Tetibe nak cakap pasal anak kedua. Since aku merupakan anak kedua, dan Ayra pun anak kedua, aku dapat rasakan ciri-ciri yang ada pada Ayra tu refleksi diri aku masa kecik2 dulu. Kalau mrR baca ni mesti dia akan bahan aku je bila Ayra buat perangai, haha. 
 
Ni bukan pasal nak masuk bakul angkat sendiri atau bukak pekung di dada ye, aku cuma nk cari titik persamaan di antara kami berdua. Semua manusia pun dilahirkan ada ciri positif, dan tentunya ada yang negatif. Kita bukannya maksum kan? So kena berlapang dada, percaya bahawa kelemahan diri tu boleh diperbaiki InshaAllah dengan izin Allah swt. 

Aku taknak la bercakap pasal kelebihan, kang orang igt perasan atau syok sendiri pulak kan. So moh kita cerita pasal kelemahan. Aku senaraikan semua ciri-ciri negatif yg ada pada diri aku, dan aku dapati hampir kesemua ciri tu ada pada Ayra. Oh no, janganla ikut yg negatif. Negativity please go away!! Di antaranya adalah :

1. Cepat terasa / Sensitif
2. Keras kepala
3. Suka pendam perasaan
4. Sukar difahami
5. Suka menyendiri dalam certain condition
6. Pentingkan orang lain dari diri sendiri
7. Suka tarik perhatian
8. Kuat menangis
9. Tak pandai pujuk
10. Sukar terima arahan

Ni pulak sumber aku ambik dari mr google : banyak oii yang kena batang hidung sendiri, huaaaaa

76 ciri anak kedua
  • Berbakat dalam semua sukan yang diceburinya. Kalau boleh semua sukan dia nak masuk. - not me
  • Walaupun seorang yang peramah tapi sifat pemalunya still ada .
  • Senang bekerjasama dengan dia. Seorang yang open minded :)
  • Cepat salah faham sebelum bertanya perkara yang sebenar. Bersifat sensitif. Ya sangat sensitif orangnya.
  • Banyak buat orang ketawa dan banyak juga buat orang menangis :)
  • Selagi dia boleh buat sesuatu perkara tu. Dia takkan minta orang lain untuk membantunya. Tak suka susahkan orang lain.
  • Orang nampak dia macam sombong, tapi bila dah tegur or kenal. Haa amik kau bercakap tak henti henti.
  • Senang percayakan orang. Kekadang baru je kenal dah cerita macam macam pasal dia kat orang.
  • Paling pantang bila dia minta sesuatu barang tu orang tak bagi, then bila dia dah taknak baru terhegeh hegeh nak bagi.
  • Kalau dah suka satu lagu tu dia akan ulang banyak kali.
  • Kalau orang sedih mesti cari dia.
  • Tak pandai memujuk. Memang failed bab bab memujuk ni.
  • Mudah risau and suka paksa paksa orang. Orang lain paksa dia tak boleh.
  • Cepat rasa kesian dengan orang lain.
  • Suka menolong. Selagi dia boleh tolong dia akan tolong dengan bersungguh-sungguh :)
  • Suka mandi lambat. Kekadang je mandi awal.
  • Cepat sangat terasa kekadang orang tak cakap pasal dia pun. Dia tetap terasa juga.
  • Makin dilayan makin mengada.
  • Kalau lepak dengan dia tak sah kalau tak gelak. Sikit sikit gelak :P
  • Mempunyai suara yang sedap. Kalau dapat mic tak lepas punyalah. Mula mula je segan nak nyanyi. - not me
  • Sangat memahami perasaan seseorang. Tidak boleh lihat orang dalam keadaan susah mesti nak rasa nak tolong punya.
  • Sesetengah orang je boleh faham dia
  • Bila kawan dia tengah sedih dia lah yang gembirakan kawan dia dengan lawaknya.
  • Pendiam bila dia ada masalah. Kalau tak dia lah orang yang paling bising. Pot pet pot pet ~
  • Sangat pemalas. Kekadang benda yang ada depan mata dia pun dia still suruh orang yang tolong ambilkan.
  • Tidurlah lewat mana pun kalau kunci jam pasti akan sedar and bangun punya. - not me
  • Suka tidur lambat, bangun pun jadinya lambat.
  • Kalau orang tak kacau dia, dia takkan kacau orang tu melainkan dia hanya bergurau (Sakat-menyakat)
  • Kalau dah sayangkan someone or something dia akan jaga dengan baik.
  • Paling pantang bila moody orang tanya "Kau takde mood ke wehh?" Time tu hanya kaki je mampu bercakap.
  • Selalu cakap besar je tapi apa pun taktahu kekadang.
  • Pandai jaga hati orang, hati dia terluka takpe asalkan dapat puaskan hati orang lain.
  • Suka ingat tarikh lagi lagi kalau tarikh penting.
  • Apa yang dia cakap dia akan buktikan or buat. Jangan sesekali cakap dia penipu or pembohong and what so ever.
  • Kalau dia banyak duit dia akan belanja kengkawan dia, but kalau dia takde duit jangan cakap dia kedekut pula.
  • Bersabar selagi mampu, and kalau tahap kesabaran dia dah lebih had, dia akan luahkan segala-galanya.
  • Bila ada makanan pandang pun tak, bila takde makanan baru terhegeh-hegeh tanya mana makanan.
  • tak memilih kawan, dia selalunya yang memulakan satu conversation, taktahu malu.
  • Anak ke-2 are usually suka benda yg bersih. Even dia pemalas pun, tapi yg penting diri dia bersih. Surrounding? Dia takpeduli.
  • sifatnya yg jjur mmbuatkn snng didekati org . Ttap mnjge ssuatu hbungn dgn baik wlaopn dye tau yg hbungn tuh x kekal .
  • Kalau mood tengah rajin, jangan tanya kenapa satu rumah kemas dan bersih.
  • Kalau takde dia kita akan rasa sunyi sebab dialah yang meriuhkan keadaan.
  • Kalau tengah lapar sesangat, jangan sesekali berani kacau, minta sikit pun belum tentu dapat.
  • Akan menjadi gila-gila bila dengan orang yang sekepala dengan dia.
  • Lasak, sukakan perkara yang lain daripada yang lain, tak suka orangsakat dia, dia sakat orang takpe. - not me
  • Pemalas,loyal,pelik and kadang-kadang suka bahan orang
  • suka merepek , kdang-2 buat orang panas. tapi bila takda, orang rasa sunyi.
  • Tak suka mandi kalau boleh sehari sekali je. Lagi lagi mandi malam.
  • Kekadang dapat baca fikiran orang.
  • Senang hargai sesuatu barang or seseorang.
  • suka senyum walaupun dalam hati terluka :3
  • Agak susah nak move on bila dilukai tapi tetap senyum dan cuba untuk menggembirakan hati sendiri.
  • Banyak idea, cerewet dalam soal makanan, kekadang seorang yang pelupa, tahap kesabaran sukar dikawal.
  • Suka akan budak-budak and kekadang perangai dia pun mengalahkan budak-budak.
  • Seorang yang sangat sangat mengambil berat.
  • Dalam keadaan serious pun kekadang boleh lagi buat relax dengan lawaknya.
  • Senang percayakan orang, seorang yang pemaaf, garang but sweet ;)
  • Kalau dia dah taknak tu janganlah berharap dia akan tukar fikiran, tak pandai uruskan masa.
  • Malas buat kerja rumah, suruhlah buat apa pun pasti ada je benda tak siap.
  • Kalau tengah marah janganlah cuba buat lawak bodoh confirm kena maki punya - not me, no maki2
  • Kalau dapat berangan sampai benda yang tak logik pun dia angankan ;)
  • Jujur orangnya, memahami, pendengar yang baik dan juga penasihat yang baik.
  • Suka cari penyakit.
  • Suka sangat menguji tahap kesabaran seseorang.
  • Romantik, kadangkala jiwang.
  • Sangat memilih makanan yang hendak dimakan, kalau tak suka lebih rela tak makan.
  • Sanggup berkorban apa sahaja demi orang yang dia sayang, sering juga dilukakan tapi tetap tabah :)
  • Pandai ambil hati orang lain, tak pandai pujuk, tak kuat makan, bersahaja.
  • Berani tapi sebenarnya buat buat berani je lebih xP
  • Kuat perasan, pantang dipuji, makin dipuji makin perasan, cakap banyak mengalahkan mak nenek.
  • Suka tangguh tangguh buat kerja :P
  • Mudah simpati, cepat risau, suka buat fake smile, berdikari.
  • Lawak, penyabar but kekadang tak sabar juga, penyayang, matang dalam sesuatu hal.
  • Cepat mengalah lagi lagi dengan orang istimewa, suka menolong, tidak mudah putus asa but kekadang putus asa juga.
  • Kuat berangan, suka tidur, aktif, peramah, tidak sombong, baik hati.  
  • Pemalas, kalau rajin pun ikut mood, suruh buat kerja baru buat, kalau tak suruh tak buat.