Salam Tahun Baru *walaupun dah masuk hari ke 3*
 
Alhamdulillah dipanjangkan usia dapat jengah ke tahun 2017, 362 days ahead kita pun taktau apa akan jadi sepanjang tahun ni, kita hanya merancang Allah swt jua yg menentukannya. So we just follow the flow, hajat di hati memang banyak pembaharuan yang nk dibuat, which is berubah ke arah yang lebih baik. Dalam usaha ke arah tu maka banyak jugak benda yang perlu kita rancang/setkan azam. Kedengarannya agak klise, tapi kadang kita tak perasan pun kita tanam azam tu bukan hanya bila masuk tahun baru, setiap hari kita bangun tido pun kita duk pikir apa yang patut kita buat arini, apa yg kita nak buat untuk capai sesuatu perkara. Bagi aku, fokus utama aku sekarang ni adalah family, kerjaya dan financial. So aku target dalam tahun ni aku dapat bagi tumpuan kt ketiga2 dengan seimbang.

Family
Untuk tahun ni, aku tak rancang nak tambah ahli keluarga yang baru walaupun Ayra dah nak masuk 3 tahun beberapa bulan je lagi. Tahun 2018 maybe?who knows hehe. So aku nak berikan sepenuh perhatian utk Airis dan Ayra. Kalau boleh aku nak masakkan sarapan n dinner dorg setiap hari, lunch jela kat sekolah. Weekend pun nak spend lebih masa dengan dorang, dah taknak rajinkan diri pegi ofis siapkan keje ke ape. Atleast satu hari weekend tu bawak dorg jalan2, pegi taman ke pegi window shopping ke, dorg sekarang dh besar so senang dah aku nak bawak dorg sendiri je tanpa tunggu incik suami yang senantiasa busy tu. Petang2 kalau cuaca baik aku nak bawak dorg main kat playground, kejap pun jadila asalkan dorg happy. Malam pulak sentiasa luangkan masa buat aktiviti reading/writing/coloring dengan dorang. So far alhamdulillah Airis dah semakin rajin solat, lepas maghrib dia akan ambik buku untuk buat aktiviti. Ayra pun suka mengikut kakak so aku harap tahun ni budak2 tu akan lebih disiplin termasuklah mak dia ni. Haha.

Kerjaya
Dari segi kerjaya tak banyak perubahan yang boleh aku lakukan selain kerja dgn lebih tekun, tekun dan tekun lagi. Lebih fokus pada sesuatu tugasan, dan teliti jangan sampai ada yang tersilap lagi. Serik woo bila asyik salah je. huhu rasa incompetent sangat diriku ini. Aku tak harap sebarang pengiktirafan or anugerah, cukuplah asalkan bos aku berpuas hati dengan pencapaian aku. TIme frame untuk sesuatu tugasan pun aku dah set awal2, takmau lambat2 lagi nanti kang orang bising je HQ lambat buat keje, hukhuk =.=

Kewangan
Tahun ni jugak aku nak fokus kepada pengurusan kewangan aku, yg mana selama ni aku main taram je beli itu ini tanpa fikir panjang, sudahnya perbelanjaan lebih banyak dari pendapatan. Itu yang asyik guna kad kredit je. Tahun ni aku berazam nak potong kad kredit yg ada tinggal satu je. Sekarang ni aku pegang 4 kad!!Kegilaan apakah ini. So harapnya dapat la kurangkan napsu berbelanja aku lepas ni. Tunggakan PTPTN pn aku nak pegi setelkan esok atau lusa. Lepas ni just bayar bulanan melalui potongan gaji jelah taktau sampai bila asalkan abis bayar. Hutang tetap hutang oii, jangan culas. Tahun ni jugak demi nak jaga income flow yg baik maka percutian keluarga kita plan sekali je, nak pegi Terengganu. Tak jadi nk ke kundasang bagai. Tapi hujung tahun inshaAllah aku nak ke Korea, dgn kawan opis. Harapnya menjadi yang tu sebab dah termimpi2 nak jejak korea tu, haha. So lets berjimat mulai sekarang, tabung holiday tu memang kena ada la, kalau tak memang tak kemana.

Bab-bab lain macam biasa, sentiasa nak kurus tapi tak penah usaha ke arah tu pun. So marilah kita carry forward je azam nak kurus tu, target dapat 50kg pn dah okey, hahaha.