Tabung AA

Sunday, October 9, 2016

Anak oh Anak

Salam

Lama tak bersiaran, bizi benor la kononnya. Haha
Minggu ni berkampung di rantau panjang, first time jejakkan kaki ke sini, tapi tak dapat explore pun lagi, kelas pagi smpai ke malam.
Baru dua hari ekceli datang sini, tapi rindunya kt anak2 masyaAllah...hanya DIA yg maha mengetahui.
Selagi bergelar penjawat awam ni tak boleh tidak mesti kena jugak tinggalkan anak2 demi tugas, walaupun kursus 7hari dh tak wajib tahun ni (maybe jgk thn2 akan datang pn sama), tapi menuntut ilmu tu adalah dituntut, so aku terpaksa akur dan turuti jua perintah..SYMP la katakan.
Kalau awal2 servis dulu lagi la kerap tinggalkan Airis, dahla masa tu dia kecik je lagi..kejap2 tinggal kejap2 tinggal. Seawal 6bulan dah travel berdua je dgn papa sebab ngantor aku ke melaka untuk kursus 2 minggu. Berdrama air mata jelah keja aku ni, kursus pulak wajib je manjang. Pasrah.
Pastu Ayra pulak, pun sama masa umo 4bln kena pegi kursus kt sarawak, 2minggu jugak tu. Bukan sekejap oi 2minggu tu, rasa macam 2thn lamanya. Kena pulak kursus jenis menguji fizikal, berkawad exam bagai  memang menguji mental dan emosi. Tapi tetap pasrah, kugagahi jua. Paling tak boleh lupa kenangan bawak balik ebm sepanjang 2minggu tu, bila ingatkan balik boleh buat tersenyum sendiri, gigih jugak aku ni dalam pada malas. Tengah berkawad pun sanggup.keluar baris p mengepam susu, angkut segala cooler bag bagai, pam jangan cakap la..ke sana ke mari aku kelek. Sudahnya masa nak balik semenanjung menggagau cari cooler box, saiz medium takde saiz xl aku bantai, siap beroda boleh tarik2 lagi..walaupun stoknye suku kotak je pun, pejamkan mata demi anak tercinta kononnya. Itu yg kawan2 lain bawak 2beg aku jadi 3-4 beg masa balik. Haha.
Tu citer bab kursus. Belum bab pegi naziran, setahun berapa kali outstation, kadang jemputan penceramah, maka tinggallah bdk2 tu dgn mr papa. Bukan nak puji suami sendiri tapi aku harus akui mrR adalah seorang mr papa yang boleh diandalkan. Aku sangat bersyukur yang aku tak perlu risaukan anak2 sebab aku yakin beliau boleh handle anak2 walaupun dorang masih baby. Thanks mrR. i owe u alot!!

Baru dua hari ni...rindunyaaaaaaaa kt anak2 mama ni

No comments:

Post a Comment