Pages

Monday, May 29, 2017

Salam Ramadhan 1438H

 
Alhamdulillah dah masuk Ramadhan 3, 2hari berlalu dengan pantas, tapi tidak bagi Airis Batrisya sebab tahun ni dia belajar puasa. Last year aku tak kasi dia puasa, sebab dia kecik sangat lagi haha. 1st Ramadhan dia puasa separuh hari je, nak bersahur je eksaited kemain, pukul 9 pagi dah usap2 perut dah, aku kerap tanya dia boleh tahan tak, dia cakap lapar, suh berbuka dia taknak pulak. Kemuncaknya pukul 1230 aku tengok teruk sangat laparnye, tuang air segelas, hidang nasi sepinggan suh dia makan je, sengih sampai telinga lepas tu hahaha. Siap tambah nasi lagi sepinggan!. Lapar sungguh tu.
 
Hari kedua Airis lebih bertenaga, aku pulak risau nengoknye. Pagi lepas sahur suh tido pn taknak, pastu kul 10 keluar gi Alamanda nak shopping groceries kt AeonBig tu, pukul 12 lebih kot baru sampai rumah. Aku puasla suruh dia berehat, tido ke ape dia taknak, duk asyik main dengan si adik yang ternyata tak puasa tu. Beli keropok sorang sepeket, tup2 yg adik beli pedas dimakannya yg kakak punye. Kakak tengok meleleh ailio, dahla bedal yang dia punya, tayang depan mata pulak tu. haihh Ayra ni memang tau, kuat mengusik!. Alhamdulillah despite all dugaan kakak berjaya puasa sampai ke maghrib. Petang siap ikut papa ke bazar beli ciken wing lg. Kalau mak dia ni jangan harap nak pegi tempat gitu, tak kuasa.

Menu2 sahur dan berbuka kami simple2 je, ade jugak terajin aku halpod kat ig, cam biasa time puasa gini ramai la yg akan haplod gambar2 makanan, ambik sudut positif kita boleh dapat idea apa nk masak or makan untuk hari2 berikutnya. Mak-mak ni buntu tau tak nak masak ape pagi2, petang2 untuk jaga perut keluarga. Scroll ig tu belambak idea mari, nak buat atau tak je. Tapi semalam kawan aku haplod gmbar nasi arab hadramawt sedap jugak tu, hahaha napsu oh napsu.

No comments:

Post a Comment