Pages

Wednesday, June 21, 2017

Kisah Ramadhan kami

 
Harini dah 26hari kita berpuasa kan?Lagi 3 hari je lagi oii dah nak raya. Kejapnya masa berlalu, Ramadhan kalini lebih bermakna sebab Airis turut serta berpuasa, bersahur n berbuka sama2. Dah besar anak dara kitorg tu, kelmarin aku xkejutkan dia sahur bangun pagi dia nangis marahkan aku sebab tak kejut. Actually bukan tak kejut tapi dia yg takmo bangun. Haha. Pastu petang dia cakap kakak takmo puasa bukan sebab tak sahur tapi sebab kakak lupa berniat, clever kan! #matilakenakecampujianaksendiri
 
To date Airis dapat 20 hari puasa penuh, 4 hari halfday dan 2 hari langsung tak puasa termasuk semalam punya kes hehehe. Dasyat tak dasyat tak?She's not even 6!!Aku sangat berbangga dengan dia. Seriously we both tak pernah paksa dia berpuasa penuh, cuma bagi sokongan moral jela letsay dah pukul 6 lepas balik sekolah dia cakap lapar aku akan cakap sabar sikit je lagi dah nak berbuka, kakak pegi baring tengok tv ke pape. Itu je. Yang halfday mostly sebab weekend keluar pegi beli barang, letih agaknye so bile dia cakap dahaga aku terus bg je dia berbuka. Masa kat kampung pn sama, panas giler membahang even duk dalam rumah, dia tak tahan aku bg je dia buka. Tambah lagi tengok Ayra nk sepupu dia duk makan macam mana la dia nak bertahan, haha.
Airis sekarang ni dah semakin matang, sikit2 dia dah jadi lebih penyayang. Kalau dulu dia tak reti nak peluk2 cium orang (mama, papa n adik). Even kalau dia buat salah pape pun dia susah sangat nak say sorry, apatah lagi nak peluk cium. Sekarang ni tiap kali pas solat dia akan peluk n cium aku. Aku agak dia malu nak kiss, tapi kadang tetiba dia datang peluk n kiss aku, cakap sayang mama. Aduhh mama tersentuh nak. Sebab mama pun macam kamu, mama susah sangat nak peluk cium Tokwan n Tokma kamu dulu. Mama malu!. Sekarang ni pantang jumpe je mg aku akan peluk cium mak ayah aku. Berlainan dengan Ayra, dia lebih penyayang kot, kadang sampai mak dia ni naik rimas duk mai peluk2 cium. N the best part about her dia akan mintak maaf tiap kali buat salah. Malam2 sebelum tido dia akan bg goodnight kiss dulu, kalau aku tido dengan dia, dia akan cakap "mama lepas ni adik takkan buat perangai lagi, adik nak jadi goodgirl". Mana la mama dia tak sayangggg sangat kt dia. Kakak pandang je adik buat gitu, sbb tu kot dia cuba nak buat gitu jgk. Hihi
Dua hari je lagi, dah nak balik kampung, baju semua dah siap lipat cuma belum masuk beg. Sekut raya pn dah ready, tahun ni aku beli 2 balang je, yg lain buat sendiri. Hehe. Terajin tanpa sengaja. Budak2 ni suka mkn biskut raya, yang aku buat awal2 aritu pn dah tinggal setengah balang, belum raya tu. Semalam sempat buat simpul kasih, ade separuh lagi belum siap malam ni kasi setel. 
Tik tok tik tok Ramadhan akan melabuhkan tirainya, moga jumpa lagi tahun depan, InsyaAllah..

1 comment:

  1. izzat langsung tak puasa, ayda.
    aida pun tak kuasa nak suruh :) ha ha ha...
    aida lom kemas baju apa pun! risau gak ni.
    mlm sok dah nak balik umah mak.

    ReplyDelete