramadhan je rasanya dekat 10 orang kenalan terdekat atau sedara mara kenalan yang meninggal, ada yang meninggal sebab sakit tua, kanser, kemalangan jalan raya dan secara mengejut. Allahu Rabbi.

Semua sedia maklum bahawa kematian itu adalah rahsia Allah swt. Tak ada sapa pun yang tau bila dia akan mati, macam mana cara dia mati. Wallahualam. Berbalik kepada kenalan2 aku yang meninggal tadi, kebanyakannya adalah sebaya aku. Dua orang kenalan sejabatan meninggal akibat kemalangan jalan raya. Meninggalkan anak yang masih kecil seusia Airis dan Ayra, malah ada yang lebih kecil dari tu. Ada sorang yang juga sebaya meninggal akibat kanser payudara. Arwah disahkan menghidap kanser selepas melahirkan anak yang kini berusia 5 tahun. Maknanya 5 tahun arwah bertarung melawan penyakitnya tu, sesungguhnya hanya Allah Maha Mengetahui bagaimana perasaan dia, macam mana dia melawan demi keluarga dan anak2 yg masih kecil.

Semalam, aku terima dua perkhabaran. Sorang rakan sepejabat jugak meninggal akibat kemalangan. Kemalangan yang disebabkan kecuaian pihak yang lain. Suami hanya mengalami cedera ringan, anak berusia 2 tahun patah kaki manakala arwah sebelum ni koma beberapa hari, semalam disahkan meninggal dunia, meninggalkan anak kecilnya buat selama-lamanya. AllahuAkbar. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata perasaan aku sekarang ni.

Aku sering teringat anak-anak aku bila disebut atau terdengar soal kematian. Betul, aku tak tau bila ajal akan menjemput aku. Adakah ketika aku tua di mana anak2 aku semuanya dah dewasa dan punya kehidupan sendiri atau tika ini di mana anak2 aku sangat memerlukan perhatian dan kasih sayang aku. Wallahulam. Dan bagaimana caranya aku akan pergi. Semua orang impikan kematian dalam keadaan husnul khotimah. Kita sebagai umat Islam pastinya impikan ke Syurga yang dijanjikan Allah swt. Tapi bila ditimbang tara adakah cukup bekalan kita untuk melayakkan kita ke sana?Itu yang paling aku risaukan. Sungguh, aku takutkan kematian. Bekalan aku belum cukup, aku belum mampu Ya Allah. Berikanlah kami lebih masa untuk mencari bekalan itu Ya Allah. Dan lagi bila kenalan2 aku pergi ramai sangat yang mendoakan dan bercakap perkara baik2 tentang mereka. Arwah seorang yang sangat baik, sangat pemurah, sangat itu ini. Aku terpikir kalau sampai masa aku nanti ada ke benda baik2 yang orang akan cakap pasal aku, adakah orang akan sentiasa kenangkan aku. -______-'

Buat sahabat-sahabat yang telah pergi, aku hadiahkan Al-Fatihah buat kalian. Hebat kalian semua kerna dijemput di bulan yang mulia ini. Moga syurga tempat yang selayaknya buat kalian semua. Mohon jasa baik sesiapa sahaja yang terbaca entry aku ni, hadiahkanlah Al-Fatihah buat sahabat2 aku yang telah pergi selamanya. Kita juga akan menyusul kelak.