Weekend yang sangat menyeronokkan. Apa tidaknya family datang jejauh dari kampung kot, haruslah kena spend time together dengan dorang kan. Family aku jarang datang beramai2 macam tu, sebab adik2 aku masing2 keja dan sekolah. Kebetulan adik aku yg bongsu tu sekarang cuti semester uni, yang dua lg tu ambik cuti sambung hari pekerja so bolehla datang beramai-ramai. Mak Ayah aku sekarang ni dah tak keja so dua2 free anytime je. Jumaat malam after adik aku balik keje dorang bertolak. Adik aku keje bank so walaupun Kedah cuti jumaat sabtu dorang tetap cuti sabtu ahad. Suami dia pulak keje sendiri so takde masalah nak apply cuti ke ape. Dorang datang berlapan termasuk anak2 naik Hyundai Starex milik bapa mertua adik aku, luas kereta tu so selesa la beramai2 pun. Aku kat sini bertungkus lumus kemaskan rumah, siapkan tempat tido dorg hehe maklumlah jarang2 orang datang ramai2 ke rumah. Biasa mak ayah aku je dtg so memang dah ada bilik tetamu. Tapi baru2 ni bilik tu kitorg dah convert jadi bilik Airis Ayra, dah tukar katil single yang ade pull out tu. Rumah kitorang pulak comel so kena tido berasak sikit la, afterall adik2 aku okey je sebab kami dah biasa tido bersesak sejak kecik dulu, maklumlah adik beradik pompuan 4 orang sumbat satu bilik haha. 

Sabtu tu kitorg ke IOI City Mall, adik2 aku tu pantang datang sini kire nak shopping je keje dorang, pegi takleh lelama sebab petangnya abang aku nak datang celebrate besday Ayra kesayangan yang ke-3 tahun!! Oh ya, Ayra turned 3 hari sabtu 29 April tu, it's just a small celebration among our family members yet sangat meriah. Abang aku belikan nutella cheese tart dengan benofe pie, yg cheese tart tu jadi besday kek haha. Mak aku pulak bawak lepat pisang n lepat liat dia froze n bawak all the way from kedah nun. Malam tu kami makan tu je, sambil borak, sambil anak2 bermain riuh rendah la rumah aku. Best sangat 
Romantik Mak Ayah aku ni..detim berdua kat sangkaya. hehe
Esoknye Ahad kitorg takde plan ke mana2, cuma adik2 aku je keluar ke One Utama, depa tu sakan kalau shopping dari pagi sampai ke malam. So better aku n parents lepak kat rumah je sambil main dengan anak2, budak2 tu walaupun jarang jumpe tapi sangat rapat, yg Airis paling rapat dengan Rayyan anak abang aku, jarang sangat tengok dorang bergaduh, kalau Ayra pulak sebaya dengan Hasif anak adik aku tapi tak ngam, main kejap2 mula nak berebut barang, dua2 perangai sama so masing2 takmo mengalah, cuma sekarang ni masing2 dah cerdik sikit pandai dah main sesama, siap bisik2 ape tah la..Hasif panggil Ayra adik, Ayra panggil Hasif abang. Dorang ni adik beradik susuan, aku harap sampai ke besar dorang akan kekal rapat mcm adik beradik kandung walaupun jarang jumpa. Dalam family aku ade dua baby kecik, sorang Rania anak abang aku, sorang lagi Hadeem anak adik aku, dorang pun sebaya masing2 8 dan 7 bulan. Esok2 rapat la kot dua orang tu..amin
 
Isnin, cuti hari pekerja kitorang ke Zoo Negara, memang dah plan awal nak ke sana so aku dah beli tiket online, dapatla diskaun 10% daripada harga tiket. Save sikit la compare beli kt kaunter. Seawal jam 8 pagi kitorg dah bergerak dari rumah, sampai sana jam 9 pagi. Sepatutnya kaunter tiket buka jam 9 pagi tapi hari tu ade masalah sistem so dorang bukak kaunter lambat 45minit, jenuhla kitorg beratur tunggu nak redeem band, tup2 sistem tak okey jugak so dorang just bagi resit manual sebagai entry pass. Satu aku kureng berkenan sebab dorang tak sediakan satu kaunter asing untuk online ticketing, ade kaunter asing untuk online redemption sekali dengan diskaun pemegang kad loyalty so kaunter tu ramai orang beratur, yang dah beli online pun kena beratur panjang sama naik dengan yg nak beli kat kaunter dah kenapa. Buang masa dekat sejam kat situ je, huhu.
 
Ayra macam biasa takmo bergambar
Adik-adik aku, kiri no.3 (Andak) n kanan yang bongsu (Acu)
tuan rumah muka sakit perut haha
Ayah, Hasif n Acu
Ateh (No.4), Acu dan Airis
Ifwat Hadeem kesayangan
 
Aku penah pegi zoo negara masa kecik dulu, tapi kecik sangat masa tu rasanya umo 6-7 tahun so yang aku ingat cuma buaya kat bawah titi, rupanya sekarang pn masih kat situ lagi tempat dia cuma dah tak sebanyak dulu. Airis macam biasa kena je nyamuk sikit, peluh sikit dah merengek nak balik, dia tak selesa haha. Hasif pulak badan dedar pagi tu so dia pun agak cranky. Aku pulak sakit perut hari tu, asyik nk ke tandas huhu. Last2 aku surrender aku tunggu je kat savannah walk tengok giraffe zebra tu sebab ade toilet dekat situ, dorang yang lain pegi la tengok harimau singa bagai. Tak larat oo nak berjalan dalam keadaan tu. Huaaa sadis. Mujurla dah penah pegi zoo lain so tak ralat sangat kalau takleh tgk haiwan lain, tapi panda aku nak tengok la sebab uniknya zoo negara ni sebab ada panda je, binatang lain semua sama je kot. Panda ni duduk dalam hall asing, kalau dulu nak tengok panda kena bayar tiket asing tapi sekarang tiket berharga RM44 tu dah termasuk dengan giant panda tu, so berbaloi lah pegi tengok. Panda tu dorang jaga rapi, nak masuk pun ada taklimat dulu tak boleh itu tak boleh ini demi nak jaga kemaslahatan panda tu sendiri. Kita masuk tempat orang kenala ikut rules dorang kan, maka sila akur. Kat giant panda tu jugak kitorang bergambar beramai2, n sebelum keluar abang aku beli gambar2 kitorang tu, macam2 aksi ade memang kalau tengok balik nak gelak je. 16 orang termasuk kids, memang happening la. haha.
Our big family 
Aksi panda - comel sangat haha
Layankan aje
Happy family..insyaAllah
Cuaca tak mengizinkan kami untuk terus melawat kawasan zoo sebab hujan turun dengan lebat sebaik kami keluar dari giant panda, kitorang decide untuk keluar terus untuk lunch sebab dalam zoo tu takde jual nasi. Mak ayah aku mana boleh tak makan nasi tengahari, tapi disebabkan terkandas dalam hujan makan pukul 3 petang baru kitorang dapat makan nasi. Masing2 dah kelaparan tahap ape tah, makan kat area Danau Kota, mula2 nak ke Malis Corner tup2 tutup pulak dia, terus kitorang beralih ke Bangkok street, makanan dia so-so je la tapi banyak pilihan, pelayan pun bagus keep checking either semua dah dapat makan/minum ke belum. Lepas semua setel masing-masing balik ke rumah kepenatan. Malam tu aku bawak adik2 ke Ayer8, sambil cuci baju kat dobi layan diri aku tapaukan makanan untuk mak ayah aku, adik2 pulak nak beli tudung kat nur hannah, abang aku pulak beli sate kajang datang makan kt rumah aku.

Esoknya selasa sepatutnya aku keja n anak2 sekolah tapi mengenangkan malam tu family aku dah nak balik so lets spend one more day with them. Aku mintak kebenaran bos aku untuk cuti dan anak2 pun tak pegi sekolah. mrR pun nak cuti jugak so marilah kita bersama2 menuju ke ikea. Keluar rumah jam 11 pagi, jam 11 malam baru balik rumah, haha dasat tol dorang ni shopping. kitorang yang menunggu ni sampai kematu montot, mujurla ada kerusi untuk kitorg melepak. Kereta pulak park jauh kat myTown, kalau park kat bawah ikea je kitorang boleh letak barang n jalan2 kat myTown tu dulu. Mujur jugak ayah aku dah balik awal malam isnin tu, kalau tak jenuhla ayah aku kebosanan. Kitorang keluar dari ikea lepas maghrib pastu terus ke al-rawsha cheras tu, abang aku pun datang all the way from damansara kitorang dinner together. Lepas dinner kitorang balik rumah, mak n adik2 aku kemas2 barang pukul 1 pagi dorang bertolak balik ke kedah. Bye bye korang, lain kali datang la lagi ya..huhuhu perpisahan tu memang sangat menyakitkan kan. Huhuhu.
Rombongan Che Da ke ikea cheras
Airis Batrisya mama
Happy main dalam toilet, kakak cakap cantik kan toilet ni mama. haha
Belanja sekeping
Adik yang paling manja ni
Layan nasi arab
muka kenyang plus penat masing-masing

Ayah ja takde
Sebelum berpisah..till we meet again!!

InsyaAllah bulan depan kami pulak balik ke Kedah, boleh kita berbuka puasa bersama-sama ya.

Daa.

*mode rindu*