Tabung AA

Friday, July 1, 2016

Puasa dan Wanita

 
Rajin pulak nak mengapdet blog selang sehari ni..maklumla mood kerja dah kelautan dalam. Ahaks. Semangat berganda2 nak raya since aku dah TER-raya awal. Haha. Well, perempuan, biasalah kan. Semua orang pun dah sedia maklum kot pasal tu. Jarang sangat ada wanita baligh yang dapat berpuasa penuh di bulan Ramadan kecuali yang mengandung atau dah monopos.  

Dulu masa sekolah menengah aku cukup tak suka bila datang bulan. Dulu laa..zaman tu tak berapa cerdik lagi, akal singkat. Aku rasakan period tu macam satu malepetaka, mana taknya dahla TAK BOLEH puasa, pastu tak dapat makan, dan yang lebih penting kena GANTI puasa pulak. Masa tu kalau period je aku akan nangis, sebabnya period aku lama, kadang max 14 hari. Jenuh oi nk mengganti, time sekolah tengok je kwn2 makan, pastu kalau time cuti mak aku msk best2. Nangis. Adik aku yang kecik tu pulak ade masalah ape tah, kalau time aku takleh puasa tu nak nyorok makan dalam bilik pun takleh, dia akan ketuk pintu sampai aku bukak, pastu kalau ternampak aku makan dia akan riuh cakap aku tak posa!Haishh geram betul la masa tu. Malu, segan semua ada. Rasa macam beban je bila period tu. Iman pulak xberapa kuat, asyik nak memberontak jelah. Itu dulu laa.

Pastu masuk Uni, fikiran dan semakin matang, so dh boleh accept sebagai wanita benda tu memang wajib dah, untuk tinggalkan puasa, untuk gantikan puasa. Duduk hostel, kawan semua perempuan so takde masalah nk makan time orang berpuasa, tapi takdelah sampai di khalayak ramai, senyap2 dalam bilik jela..lagi best kalau roomate or kawan2 yang seangkatan, kumpul ramai2 makan sama2. Pastu time nak ganti pun plan sama2, baru best!. 

Sekarang dah kerja, pun leklek je, makan dalam bilik..haha tapi tu pun kunci pintu dlu, kot2 ade org tetibe terjah kan. So far okey je, as long kita tak makan kt tengah2 orang ramai. Tahun2 sebelum ni masa kt tempat lama port kt stor, stor tu jgk kitorg jadikan mini surau, so time rehat berkumpul la, yg posa yg xposa pn duduk sama. Dah besar takkan tergugat iman lagi kot bila tgk org makan kan. Kalau rajin siap masak bawak bekal, nak pegi beli makanan serius malu. Dulu penah pegi tapau mekdi, malunya rasa macam tebai 2 inci muka ni, toreh tak berdarah. Haha. Kalau ade yang drive thru senang la kot, takdela malu sgt. Main order je, kena pulak yg jaga kaunter pick up tu laki, duk sengih2 macam ape lagi, walhal dah maklum penyakit org pompuan ni, haishh. 

Bila tengah2 Ramadan aritu viral status meroyan pompuan makan kt public aku rasa nak penampar je muka dia *macamberanisangat*. Kot ye pun tak posa perlu ke nak makan kat public camtu, atleast take away balik makan kt ofis la. Ko tak boleh posa semua orang paham, takde sapa marah or sangkal kejadian Allah. Tapi show some respect, hormat orang lain saudara seagama ko, makanla kt ofis atau rumah ko sendiri. Malu la weh. Tapi bila aku pikir2 kan balik aku pun penah berfikiran macam tu dlu, aku sering persoalkan kenapa tak boleh puasa, tapi takdapat makan??Aku rasa macam nak je makan dengan selamba kat kedai macam bulan lain selain ramadan tu. Aku rasa bangga kot kalau boleh makan depan orang. Cehh konon berani la kan. Cuma masa tu aku tak matang lagi, aku masih sekolah, iman xkuat, akal cetek. Aku syak pompuan ni pun macam tu jugakla, seperti aku di masa dahulu, maafkanlah dia, nanti dia dah matang takde la dia buat keje gila tu lagi..InshaAllah.

No comments:

Post a Comment