8 Mac 2017 - Hari Wanita Sedunia, seriously aku baru tau wujudnya hari2 sebegini, sebelum ni tak penah aku sambut pape. Hari-hariku sama sahaja. Trend sekarang macam hari sedunia ade, hari ibu, hari bapa, hari kekasih, hari wanita, hari kanak-kanak, hari lelaki (ade ke?), hari sahabat, hari aids, hari jururawat, hari pahlawan, hari kastam.. eh macam2 lagi la..yang selama ni aku penah sambut pun hari Raya, hari guru, harijadi, hari ibu/bapa pun lately br sambut. Kalau setiap hari-hari tersebut di atas tu disambut meriah kan best, untung2 boleh dapat hadiah, aku kan suka hadiah hahaha. *malangnya dah bertahun aku tak dapat apa2 hadiah (-_-)*

Back to the hari wanita sedunia, Yayasan Kasih Ibu dgn kerjasama Perbadanan Putrajaya ada anjurkan satu event besar-besaran i.e Konvoi Berbasikal Wanita bertempat di Putrajaya. Ramai nau2 yang join event ni termasuklah aku, total penyertaan adalah 11,421 orang. Fuh fuh fuhh tak sangka aku dapat meng-join-kan diri dalam event sebegini, maklumlah aku kan lembik je mana larat nak kayuh 10km tu. Tapi dah itu je rally paling pendek maka aku join 10km, sapa yang memang terer boleh join 25km punya ride. Memandangkan aku takde basikal maka aku sewa je basikal dengan kadar RM60 termasuk helmet. Bolehlaa..penyertaan kayuhan tu pree je, untung2 badan boleh bawak balik Proton Saga baru tu sebijik. Tapi yg namanya aku ni mana pernah bertuah maka bawak balik finisher medal dan kepenatan jelah, haha. Kawan aku sorang dapat jugak TV LED 32 inci. Hihi. Alhamdulillah rezeki dia yang memang plan nak beli tivi. Aku aim kereta je, sebab nak suh laki aku ambik anak2 time petang kalau ujan, incase aku ade circuit training, haha.
 
Ikon untuk Konvoi ni si Janna Nick, mg comel betul la orangnye, bdn pun selim melim jeles makjah tengok. Actually ramai geng retis join event ni termasuk Dato' CT oii..cuma aku ni macam biasa sangat pasif tak reti p bergambar2 dengan retis ni..mak tengok dari kejauhan jelah ye. Mahap ezlyn sebab mak tak perasan ezlyn sebelah mak aritu, mak buat taktau je sambil pegang fon berwasap dgn kawan yang lost entah ke mana..haha. Dorang ni dasat2 kayuh 25km, sampai sama dengan kitorg yang kayuh 10km..ko raser??haha. Aku ni kan mana penah aktif bersukan ni, itu la first medal aku penah dapat, dulu zaman sekolah tak penah join pape acara, kaki bangku la katakan..ini dah kira pencapaian terbesar aku dalam bidang sukan la kiranya *mohon jangan kecam* hahaha.
 

geng kitorang, sama2 support..sorang tak larat semua benti tepi tolak beskal haha

Balik umah memang flat giler, ingatkan nak baring je tup2 laki aku kena keja, terpaksa la gagahkan diri memasak lunch pulak, siap masak aku makan solat pastu terus tido..Hahaha tambah balik kalori. Boleh dikatakan weekend aku sangat tak produktif, aku biarkan je budak2 main sepah2kan rumah, dapur tunggang langgang. Teruk betul. Penangan berbasikal satu hari dia punye efek. Esoknya back to normal, bawak anak2 shopping barang dapur, memasak lauk kegemaran dorg, petang bawak anak2 ke taman kejap. Seb baik mama dorg dah kembali normal, kalau tak kesian la budak2 tu takde perhatian huhu.