Salam 28 Syawal..punyala beriya beraya sampai terlupa ke blog..haha

#rayakansebulan di mana-mana. Weekend memang pack invitation open house, ofis pulak boleh kata tiap hari ade je unit/caw/bhgn yg buat open office, bersusun kad jemputan ikut hari..hahaha save kocek, tapi kesian perut sebab sumbat macam-macam sangat. Agagaga.

 
Ni masa open house umah sedara kat Bangi, kebetulan MiaSara datang dengan family dia. Airis kan suke sangat tonton 611, banyakla drama yang Mia ni berlakon, sampai dia panggil Mia ni Syasya (cite zoo tu). Masa makan dah kalut nak bergambar dengan kakak Mia. By the time nak bergambar malu-malu pulak dia. Sengih terpaksa pulak jadinya tu. Hihi kakak..kakak.

Citer pasal Airis, aku rasa bersalah sangat dengan dia. Since kecik ade je hal-hal yang menyakitkan dia atas kecuaian aku sendiri. Benda yang paling aku ingat sampai bila-bila. Masa dia kecik aku sepit kuku, tersepit sekali isi jari, berdarah-darah jari dia, esoknya dia demam aku salahkan diri aku sendiri. Maybe sakit sangat sampai demam budak tu. Perasaan bersalah tu menyelubungi diriku selama berhari-hari sampai minggu depannya nak sepit kuku dia aku pulak yang fobia. Haih

Kedua pulak setahun lepas kot, aku tutup pintu bilik tersepit jari dia. Pintu tu pulak jenis ketat. Ya Allah macam nak luruh jantung bila dia jerit nangis, aku bebetul tak perasan jari dia kat pintu tu masa aku tolak. Pun sama, aku dibelenggu rasa bersalah berhari-hari. Punyala nak sedapkan hati sendiri ke ape, aku marah pulak dia, suka sangat letak jari kat celah pintu macam dh takde tempat lain nak bermain. Sebenarnya bukan salah dia at all, aku yang salah. Huhu.

Latest, aku ajak dia ke kedai. Konon nk masak bihun goreng tak cukup bahan satu petang weekend tu. Dah siang pegi open house so malam taknak makan nasi la. Berdua je dengan dia. Entah macam mana masa kat traffic light aku dah stop, pastu tertekan brek mengejut lagi, budak tu entah pulak macam mana duduknye tersembam ke dashboard. Berdarah bibir oii. Aku cuak, panik semua ada. Memang blur, blank masa tu, rasa nak cepat sampai umah je. Airis pulak melalak menangis sambil duk cakap sakit! sakit!! sakit!!! Aku lagila gelabah, aku tempik dia "kalau sakit sangat mama bawak p hospital nak??!!!" terus dia teresak-esak. Dalam hati aku memang rasa bersalah sangat sampai menangis terketar-ketar. Balik rumah terus sapukan vco, sebab taktau ape yg boleh letak kt bibir tu. nak letak minyak gamat tak sesuai lak. Ubat lagi la takde. Sampai ke malam jugak dia duk mengaduh sakit tu. Aku belek-belek bibir dia macam ade terkoyak isi terkeluar berlubang gitu, scary oi. kawan aku suruh letak myk gamat sikit ms dia tido.

Ni hari kedua, dah okey sikit. takde dah lubang tu, dah jadi putih macam tumbuh isi baru. MrR cakap bibir cepat recover, isi cepat tumbuh balik, so lega sikit rasanya. Airis pun cakap dah tak sakit mama, boleh ke dia nak makan pisang emas yang beli kt kedai semalam. Mulanya aku tak bagi sebab kalau ulser mulut memang takleh makan pisang kan. Tapi kesian punya pasal aku bagi jugak. Lepas tu dia ngadu sakit balik. Maybe sebab pisang tu bisa kot. Huhu. Kesian kakak, pasal kecuaian mama kakak kena sakit lagi.

Lepas kejadian tu aku tekad nak duduk kan budak2 ni dalam carseat where ever we go. Tak kire dekat or jauh. Lagipun memang rules nye kena guna carseat untuk kids under 4 kan. Cuma Airis walaupun dah 5y tapi kecik budaknya, so carseat masih lg relevan untuk dia. Aku dah survey2 carseat, nak beli lagi satu je sebab dah ade satu. Pastu budak2 ni pun sebok nak pilih carseat sendiri, yang sedia ada dorang taknak. Berlagak tak beragak, pilih Cosatto weh, beribu kot..ooo korang yang ade tu mentang2la murah korang tak pandang ye. heh anak papa sangat!!Pegi mintak papa korang belikan ye anak-anak.

Korang-korang pun sentiasalah beringat, hati-hati semasa memandu okey
xoxo