Tabung AA

Thursday, August 4, 2016

Badluck!!

 
Pernah tak korang rasa dalam sehari nasib korang macam agak malang? Buat itu salah, buat ini tak kena..macam adeeeee je yang tak kena. Aku bukan nak cakap tak percaya qada dan qadar ke ape, tapi badluck ni macam certain time je kena. Contoh macam aku semalam. 
 
Actually takdelah sepanjang hari aku asyik malang je. Cuma bila ingat2kan balik mcm semalam was my bad day, gitu. Pagi nak naik lif antar Ayra ke taska tetibe lif rosak, dan kena menapak ke bangunan sebelah naik lif pastu menapak balik ke bangunan taska, dah balik ofis cafe tak bukak, disebabkan aku dah malas dan letih menapak lagi sekali ke bangunan taska Ayra makanya aku skip breakfast pagi tu. FYI taska Ayra dengan bangunan ofis aku adalah bangunan ofis yang berlainan, aku tumpang taska Jabatan lain untuk tempatkan Ayra sebab Jabatan aku takde sediakan taska. Okey tu hal pagi. Tengahari perut dah lapar sangat, still cafe tak bukak kan so keluar cari makanan, Kebetulan nk ke poslaju hantar barang, lepas dah pos barang singgah kat jualan JPN beli nasi. Balik makan kenyang. Selamat dah tengahari tu.

Balik petang, tengok meter tank minyak dah berkelip. Dalam hati, balik dulu la..time balik keje ramai orang nk isi minyak. Petang karang keluar balik, lgpun belum Asar kang terlewat sangat pulak. Pukul 6 camtu aku keluar balik nak isi minyak, pegi Petronas Presint 9, kad kredit takleh guna. So park keta pegi ATM dlu sebab cashless time tu. Beratur punye panjang, sekali kad aku takleh proses. Dua kali aku try tetap sama. Pasrah. Nak keluarkan duit takleh, nak isi minyak pun takleh. Meter duk berkelip tu. Aku pegi Petronas yang lagi satu, seb baik ATM boleh guna, withdraw duit then isi minyak. Pusing balik singgah la myFarm pulak, hajat nak beli ayam dan udang, nak masak mee goreng, tengok2 ayam dah abis, udang pun takde. Sudahnye beli mee kuning dengan fishcake je utk masak. Okey lagi, singgah kedai bahan kek pulak, nak beli cup untuk buat cupcake bawak ke taska Ayra ade potluck. Dah setel beli keluar kedai tengok kereta kena block!! Aku masuk start enjin pastu honk, dua tiga kali takde pun kelibat orang keluar dari mana-mana. Ah sudah..dahla nak dekat maghrib time tu. Memang panasssss je hati aku. Aku keluar kereta tunggu kt luar baru nampak sorang kakak datang kat kereta tersengih2 kat aku, sorry kakak im not in a good mood nak senyum2, aku terus masuk keta dan blah. Teruk pulak aku rasa pastu, haih.

Malam aku masak mee goreng, taktau la kt mana silap mee aku masin berdengung. Alahai..apa la nasib. Anak-anak pun taknak makan mee goreng aku. Aku simpan dan panaskan untuk bawak bekal ke opis arini, boleh pulak tertinggal kt rumah pagi tadi. Haihh tak abis lg ka bad day aku ni??? Huaaaaa nangis

No comments:

Post a Comment