Tetibe semangat nak hapdet blog!
 
Baru dapat call dari bank, aku request card cancellation untuk kesemua kad kredit yg aku pegang kecuali kad citibank sebab ade monthly installment tak setel lagi. Lagi 3 kad i.e Standard Chartered, CIMB n AMBank aku dah cancel. Dasat okeyh ade smpai 4 kad, memang bala semua tu bhahaha. Takde penyakit cari penyakit.

Aku ni memang mudah terpengaruh sebenarnya. Pantang jumpe yg kat shopping mall duk isi2 borang tu aku gedik nak isi, mrR selalu marah aku psl tu haha tapi aku buat jugak semata2 free gift yg kadang entah pape tu. Kalau payung aku paling suka sebab berguna sgt2 haha. Sekarang ni takde dah yg bg free payung. Aritu dapat power bank tapi entah kt mana aku campak haha seb baik tak lulus sebab aku dah ade 4 kad. Kalau tak memang tebal la wallet aku dgn pelbagai kad. Loyalty kad pn mcm2 aku kumpul, segala jenis kad aku subscribe. Just name it aku maybe ada. Haha.

Tadi pun masa standard chart call dia offer aku tukar kad lain, ape jenis taktau la tapi ade cash rebate RM50 upon activation, aku dah macam nak tapi kukuatkan semangat tolak dengan sopan jgk. Huhu sory amoi i cannot help myself. Now aku tgu setel lagi satu kad je then aku dah officially bebas kad kredit. Nak azam bebas hutang lama lagi la since aku punya potongan gaji utk rumah sampai pencen nun i.e 28 tahun lagi. Kereta ade lebih kurang 4 tahun rasanya. Lepas tu boleh bernafas dengan legaaaa. InsyaAllah mudah2an..

Lepas ni aku kena la belajar guna cash, pepandaila nk manage kewangan aku, monthly commitment aku dah buat jadual siap2 ape yang wajib setiap bulan, so yang balance tu jangan sampai terlebih guna untuk shopping merapu kang hujung bulan gigit kuku je huaaaa. Sebab sebelum ni segala gorcerries aku akan beli guna kad kredit, dpt gaji terus bayar kad kredit so takde masalah terputus bekalan ke ape. 28hb nt pegi aeon big kena plan bebetul ape yg patut ape yg tak patut beli, takmo membazir lagi dah..mak nak hidup bebas hutang.

Sekian.