Its day 5 since Airis done her first ear piercing. Mama orang yg paling nerves kot, si anak yang over excited tu of course lah relax jer. Being brave girl, Airis takde nampak takut or neves langsung tatkala pistol diacukan ke telinga dia. Aku dah story pasal tempat, harga n jenis subang yang dia pakai so xyah la meng-astro sangat lah. Saje nak update alkisah telinga dia tu. Aku jenis ibu yg cepat gelabah kalau anak sakit, berbeza dengan mrR yang lebih cool, sampai kadang buat aku lagi stressed. Aku takut telinga dia sakit, gatal or even worse bernanah, sebab banyak kes yg jadi macam tu lepas tindik telinga so kebarangkalian tu ada okey. Aku awal2 lagi googled all the necessary things to be done upon ear piercing bla bla bla in order to pastikan anak aku okey. Haa sampai camtu.
Setiap hari aku akan tanya dia whether dia sakit or not, gatal or not, n check if ade merah2 or bengkak or nanah. Alhamdulillah so far takde pape yang merisaukan. Hari Isnin balik sekolah aku tanye dia sakit tak, dia jawab tak. Tapi lepas tu dia cakap 'sakit sikit je mama' Dang it!! aku terus melompat cari minyak gamat, oh kesiannya dia sakit tapi takut nak beritahu barangkali, takut papa dia cakap 'haa tu la nak tindik lagi'..kenal sangat papa dia tu, bukan nak memujuk nak provok lagi ade. So lepas tu aku kerap2 tanya takut dia taknak cakap kalau tak tanya. Awal2 lagi aku dah pesan kat sekolah takleh makan seafood and telur, alhamdulillah dia ingat pesan aku. First day cikgu bagi makan bihun goreng ade telur so dia tak makan, dia makan bekal ayam goreng yg aku bekalkan untuk tengahari. Aku pulak tak sempat nak buat nasi goreng ke pape untuk bekpes, kesian dia bekpes ayam goreng seketul je. Lunch kt sekolah aku tak risau sangat sebab dah tanya teacher, dorang akan makan ayam je kat sekolah, no seafood, no ikan. 
Petua2 yang aku dapat hasil carian google:

1. Pantang makan seafood dan telur *elak gatal dan bernanah*
2. Sapu minyak gamat sehari selepas tindik *sapu tepi2 je*
3. Elak terkena air dalam tempoh 3hari *Ahad tindik, Rabu baru basahkan rambut masa mandi*
4. Sapu dengan kunyit hidup yang dah diasah kalau telinga membengkak *so far Airis okey takde bengkak*
5. Kalau keadaan teruk sampai bernanah bawak ke klinik untuk elak jangkitan kuman. *hopefully tak jadi la..nauzubillah*

Tu je nak kongsi. Ayra belum bertindik lagi sebab dia tak ready, once dia dah ready nanti aku boleh refer balik blog aku sendiri haha.