Pages

Monday, March 27, 2017

AA :: Cuti Sekolah

 
Actually takde istilah school holidays pun bagi Airis dan Ayra since both tetap ke tadika/taska walaupun orang lain bercuti dan bersuka ria. Cuma kekadang aku dapat ambik cuti bolehla dorang skip schools pegi jejalan or balik kg ke apa. Untuk school breaks kali ni aku tak ambik cuti so budak2 ni pun ke tadika/taska as usual. Cuma yang best sepanjang school breaks tadika/taska dorang ade la buat aktiviti yang best sebab takde sesi pembelajaran. Uniform pun takyah pakai, pakai baju biasa je ke tadika setiap hari sepanjang cuti.
 
Biasanya bila cuti sekolah Airis akan mintak nak balik kampung, tapi kalini dia takde cakap ape2, walaupun tokma dia selalu tanya "tak balik ke cuti ni??". Maybe sebab tokma dia cakap nak datang sini nanti, so dia just ingat part tu je hehe. Kalau tak jenuh jugak nak antar n ambik dia sebab cuti seminggu je. Sekarang ni adik pun dah pandai nak ikut balik kg, masak mama papa dorang kena tinggal berdua je nanti. Haha. 

Weekend baru la berkesempatan bawak dorang jejalan cuci mata. Kebetulan shopping mall mytown sebelah IKEA Cheras tu dah buka so moh ler kita ke sana. Lama tak makan meatball ikea, keluar awal sikit takdela ramai sangat orang. Surprisingly Sabtu aritu memang tak ramai sangat pun umat manusia. Nak parking senang, makan pn takyah beratur pepanjang. Shopping mall baru tu okeyla, sempat pusing2 masuk kaison, H&M, padini etc. Banyak lagi shoplot tak bukak. Uniqlo pun belum bukak. Aku macam biasa takde membeli ape sangat, kalau yang teringin nk beli pn baju bajan budak2 ni. Dah beli meh la simpan pakai raya nanti je, duk umah pakai je ape ade dlu hehehe. Rasa macam dah complete set baju untuk raya nanti, xyah nak pikir dah. Tinggal kasut korang jela anak2, Airis ni berkenan kasut frozen ala2 Elsa tu, blink2 penuh satu kasut dekat rm80 rega dia, mak aihh mama punya kasut pun beli yg cikai2 rm49 je nak. Terus aku cancel, pujuk2 takyah la beli dlu. Hehe selamat mau jugak dia walaupun mulut muncung sedepa.

Hari Ahad kitorag ke IOI City Mall pulak. Kebetulan ade mini karnival didi & friends kat situ, saje nak bawak dorang happy2. Dorang taktau ape pun, dah sampai baru nampak ade didi n friends ape lagi melompat la masing2 kegembiraan. Sempat naik pentas bergambar dengan patung didi tu. Makpak dia segan nak interprem, duk tepi2 je. Ayra takmo senyum, dia cakap dia malu sebab ramai orang duk tengok. Hahaha.

Sebelum balik sempatla tengok show didi n friends nyanyi 2-3 buah lagu. Beli caliphs kids expert pastu shopping grocerries kat tesco sikit, beli sushi seketul dua pastu balik...letih
 
 Airis Ayra yang kaku hahaha

Kakak yang suka senyum

 Beli jugakla caliph ni, pandai dorang buat marketing, Ayra asyik ulang taglina " mama..nak caliph"

My cheeky Ayra

Kakak Airis yang semakin matang

Papa cool

Adudu muka manyak masam oooh

No comments:

Post a Comment