Tabung AA

Tuesday, September 20, 2016

Langkawi 2016 :: Edisi Belanjawan

 
Well ter-rajin sikit nak update psl belanjawan akak yang mur mur itu..lets cekidaut
 
1. Transportation
First thing kena pikir psl bercuti di Langkawi ni is transportation, korang nak pegi by sea or air. Kalau dari KL better naik flight je, tapi memandangkan aku nak landing Alor Setar dulu untuk beraya so aku kena spend both flight tix & ferry. Kalau korang nak stay lama, better drive terus ke langkawi masuk kereta korang, boleh survey harga kat RORO. provided korang stay sana more than 3 days baru berbaloi, so takyah pikir psl kereta sewa whatsoever.

Flight Tix : KUL-AOR & LGK-KUL (by AirAisa) = RM460 termasuk luggage & seat
Memandangkan kitorang naik feri maka kena la sewa kereta untuk meronda kt sana. Takkan nak naik cab pulak kan..agak leceh di situ, melainkan korang pegi rombongan cik kiah, boleh sewa bas. Heheh. Untuk kereta sewa, aku ambik kat kawan aku, dia ade buat bisnes kereta sewa kt Langkawi ni..dia bagi kereta Avanza Auto @ RM150 per day, kitorang stay 3h2m dia charge RM300. Minyak tuang RM50 je pusing satu pulau. 
Kereta Sewa : Avanza (A) RM150/day = RM350 termasuk petrol

Ferry : KK-Lgk (6 adults & 1 kid) + Lgk-KK (4 adults) = RM247 (can buy online at their website)

ERL : Putrajaya-KLIA2-Putrajaya = RM48.60 (buy tickets at kiosk with 10% savings)

So total untuk transportation adalah RM1105.60. Nampak tak, transportation ni memang perlukan kos yang tinggi kalau nak pegi Langkawi, tapi kos aku ni untuk 6 dewasa & 2 kanak-kanak ye, lagi pulak ada 2 jenis pengangkutan masuk kt situ, itu yg banyak, kalau by air je tak mahal sgt sebenarnya.

2. Penginapan
Haa yang ni pun part penting jugak, dah pegi sana takkan nak tido kat jetty kan. So kena cari dan book siap2 hotel/homestay. Since dari awal telah kusedari bajet tak berapa banyak dengan bilangan ahli rombongan so aku cari homestay je. Survey punya survey dapatlah satu homestay ni, harga cukup menarik, kawasan strategik, fasiliti pun bagus, boleh kata lengkap segalanya la. Tapi dengan harga bajet gitu korang janganlah expect bilik sebesar padang bola, just nice untuk satu katil queen dan 1 single bed, toilet yang bersih, lcd tv dengan njoy, iron board with iron, mini fridge, sejadah telekung semua tersedia, siap dengan ruang untuk solat itu yg aku suka. Penah sekali duduk hotel bajet, ruang untuk solat pun takde, terpaksa solat atas katil, ko mampu?haha. Roomstay ni terletak kat mukim ulu melaka, dekat dengan kilang gamat nusantara & warisan salju, dekat jugak dengan makam mahsuri dan warung pak malau yang femes tu. Nak ke kuah dekat, ke Padang Matsirat dekat, ke Pantai Chenang pun tak jauh, just nice je lokasi dia. Sape yang nak contact number roomstay ni boleh roger aku. Kalau taknak roomstay ni boleh jugak ambik homestay dorang, ade dua bilik dalam satu rumah. Tapi aku prefer roomstay 2 unit sebab taknak sesak kat toilet, lagipun bukan nak memasak pun, just untuk rehat dan tido je.
 Gambar kenangan di Ami Roomstay

Ami Roomstay : RM75 per night per room x 2nights x 2rooms = RM300

3. Entrance Fee
Pergi Langkawi ni tak sah kalau tak melawat tempat-tempat menarik kan, takkan nak shopping cekelat dan periuk belanga semata. Disebabkan aku dah berkali-kali pegi langkawi tak pernah masuk Underwater world maka tempat wajib yang aku dah highlight kt MrR adalah underwater world, lagipun bawak budak-budak mesti dorang suka punya lah. Mak-mak aku pun tak penah masuk benda alah tu so lets kita tengok apa yang ada. Lagi satu tempat wajib adalah Wildlife Park, dulunya dikenali sebagai taman burung, tapi dorang dah upgrade sekarang ni bukan setakat burung, haiwan lain pun ada. Berbaloi sangat masuk wildlife park ni sebab kebanyakan haiwan boleh kita pegang, kita boleh feed, so tak bosan asyik tengok dari jauh je. Budak-budak tu memang suka abis la. Kakak yang penakut pun dah berani bagi makan kat parrot, rusa, pegang arnab. Kitorang jugak plan ke Makam Mahsuri, Mak aku tak penah masuk lagi, tapi malangnya by the time kitorang sampai teater mahsuri tu dah abis, tinggal sejam je sebelum tutup so tak jadi masuk. Untuk Makam Mahsuri tu entrance fee adalah RM12 dewasa, kanak-kanak tak ingat berapa maybe RM6 kot. Dulu-dulu aku pegi masuk RM3 je kot..haha.

Harga TIket :

Underwater World : RM33 adult, RM23 kid (3yrs up to 12yrs), RM 26senior citizen (50yrs above) . Total RM169 (Groupon discounted price)
Wildlife Park : RM24 adult, RM16 kid . Total RM145 (Groupon discounted price)
Total = RM314
4. F&B
Kalau ikutkan plan asal banyak tempat makan yg kitorang nak terjah, tapi disebabkan kekangan masa dan ada pulak emergency so tak dapat terjah warung-warung fofular kt Langkawi tu. Makan je kat mana yang rasa okey, sepanjang perjalanan tu. Pagi tu kitorg bertolak feri pukul 8 pagi, bajet sampai kul 10 bolehla singgah restoran terong kat pekan rabu, tup2 feri jalan lambat, pukul 10.30 pagi baru smpai jeti, tunggu kereta sewa pukul 11 baru dapat, perut dah mendidih, dengan letih mabuk laut sampai taktau nak pegi mane dulu. Since roomstay pun check in after 2pm so decide pegi area Chenang je dlu, masuk Underwater. Makan kt gerai sepanjang pantai Chenang tu, nasi campur 6 orang makan, termasuk air RM60, haha standard tempat tumpuan la katakan. Redha. Petang ke warung laksa ikan sekoq tiptop kt jalan airport, makan 4 mangkuk laksa, 3 pinggan charkuetiaw, air total RM41. Malam tu Airis tiba-tiba demam panas, cancel plan nak dinner kt luar, so mrR tapaukan bihun goreng, mee goreng dan bubur mcd je, mak-mak taknak makan malam tu, mintak belikan roti je. Dalam kekalutan jugak pegi farmasi kt Kuah beli ubat bontot, air badak, cool fever, roti, 100plus, ubat-ubatan lain sikit, total kat situ RM50. Keesokan pagi mujur Airis dah sihat, kitorang pegi rumah kawan aku yang kebetulan balik ke Langkawi jugak, dia jemput sarapan kat rumah dia, so tak jadi la nak ke warung nasi dagang pak malau pagi tu. Tengahari kitorg keluar dari Wildlife Park kt jalan ayer hangat then lunch kat area situ je, murah sangat ni nasi campur dia, RM25 je untuk 8 orang makan termasuk air, ko rasa??Malam kitorg berseafood kt Mahsuri Bamboo Restaurant, menu biasa jelah ikan siakap, butter prawn, satong tepung, tomyam campur, telur dadar, kerabu mangga, kailan ikan masin, total RM143. Pun rasa macam murah. Total untuk makan minum campur ubatan sikit tu dalam RM370. Biasalah bawak budak-budak, kejap nak air lah, jajan lah..

5. Shopping!!
Part ni paling best kot, dalam pada takmau beli apa-apa sangat pun aku spend dekat RM300 jugak untuk cekelat, yelah nak buat buah tangan ke opis masing-masing nanti, untuk rumah sendiri tak beli sangat pun, takmo bg budak-budak makan cekelat sangat. Beli jugakla sikit2. Aku beli cekelat biasa je macam Daim, Ferrero, Kinder Bueno, Snickers, Kisses..sekarang ni harga coklat langkawi dah tak murah mana la, sepeket daim pun dah RM14.50, pastu dah takde combo price pulak. Kisses RM15.90, Ferrero 30pcs tu RM26.90, kinder bueno RM21.90, pastu aku grab jugak 2 botol nutella harga rm11.90 sebotol..yang tu je boleh simpan kt rumah, heheh. Lagi budak-budak ni nak belon lah ape lah, aku ambik gambar kenangan kat underwater pun dah RM45 sekeping, nak ambik jugak yg kat wildlife park mak mertua aku tak bagi, membazir katanya. Haha. Baiklah. Total damage kat sini je dah RM330.

So itu jelah percutian ringkas edisi bajet kitorang, hajat di hati nak bawak Mak-mak ke sarawak pulak pasni, kena cari tabung ayam yang lebih besar la nampak gayanya ni. Haha. Aku bersyukur sangat atleast dapat buat mak-mak happy, walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan. Doakan kitorang dimurahkan rezeki, boleh bawak mak-mak jejalan tempat yang lagi best, lebih selesa in future. InshaAllah, amin.




#rinduMakMak 
#rinduvacayberjemaah 


#kenanganmanisterukir

 
 

No comments:

Post a Comment