Perghhh tajuk tak menahan jiwang
 
Seandainya ..kalau..if only...seangkatan la tu kan..tu yang aku nak repekkan arini sebenarnya.
 
Arini result SPM 2016 keluar, aku takde sedara/anak/adik yang ambik result tu so takde la newsfeed aku penuh dengan ucapan tahniah or takziah. Tetibe je aku teringat result aku dendulu. Haih mulala keluar perkataan "kalaulah...blablabla"...
 
Result aku dulu boleh dikatakan tercorot la among kelas aku. Budak paling pemalas, mg patutla tercorot kan. Classmate aku straight A's belaka, aku sorang je yg tapau semua abjad yang ada, name it, A,B,C,D and even E!!Hahahaha patut pun cikgu tak suka aku, mencalarkan reputasi kelas katanya. Serious talk, aku mg tak disukai dalam kelas tu oleh cikgu aku, maklumlah aku ni tak bijak macam yg lain, kelas tambahan selalu ponteng, mulut berat pulak tu susah nau nk menjawab bila cikgu tanya. Tapi dengan result tu alhamdulillah aku dapat jugak masuk U, dan memang sejak azali aku bercita-cita nak masuk UiTM..UiTM di hatiku gitew. Aku tak mohon matrikulasi, or poli or maktab or tempat lain sebab nak sangat masuk UiTM, coz paling pebret architecture walaupun aku tak ambik drawing pun sebenarnya so haruslah aku tak dapat cos tu kan..aku dapat masuk pun cos 2nd last choice yang aku letak masa isi borang. Masa tu pakai borang lagi seingat aku. 
 
Haa part ni la yg aku nak gunakan perkataan "kalau" tu. Kalaulah lepas PMR aku ikutkan kata hatiku nak masuk sekolah teknik ambik subjek lukisan kejuruteraan mesti aku dapat cos architecture yang aku apply tu kan. Tapi masa tu aku lebih dengar cakap parents aku suruh ambik kelas pure science, suh anak depa jadi dokterrrrr *manada dokter malaih belajaq macam aku*..lagipun aku tak suka membaca, aku suka lukis2, dan memang cita-cita aku nak jadi arkitek! Start dari form 4 tu haluan aku dah berubah, 1st test biologi form 4 aku dapat 98%, which is aku sungguh tak sangka cerdik jugak aku bab biologi, kat situ parents aku yakin aku boleh jadi dokter, namun panas tidak berpanjangan bila hujan lebat ditengah hari, prestasi aku makin menurun time to time, aku takleh compete dgn kwn2 aku yg sangat ambitious, aku xleh buat eksperimen kimia or fizik dgn baik, tapi masa tu aku lek lek ja pun, xde usaha lebih nak join study group ke apa sebab aku memang tak minat sejak awal. What to do aku memang sejenis yang pasrah lebih2 lagi bila melibatkan parents aku, aku tak reti nak kata tidak. If only...
 
Kalaulah...bukan aku tak redha dengan apa yang dah terjadi, tapi kekadang aku rasa terkilan bila terkenangkan zaman persekolahan aku. Girls school, dari sekolah rendah sampai SPM tak bercampur dengan boys menjadikan aku seorang yang sangat pasif bila berhadapan dengan student lelaki masa zaman Uni. Sungguh aku tak reti weh. Kekok, malu semua ada. Bukan semua orang dari girls school macam aku pun, dorang elok je pandai bawak diri aku je yg terlebih pemalu agaknye. So bila nak sesi prentation mg aku punya gelabah to the max, rasa cakap pun terketar2 sentiasa tak penah rasa konfiden. Sebab tu la ade satu sem aku tak dapat score satu subjek tu, sebab byk presentation berbanding exam paper, carry marks aku tak dapat bantu aku untuk dapatkan A, result tu teruk sampaikan semester tu aku gagal dapat deanlist, maka punah harapan aku nak dapat ANC sekaligus terpaksa bayar PTPTN sampai sekarang. Ralatnya kurang 0.05 markah je kot, sape tak rasa sedih kan. If only.....haih

Kalaulah masa boleh diundurkan..aku yakin aku mampu mengubah masa depan aku..aku takkan berada di sini sebagai seorang pekerja biasa..aku mungkin jugak jadi seseorang yang lain, yang lebih berjaya maksud aku..tapi semua tu hanyalah sia-sia..sesungguhnya yang berlalu tetap akan berlalu dan aku tetap akan mengenangkan perkara2 yang layak disesalkan itu

If only
-_-