Salam Aidilfitri 1437H

Jumaat 26 Ramadan kami bertolak balik ke kampung, selepas Isyak dalam pukul 10.30 mlm bergerak dari rumah. Hampir 10 jam perjalanan akhirnya kami sampai di Baling pukul 7.30pagi,sepanjang perjalanan 3 kali mrR benti untuk tido, yelah mengantok kan lebih baik stop tido daripada meneruskan perjalanan, bahaya oii. Lagi pulak banyak kejadian yg tak diingini berlaku sepanjang musim perayaan ni, mestila risau kan.

Kitorang spend sehari semalam di Baling, sempat berbuka puasa dan bersahur sekali dengan mak mertua aku. Adik ipar bersama wife n anak pun sampai tengahari tu, so meriahla rumah mil masa tu. Pekan Baling pun dah mula sesak, tak sempat nak menyinggah bazar ramadan sebab takde parking, lagi pulak kitorg ke Pulai beli ayam golek kt situ sedap. Tiap kali balik wajib beli kt situ.

Ahad pagi kitorg bertolak ke Alor Setar pulak, sampai tengahari tengok sape pun takde kt rumah. Mak Ayah aku berniaga kat bazar ramadan so diorg akan balik memasak kt rumah lain. Airis pulak stay dengan adik aku. Selesai punggah barang dari kereta aku n Ayra ke rumah adik aku untuk jumpa Airis. Seminggu tak jumpa rindu bukan kepalang. Yang si Airis buat dunno je bila nampak kami datang, tak eksaited langsung, huhu. Anak oh anak.

Ikutkan plan awal nak beraya pertama kt umah Mil, tup2 tukar pulak nak beraya dengan Mak Ayah aku dlu, seriuosly aku rasa bersalah kt Mil aku, dia dah siap order ayam 3 ekor dan daging lembu untuk makan ramai2 petang raya tu. Tup2 anak sulung dia tak jadi balik awal, lepas solat Aidilfitri baru bertolak balik. Kami pun takde malam raya tu, so dia risau lauk dia banyak sangat takde orang makan. Huhu. Tapi aku perlu bantu Mak aku jugak, nak buat rendang, kari, ketupat palas, nasi impit, soto etc takleh nk tinggalkan Mak aku sorang2 buat, dia bukannya sihat lagi. Adik2 aku pulak kena tolong Ayah berniaga kat bazar. Itu pun aku pegi tolong sama, hujung2 ramadan kan ramai orang balik kampung so ramai la kt bazar tu sampai tak cukup kakitangan. Maafkan ida ye Mak..huhu

Malam raya tu, takde buat persiapan ape sangat, since aku dh siap tolong Mak masak n balut ketupat, tinggal nk rebus ketupat palas n nasi impit je, pastu aku cuci baju bajan sesiap, takkan nak mendobi di hari raya pulak khenn. Pastu masuk tido, anak2 masih takmau tido so biar je dorg main dlu. Mak aku cakap pukul 1 lebih baru bdk2 tu tido, amboi sakan main ye korang. Adik2 aku pun tido lambat, mengemas rumah dan mop lantai. Aku terjaga pukul 3 pagi konon nak mengemas dapur, tengok Mak aku duk cicah biskut dengan kopi, alahai Mak..susah nak tidur dia sekarang ni, huhu. Pastu dia siap cucikan segala pinggan mangkuk, kemas dapur, aku pun masuk tidur balik. Konon letih sangatla, padahal takde buat ape sangat pun. Heh.

Esoknya 1 Syawal, baru terhegeh2 nak iron baju, dorg semua pakai theme mint green, kitorg je lari tema ke gold brown. Kan awal plan nk beraya kat Baling, mint green tu untuk raya kedua time balik Alor Setar la kononnya. Takpelah yg penting pakai baju kan. Haha. Aku n Mak tak pegi solat sunat Aidilfitri, budak2 pun bangun lewat, sempat hidangkan juadah di pagi raya gitu. TIme dorang abis solat dan2 tu hujan lebat, berlari la adik2 aku balik rumah, then Ayah sampai. Tunggu punya tunggu mrR paling lambat balik, sayang baju raya la tu..hahaha. Tunggu sorang-sorang bersiap kul 10 pagi kot baru dapat bersalam-salaman. Haih aku ni hati tisu, sebak manjang. Nak mintak maaf pn kesat airmata dulu. 

Pastu sesi bergambar jela, sementara tunggu hujan reda. Orang pun takleh datang. Ade jugakla budak2 yang redah hujan sampai basah kuyup datang beraya. Kesian dorang tak dapat collect duit raya tahun ni. Yang si Airis Ayra pulak kalut la nk tukar pakai jubah mint green sama dengan tokma dorang, aku dah stress. Mak tempah baju korang kemain lagi, korang nk pakai setengah jam je ke? Adoila last2 menurut jugak kehendak si anak, tukarkan baju dorang. Tinggal kami berdua je yang sedondon-dondon. Huhu.


Airis Ayra kesayangan hamba
Ayra suka sangat buat mimik gitu
Kids with Tokma & Tokwan
Ayah & Bonda tercinta

Ayra dah lari taknak bergambar
Anak papa
Airis with Mama

Elok je hujan reda, terus ke rumah Maksu aku untuk beraya dengan Tok (nenek) aku. Tok ni mak kepada ayah aku. Memandangkan she's the oldest dalam keluarga kami maka wajib pagi raya ke rumah dia dulu. Tok aku ni tinggal dengan anak2, dia takde rumah sendiri. Dulu dia tinggal dengan arwah Maklong, since Maklong meninggal 2 tahun lepas dia tinggal dengan kami kat rumah lama (rumah tempat mak ayah aku memasak untuk berniaga). Rumah tu takde sape duduk, so mak ayah aku tak bagi dia duduk sorang, tapi Tok aku nak jugak tinggal situ, maybe dia rasa bebas. Maksu aku ni dah kawen tapi takde anak, so sepanjang bulan Puasa Tok aku tinggal dengan dia. Oh ye, rumah Maksu aku depan rumah Mak je, lintas jalan je pun. Selesai beraya baru plan nak keluar beraya kt kampung ayah. Maklumlah mak aku convert, so takde family nk diziarahi masa raya ni. So semuanya berkisar keluarga belah Ayah je. Ayah pulak tak ramai adik beradik, 4 orang je tu pun sekarang tinggal 3 since Maklong dah meninggal. Paklang pulak duduk Penang tak balik raya. Dah lama jugak Paklang tak balik beraya kat Kedah, dorang ade krisis adik beradik sikit, biasanya Ayah aku as anak bongsu yang jadi perantara di antara kakak-abang dia. Kitorg memang wajib ziarah rumah nenek2 mak2 sedara kat kampung Ayah. Alah dalam Alor Setar jugak kampungnya. Tak jauh pun.


Elok bersiap nak keluar, kakak Mak call cakap nak datang. Family mak ni walaupun dorang Chinese tapi sangat baik. Kakak Mak yang duduk kt Australia balik Malaysia semata-mata nak datang beraya dengan Mak, dia bawak anak dan cucu2 dia sekali. Last jumpa masa Tok (Cina) aku meninggal 4 tahun lepas. Anak2 sedara aku yang dulunya kecik sekarang ni dah tinggi melayup lebih dr kami2 yg dewasa ni, padahal umur baru 10-12 tahun. Heh. Baka orang Australia memang besar gaban kot, Haha.

Aunty Diana, Cyna (niece) & Gillin (cousin)
Aunty Yuk, Tokwan & Uncle Sim
Airis with her cousins - Kiri Aria, kanan Cyna
Adik-adik aku with their nieces
 Lepas dorang balik kitorg pegi ke rumah tokcik. Tokcik ni actually keluarga angkat ayah aku, ayah aku dulu orang susah, selalu menumpang makan kt rumah dorang since ayah & anak tokcik ni berkawan baik. Aku panggil anak tokcik ni Long E. Tokcik ni ade sorang je anak, dan sorang anak angkat pompuan. Ayah aku kira anak angkat laki la. Dorang anggap kami ni macam keluarga dorang sendiri, ape2 pun mesti cari mak ayah aku dulu. Ayah dan Long E pun kawan baik sangat, rapat macam adik beradik. Satu aku kagum dengan Ayah, dia tak penah cakap Aku-Hang dengan kawan2 dia. Dengan Long E pun sama. Dia bahasakan  Long-Kita, Long pulak pgl ayah Che Mat-Kita. Lepas rumah tokcik terus balik rumah, masing-masing dah kepenatan, makannn je kejenye kan. Malam tu lepas maghrib aku n mrR pegi Star Parade, cari inner shirt untuk Airis dan Ayra pakai dengan baju batwing yg Makteh belikan untuk dorang. Jarang gila baqhang. Takdak singlet memang tak leh pakai la baju tu.

2 Syawal, pagi2 lagi kitorg dah bersiap nak balik Baling pulak. Tengok mak ayah aku, sedih je muka masing2. Yelah anak cucu dah nak balik kan. Kejap je beraya dah nak balik. Ape boleh buat, kena la adil dan saksama. 4 hari aku spend dengan dorang, kena la spend dengan family mertua pulak. Haihh kalau duk sekali semua kan senang cerita. Kekeke. Airis mula2 taknak ikut balik, puas pujuk baru okey. Tu pun sebab cakap adik Danish (anak adik ipar) ada kat rumah Tok. Haha padahal dorang dah balik Kuala Kangsar petang semalam, takpelah tipu sunat. Hihi.

Kemain susah nak bergambar berempat
 Sampai je rumah MIL tengok suasana sunyi je, tinggal adik ipar dan kakak ipar sorang, anak2 dia pegi beraya kt umah kawan katanya. MIl aku pulak duk buat cucur peneram. MIl aku ni terer buat coq peneram, time nk raya je ramai yang akan order. Tengok dia buat macam senang je tapi nak tekap goreng tu yang lama..maklumlah kena buat sorang2. MIL aku cakap dah taknak buat tapi abang ipar aku yg sulung tu belikan bahan2 nk mintak buatkan untuk kawan2 ofis. Alahai kesian pulak MIL aku time2 raya duk buat cucur. Anak ni kadang tak fikir keadaan mak. Mak mertua aku pun bukannya sihat sangat sejak sakit mata. Dia duk mengadu kat aku, ikutkan hati dia dah taknak buat. Abg ipar aku nak bawak balik 3 bekas cucur peneram tu, dalam 300 biji kot. Haihhhh mujur ada menantu mithali ni tolong gorengkan cucur tu (*__*) Mak cakap hari buat lemang pun dia dah tak larat sebenarnya. Mujur biras aku tolong buatkan ketupat, n masak rendang. Kalau tak memang takdelah ketupat palas raya tu. Lemang pulak kurang menjadi katanya, beras pulut tak berapa elok. MIL cakap next year dah taknak buat lemang, merajuk barangkali. Tapi tengokla tahun depan mesti buat jugak tu. Hehe.

Raya ketiga, MIL ajak beraya kt umah sedara di Sg Petani. Memandangkan esoknya kitorg dah nak balik Putrajaya maka mohler kita pegi Jumaat tu. Pas solat Jumaat baru gerak. Rumah MIL aku ni ramai tetamu bertandang. Tak putus2 bak kata orang. Anak2 sedara dia ramai, tiap tahun wajib datang umah MIL untuk beraya, bagus betul hubungan kekeluargaan dorang. Aku tukang cuci pinggan je, memasaknye failed. Haha.
On the way nak pegi beraya di Sg Petani
 Raya ke4, Mak n Ayah aku datang ke rumah MIL. Mak mertua aku duk cakap Mak aku besan dia yg paling bagus, maybe sebab dorang boleh kamceng kot. Mak aku dengan semua orang dia baik, walaupun ada je orang yg suka sakitkan hati dia, buat dia macam2 tapi dia tak penah marah or kata apa2. Tak penah aku tengok ciri2 yang tak elok pada dia, aku sangat kagum dan nak sangat jadi macam dia. Tapi yang hitam tu masih ada dalam hati aku, nak kena bleaching dulu kot. Huhu. Eh melalut ke situ pulak. Tengahari tu ade kenduri kt kampung MIL so kitorg bawak mak ayah aku p kenduri sama. Lepas makan kenduri balik rehat2 kejap kitorg dah bersiap nak balik Putrajaya pulak. Mak ayah aku pun balik Alor Setar. Ayra boleh pulak buat drama nak ikut Tokwan dia. Huhu drama sebabak, sebak aku tengok. Mak ayah aku pun mesti sedih tu, aku tahu. Huhuhu. Masa abang ipar aku bertolak balik aku tengok je MIL aku, riak sedih kt muka dia, aku pun turut sedih baqhang. Masa tu aku mula terdetik, agaknya bila aku tua nanti macam tu jugakla perasaan aku tiap kali berpisah dengan anak2, aku nangis beb!! Dan2 terfikir nak tambah anak bagi ramai, ahaksss.

Sabtu petang kitorg bertolak balik pukul 5ptg, singgah Sg Siput rumah adik ipar yang tak sempat jumpa. Berehat, tidur kejap then teruskan perjalanan balik pukul 3pagi. Pukul 7 pagi baru sampai Putrajaya. Fuhh itu pun sebab dan elak jammed sana sini keluar masuk highway ikut jalan alternatif. Mujur jugak aku tak tido, leh jadi co-pilot mrR, kalau tak taktau la pukul berapa nk sampai rumah. PLUS jammed weiii. Dahla takdapat rebat tol. Huhhh.

Itu jelah cerita raya kami kat kampung untuk tahun ni. Kita sambung beraya kat Putrajaya la pulak. Akhir kata, mohon ampun dan maaf sekiranya terkasar bahasa sepanjang penulisan di blog ni. Maaf zahir & batin ye.

cerita raya kami
Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga