She's a big big girl. 
She's so brave, n i am proud of her. 
Dah lama kakak request nak belajar berenang, dia nak ikut session kt school tapi atas faktor kewangan kitorg tak dapat bagi dia join yg sekolah. Mane taknye, monthly fee dah RM470, tambah taekwando RM55, swimming class another RM150..total kat situ je RM675, adik lagi..so pikir2 balik kakak takyahla join dulu swimming class tu. Actually papa boleh je ajar renang, bayar per entry kolam kt P11 tu je RM1 tapi sampai ke sudah tak belajar2 jugak sebab papa takde swimming pants *alasan sangat*. 
Nak dijadikan cerita last time bawak dorang pegi kolam P11 tu ade bunting psl kelas renang kanak2, RM80 je untuk 4 sesi, pendaftaran RM25. Let say after 4session dah pandai takyah sambung dah tapi kalau nk sambung belajar gaya macam lagi boleh tambah RM80 je untuk next 4session. Kira okeyla, so sign up kakak hari Sabtu aritu. Satu sesi sejam pukul 1130 sampai 1230. Memang panas leting la masa tu so aku sewakan swimming suit yg full-covered tu untuk Airis. Swimming suit yg ade tu setakat peha so berbalak badan anak aku huhu.
 Mula-mula tu Airis sorang je ade, so coach tu ajar anak aku sorang je, dia ajar segala teknik breathing n floating, Airis cepat pick-up kejap je dia dah boleh ikut. Paling aku kagum, dia berani..tak takut langsung, seb baik tak ikut perangai mama takut tenggelam tu *haha*. Adik ayra takleh join lagi sebab kelas terbuka untuk 4thn ke atas je, Ayra tengok2 je dari tepi. Tapi aku perasan Ayra ni fast learner jugak, dia tengok je kakak duk belajar pastu dia pun nak buat sama. Aku as usual jadi penunggu setia je di kaki lima kolam tu..haha. 

 Tak lama lepas tu ade dua lagi budak join, dorang pn 1st class sama Airis tapi dorang budak laki yang memang dah boleh berenang sikit2, ayah dorang antar kelas utk improve their skills kot. Being boys paham2 la coach suruh buat lain dorang buat lain, nak memain je manjang. Airis je setia n tekun dengar cakap coach, good job Airis!!. Ayra semakin dekat dengan coach, nampak dia memang berminat sangat tu..tengah ralit aku rakam kakak practice tetiba dengar Ayra ni nangis, rupanya kawan dah terjatuh dalam air jugak, gara2 nak tiru kakak breathing dalam air *hahaha*. Aku ni cepat gelabah terus masuk dalam air angkat dia, walhal air cetek je pun tapi basah jgkla seluar aku setakat betis.


 Pastu coach train dorang gunakan kaki untuk kayuh, tangan pegang board tu, aku tak pandai nak explain tapi rasanya itula step2 untuk dorang belajar gunakan kaki kot..time ni Airis agak lemah kayuh kaki berbanding budak berdua tu, maklumlah dia sorang girl pastu paling muda. Aku banyak merakam aksi2 dia belajar ni sebab rasa berharga sangat saat2 tu. Ayra masa ni masih main2 kat tepi tu, kena kerap pantau jgk tu takut kang terjatuh lagi. Anyway untuk first class ni kakak sangat bagus, dahla berani, cepat belajar dan bersemangat betul. Aku memang sangat2 amused. #pujianaksendiri #jangankecamsis

 Satu hal yang aku risaukan adalah kulit dia makin coklat *ngee*. Maklum sajalah Airis kan menurun kulit papa dia, manis gitu. So bila berjemur gini haruslah semakin 'manis'. Bila buka swimming suit ni memang obvious la belang tu, haha. Tapi being her, dia tak kisah pun gelap ke hapa yang penting dia nak pandai berenang. Putih2 sangat pun watpe kan kakak, hihi. Nanti mama belikan swimming suit yg panjang camni untuk kakak ye.

Petangnye bawak dorang ke Alamanda. Airis duk request nak pakai subang pulak. Duk sebut nak 'slubang..nak slubang'..rupanya subang. Dia cerita kawan dia pakai subang hello kitty, so dia pun nak jugak. Memang kuat la pengaruh rakan sebaya ni kan. Aku slow talk jgk dengan dia, risau aih nak tindik2 ni sakit tapi dia cakap takpe kakak berani, kakak tahan sakit. Kalau orang tu tebuk kakak cakap 'aw' je, kakak takkan nangis. So lets do it. Pegi petang tu kalut2 lupa nak survey kt kedai emas, keluar Alamanda nk ke bangi ingatkan nak pegi kt kedai emas kat seksyen 7, rupanya tutup pulak. Merajuk si kakak, terus cakap taknak tindik telinga dah.

Rupanya dia taknak tindik bukan sebab kedai tutup, tapi dia nak pegi kelas renang hari Ahad tu pulak. Aku cakap kat dia kalau tindik telinga takleh pegi kelas renang, kena pegi Sabtu depan pulak tunggu telinga baik dulu. Pagi tu dia bangun excited nak pegi kolam, nak attend kelas katanya. So aku bawak jelah dia pegi pukul 11, after class aku tanya balik samada dia nak tindik telinga, terus dia cakap nak! See, cerdik kan budak ni..eeeiii saje je. Petang tu jugak bawak ke Alamanda, pegi Tomei..tanya2 ade tapi subang tak byk choice n yg mahal je yg tinggal, yg murah2 dah abis katanya. Dia suruh masuk tengok dulu, tengok2 yg ada tu hello kitty ape lagi suka la Airis, terus nak tindik. RM70 harga subang tu termasuk tindik, mama papa relakan jelah. Semangat betul la dia ni, never say no once dia dah buat decision. So lets do it. Masa tindik tu ade dua orang yang buat, sorang sebelah kanan sorang kiri so buat serentak. Airis langsung tak bunyi ape, maybe sebab dia dah bebetul ready.

Lepas dah pasang tu baru dia mengaduh 'sakit..sakit'. Kesian la pulak aku tengok dia. Aku pujuk2 cakap kejap je sakit tu, lepas ni lawa dah. Bagi dia tengok kat cermin, senyum2 happy la..tapi dalam masa yang sama mata berair dah sebab tahan sakit. Mak mana la yg tahan bila anak cakap sakit kan, aku dalam hati ni menangis jugak rasa, menyesal pun ada sebab bagi dia bertindik. Keluar kedai tu papa dia belikan aiskrim Oreo mcFlurry, ajak lepak sambil minum kopi, aku pegi Guardian beli ubat tahan sakit plus demam tu sesiap kot2 dia demam ke ape kan. Lepas tu lepak2 kejap terus balik. On the way balik tu dia cakap dah tak sakit, fuhh lega rasa.

Comel tak?? hehe
Dalam seminggu dua ni kena la jaga pemakanan dia pulak. Takut jugak dia alahan ke ape so better protect before pape terjadi. Tak sanggup oi nak tengok anak sakit, huhu.
till next time, nanti aku update progress telinga dia tu ye.
Daa