Salam 10 Ramadhan, baru 10 hari dah kalut persiapan raya ke??Semangat mak kau nak. Seperti biasa kalau bukan mak yang kalut sape lagi kan?Haha
 
Alhamdulillah setakat harini Airis baru dua hari tak tahan daulat, tengahari dia cakap xlarat nak teruskan so aku bg je dia berbuka, buat ape nak paksa sangat kan budak tu pun kecik lagi, dibuatnya pengsan ke ape lagi naya mak dia ni. Hari2 lain semua dia okey, aku yg tengok dia melompat berlari bermain pulak yang risau, suh duk dediam taknak, tido apatah lagi. harap sampai ke penghujung Ramadhan semangat berpuasa dia tak luntur. Cuma lately dia dah kurang berselera masa bersahur, dah tak semangat bangun sahur mcm mula2 aritu. Mak dia kena tambah skill memasak perhaps. Duk ulang msk menu yang sama je mana tak jemu budak tu. Hmmmm

Actually mula2 dulu tak semangat sangat nak beraya sebab mrR mungkin tak dpat cuti raya tahun ni, tup2 dapat cuti pulak dia so aku pun melompat la mencari baju raya tambahan. Sebelum ni tempah baju kurung biasa je sedondon dengan anak2, baju melayu pun dah tempah. Kain tu Paklong yg bagi, indonesia mari. Ingat nak pakai tu je masa hari raya pertama, pastu dah duduk umah je buatpe nak beli baju meriah2 kan. Baju2 siang bdk2 dah setel beli awal  lagi, mrR bukan suka nak keluar shopping time2 puasa, tambah lagi Airis nak start puasa tahun ni, kalau keluar sure dia tak larat. Sabtu lepas aku bawak dia pegi Alamanda je pun, round tak sampai 2 jam dia dah letih sangat itu yang berbuka makan beger mekdi haha. Malam pulak jangan harapla nak keluar, time ni la kita nak beribadat kawkaw kan, baik la manfaatkan. So takyah pening2 bab baju budak2, peningnya sekarang nak cari baju mak budak ni ha. Online pun beli bila dah sampai tak kenan pulak. Mujur beli dgn Zalora bolehla return balik kalau tak suka. Haha. 

Sabtu aritu aku sesorang dengan gigihnya ke Bangi Sentral, maklumlah situ kan pusat sehenti membeli belah musim raya, macam2 ado. Orang pun ramai Ya Rabbi. Nak susur masuk jalan jem giler kot. Puas aku cari parking, pastu menapak ke Minaz dan sekitarnya. Nak masuk minaz pun beratur weh, dah dapat masuk pusing2 takde jugak yang berkenan di hati. Bukan soal tak cantik, tapi terlalu cantik sampai aku rasa tak layak utk aku pakai, meriah beb! Aku ni jenis simple, tak reti vogue2 aih, pesen baju aku pun seminimal mungkin, takmo la ropol2 kepuk2 tu. Mostly baju yg dorg jual semua ropol2 kepuk2, bukan minaz je hampir semua butik yg aku masuk kat bangi sentral tu meriah kemain bajunye sampai tak terbeli. Lepas tu pegi Bangi Gateway sebab nk ke Zefiks belikan jubah adik aku, pun takde jugak baju yg aku kenan, baliklah dengan tangan kosong. Huhu.

Ahadnya pulak mrR ajak pegi Primavalet kat Ostia Bangi, mungkin dia kesian tengok bini stress cari baju tak jumpe. Sebenarnya dia tak tau bini dia ni tak reti beli sorang2, tengok elok pegang2 rasa tak elok sbb tu tak beli. Kena ada tuan penasihat baru konpiden nak membeli haha. Petang lepas asar baru pegi, mujurla tak seramai kat bangi sentral nun, kedai pun tak banyak lagi yg buka area tu. Pusing2 mrR cari kurta, aku misi mencari baju raya kononnya last2 dua2 tak beli. Kurta mrR takde saiz aku pulak still xdpt baju yang berkenan di hati. End up balik tangan kosong jugakla. Sighhh

Ada 20 hari lg untuk aku hunting baju raya, kalau tak dapat jugak alamatnya recycle jubah2 tahun lepas jela..huhu.