Pages

Tuesday, August 9, 2016

Uniform

 
Cerita semalam..
 
Macam biasa rutin di pagi isnin haruslah hiruk pikuk. Time tu la nak iron uniform sekolah Airis n aku. Time tu la kadang nk siapkan bekalan Airis ke sekolah, nak layankan blues pagi dia, bangun punye la liat, nak menung dlu, nak nangis dlu, kadang nak mama mandikan pulak. Fuhh memang mencabar *lappeluh* Ayra pun ada cara tersendiri, cuma lebih mudah sebab dia duk nursery, so kalau tak sempat mandi pagi pun still acceptable..weeheee. kat taska tecer akan mandikan jam 10 pagi n 4 petang, biasanya Ayra akan mandi dlu sebelum ke taska, 2 kali kt taska, then balik petang mandi lagi. Kadang malam pun mandi, budak tu memang suka mandi so tak risau bab mandi. Kakak...alahaii nak suruh mandi pun payah, kalau nak cepat memang kena aku atau papanya mandikan, kalau tak sejam pun belum tentu siap. Huhu.
 
Isnin ni sangat mencabar bagi aku. Inilah hari aku sering tertinggal Uniform, aku terlupa kat mana letak pass kerja, aku tertinggal kunci ofis, aku TER TER TER macam2 TER. Haih. Banyak nau urat putus masa meneran 2 orang budak kenit tu dulu agaknye. Haha. On top of all, aku paling tak suka bila tercicir butang uniform, bayangkan ade all 10 butang kena pasang, tiba2 hilang satu, memang menggagau la cari butang. Takkan nak balik rumah semata-mata nak cari satu butang??Haihh memang takla. Agaknya tu la kot keburukan pakai uniform ni. Yang lain aku suka, sebab tak payah nak fikir nak pakai baju apa setiap hari pegi keje. Bila pakai uniform u will save more on clothes, so u can spend more on others. Haha. The best part is u are sponsored from top to toe!! Tudung, inner shirt, bush jacket, pants, socks, shoe semuanya..yg kecik2 tu sila beli sendiri la ye..haha. *So please simpan butang elok2 ye and be more bersyukur, Alhamdulillah. The best part, mrR pun beruniform jugak, but in his own way. *_^
 
Like i ever said before, aku ni seorang yang sangat passive back in school time. Still remember in school time, have to join atleast 1 uniform body. Masa awal2 aku pilih polis traffic. Haha. Funny. 1st akwad session aku dah quit. Tak larat oii. Dahla uniform dah buat masa tu, memang pembaziran la. Haha. Then aku joined Puteri Islam, senang pakai baju sekolah je, kain pink, tudung pink. Save duit mak ayah nk beli uniform kan. Aku continue Puteri Islam sampai Form 5. Nama je AJK, aku jadi setiausaha kot masa tu, tapi aku tak penah pun join aktiviti camping etc. Sebab aku memang tak suka yang lasak-lasak ni. Camping considered as lasak to me, huhu. 

Sebab tu bila kawan2 aku tanya aku keje ape, kat mana sekarang ni aku jadi segan nak cakap. Kalau cakap pun dorang macam terkejut, tak sangka aku keje badan beruniform sekarang ni. Sekarang kan dah bermacam group wassap ade, yang group sekolah rendah, sekolah menengah, dan uni. Haha. Macam mana la seorang budak lembik yang tak larat lari pun boleh join uniform body ni, aku pun memang tak penah terlintas pun nak join K. Lepas grad dulu aku penah attend assessment untuk PTD, punyala cuak sebab aku tau aku ni tak larat berlari. Kan kene lari berapa KM tu, aku dah agak mesti tak lepas. Nasib baik sikit tempat aku pegi assessment tu takde ruang untuk lari, so buat aktiviti senaman je. Lompat bintang la, lompat katak la ape tah jenis lompat sampai aku pitam!!haha. Pastu aktiviti berkumpulan, kena diskas2 aku memang tak bersuara langsung, aku kan pemalu, so dari awal aku dah agak aku takkan dapat lepas. Lepas pada tu aku tak minat lagi nk join PTD.

Zaman aku grad dulu susah nak dapat keje, aku attend interview utk post yang sesuai dgn bidang yang aku grad 3 kali, 2 kali kandas, yang satu dpt jadi calon simpanan valid setahun, after a year dpt panggilan interview post sekarang pulak so aku pasrah je. Entah dari mana keberanian aku, aku tanya balik panel SPA masa tu kalau tak silap nama dia dato' aziz, pada pendapat beliau kenapa aku tak berjaya interview yang sebelum ni, beliau cakap beliau pun tak pasti, beliau akan cuba semak pasal calon simpanan yang aku dapat sebelum ni dengan harapan aku akan dapat post tu. Bila dapat keputusan interview dulu aku memang terkejut beruk, tak sangka lulus pulak. Huaa itula dinamakan rezeki kan. Bidang yang aku idamkan sangat tak dapat, yang tak disangka pulak dapat. Padahal aku ni lari pun semput. Haha. Nak dijadikan rezeki jugak untuk tahun 2010 tu pengambilan tak perlu masuk assessment, means exam dan interview je. Untuk tahun itu SAHAJA..lepas tu start balik assessment, means kalau kena assessment mungkin tempat aku bukan di sini sekarang ni. Alhamdulillah.

Bila dah start keja, aku mula suka dan sayang kerjaya aku. Walaupun tak glemer, orang pun tak kenal sangat. Mula-mula aku ditempatkan di satu bahagian teknikal, buat penjenisan barang. Masa tu aku rasa alahai senangnya kerja, report pun tak payah taip sendiri ade pembantu, aku cuma drafkan je, itu pun dah ada rangka. Yang bestnye penjenisan barang ni kita akan dapat sample dr pembekal, kalau makanan kena buka sampel, tengok kandungan, butiran, dan hantar ke Jab Kimia untuk kandungan sebenar. Kalau yang lain2 tengok fizikal je. So banyak sangat benda yang aku belajar di situ, aku memang enjoy sangat keje kt situ. Bos pun sangat baik dan helpful, kalau aku salah pun still ade yang perbetulkan. So aku sangat bersyukur masa tu. Lepas setahun aku dapat bertukar ke Putrajaya dalam ertikata lain Ibu Pejabat. Apa nk diharapkan di Ibu Pejabat selain kerja yang menimbun?Haha padan muka aku, datang sini dah rupa kuli batak, hampir semua benda aku kena buat, takde lagi pembantu yang akan tolong menaip, yang akan simpan laporan, semua kena buat sendiri from A to Z. Haha. Nasib lah aku ni bukan jenis bossy, sebelum tu dah penah keja kontrak kt gomen jugak hampir 3 tahun jadi kuli kewangan so semua benda dah penah aku buat termasuk binding paper, antar surat, bank in hasil terimaan etc dlu. So aku takde masalah nak buat semua sendiri. Cuma kekangan dari segi masa jelah. Kena bebetul manage. So far okey, aku semakin sayang kerjaya aku ni. Hehehe.




No comments:

Post a Comment