As usual sekolah/tadika/taska akan adakan majlis sambutan hari raya. Tahun ni tadika Airis buat pada 10 Syawal 1437H / 15 Julai 2016. Kali ni awal lagi Airis dah cakap nak pakai baju raya cantik2, taknak kejadian sambutan hari guru berulang la tu. Haha.

Aku plan nak pakaikan dorang baju raya sedondon yang ditempah aritu, sayang je buat mahal2 pakai kejap sangat. Masa 1st raya aritu pakai sejam je kot, pastu masing2 dah nak tanggal. Tup2 kalini pun dia taknak pakai baju tu. Lebih suka jubah simple dimple ni jugak. Jubah ni aku beli as an extra je, sbb fmly aku nk theme mint green, n kebetulan jumpa yg ni menepati tema. Harus diakui walaupun tak gojesss sangat tapi sangat selesa utk budak2. Dah dia insist sangat nak pakai jubah so mama pasrah..pakailah nak. Si adik pun nak jugak berjubah, padahal sambutan raya belum buat lagi kt taska dia. Nanti dah ade mst dia nak pakai jubah ni jugak. Kantoi la baju dah pakai ulang kali. Haha mama memang over!

Tahun ni aku tak beli pun kasut/sandal baru untuk dorang pakai beraya. Ingat nak pakaikan sandal frozen yg dibeli kt Parkson few months ago. Tup2 tokma p belikan selipar hello kitty RM10 tu untuk dorang pakai harian, terus jadi 'kasut' raya. Haha. Tapi untuk ke tadika ni aku tak bagi la dia pakai selipar tu, kang dia termalu alah dengan kawan2 yang pakai kasut cecantik lak. Seb baik kasut yg Makdak belikan dulu dah muat, so pakaikan yang tu. Si adik pulak bila tgk kakak pakai kasut, dia pun nak berkasut. Takde choice, dia pakai sneakers adidas kakak dulu. Bila ingatkan balik, belum penah lagi belikan any sneakers untuk adik, asyik pakai yg kakak dlu je, which i think not fair at all!! Airis ni kerap dapat kasut, rasanya dah 4pairs sneakers dia ada, belum campur kasut2 lain. Adik pulak tak penah dapat kasut, asyik beli selipar rm10 je..huhu. Papa, sila belikan a pair of adidas shoe for adik. lagipun sneakers tu dah kecik, ngam2 je tu sooner mst xleh pakai langsung dah.