Tabung AA

Tuesday, August 30, 2016

AA :: Anak oh Anak

Sabtu lepas kitorg ke majlis perkahwinan rakan mrR kat Cheras, alang-alang tu aku ngajak pegi ke IKEA Cheras, bawak mak jalan-jalan..asyik terperuk je dalam rumah kesian pulak. Sampai di IKEA macam biasa aku akan ambik troli untuk letak dorang, takmo lari2..satu bahaya takut terlepas pandang dalam ramai-ramai orang tu, satu hal lagi takut terlanggar barang jatuh pecah mak jugak yang pecah peluh kan. Mak aku takde membeli ape sangat pun, aku pulak seperti biasa ade je yang berkenan di hati, beli lah tempat sangkut beg yang berdiri tu. Mak aku ambik pruta kaler oren, comel pulak tapi aku tak ambik takut mrR bising tupperware dah berlambak kat dalam lemari tak guna pun. Haha.

Tiba time nak bayar, macam biasa budak2 tu nak soft ice cream. So aku tunggu beratur bayar barang-barang, mrR bawak dorang pegi beli aiskrim. Mak aku pulak pegi tgk2 bahagian frozen kat sebelah tu. 10 minit camtu mak aku datang tanya mana Ayra? aku tercengang jugak la sebab Ayra ikut papa dia. Mak aku cakap Ayra takde kat papa dia. Hahhhh!!! terkejut beruk la aku pun. Kebetulan mg time tu aku tengah bayar barang so aku setel payment aku terus tolak troli mencari dia kt luar tu, takde! Mak aku pun gelabah giler dan nampak dia punya panik, aku still boleh control la, so aku suruh mak aku tunggu kt troli barang dengan Airis, aku masuk cari kat bahagian gudang. mrR pulak pegi cari kt kaunter pertanyaan. Cari punye cari akhirnya mrR call aku bgtau Ayra ade kat information counter tu. Fuhh lega dengar. Ayra pun agak terkejut agaknya nampak papa dia datang dia terus diam, langsung tak cakap ape. Sebelum tu dia meraung sakan la. Guard tu mintak mrR tunjukkan gambar Ayra yang ada dalam fon or mana2, mrR tunjukkan gambar dia baru la dia lepaskan Ayra. Itu pun kena isi form ke ape tah mrR citer, aku tak ambik port sangat sbb mengenangkan Ayra, asal dah jumpe okeyla.

Seriously masa mencari tu aku punyelah risau, nak nangis rasa. Jantung ni degup kencang sampai rasa nak pecah dada. Pijak lantai pun dah tak terasa oii. Macam-macam kebarangkalian aku pikir, termasuk kes culik. Kan lately banyak dengar kes culik tu so aku ni sentiasa terbawa-bawa. Duk risau je kat anak-anak aku. Ya Allah, jauhkanlah anak-anak aku dan semua kanak-kanak dari kes2 penganiayaan syaitan bertopengkan manusia macam tu. Bila ingatkan kes-kes culik bunuh tu semua aku jadi sangat emosi, sebab melibatkan kanak-kanak. Apa la salah dorang sampai korang buat macam tu. Please la. Huhu

sebelum kejadian, dua beradik ni berangan nak katil cenggini untuk bilik dorang..mak belum mampu nak..hehe tido jelah berhimpitan dulu ye
 
acara wajib bila ke Alamanda..haihh bila la benda ni nak berakhir
 
makan liptit mama
 
cantik tak mama???
 
kena kerah naik stroller masing2..tade makna nak belikan tandem or another stroller, kita add on bumprider je untuk si kakak..pokok pangkalnye tak terlepas dari pandangan mata..jangan nak berangan berlari sini sana lagi yeh pasni 

No comments:

Post a Comment