Pages

Monday, June 20, 2016

Chicken Pox & Ayra

 
Holla bersua kembali kita.
 
Nak sambung entry chicken pox Ayra yg lepas. Dan macam drama bersiri pulak. hihi
 
Day 7: 17/6/2016 - Jumaat
Ayra stay dgn papa lagi, nampak dia pun semakin rapat dengan papa, bangun tido bukak mata je tanya papa. Hehe bolehla tinggalkan dgn papa lagi pasni. Tengahari aku balik rumah tengok mata dia merah, tanya mr Papa katanya Ayra gosok mata, so okeyla. Lepas mrR balik solat jumaat aku masuk ofis semula. Petangnya balik tengok still lagi merah, aku dah mula risau. Takkan sakit mata pulak. Aku tenung mata dia dalam-dalam takde pulak nampak bintik ke ape. Takpe sabar dulu esok tengok cemana kalau merah lagi memang kena ke doc la jawabnya. Yang si papa boleh je cool, macam takde ape2 jadi. Biasalah benda2 camni Mak-Mak je yang lebih prihatin, gabra lebih. Huhu. 
 
Day 8: 18/6/2016 - Sabtu
Pagi tu bangun tengok mata Ayra still merah so aku decide nk bawak ke klinik. Risau weh, mata kot bukan senang nk ubat. Setelah diperiksa, doc cakap chicken pox tu jadi kt mata dia. Kalau ikutkan hampir 99% blister semua dah kering, tinggal kt tapak tangan je 2 biji yang masih gelembung. Doc cakap virus tu still boleh merebak sebab masih aktif so still kena kuarantin, takdapatla nk ke sekolah Isnin depan. Huhu. Cuti lagi la mama n papa dia. Sobsss. Doc bagi ubat titik mata, kena titis setiap 4 jam. Meraung-raung mek tu tiap kali aku nak titiskan ubat, adoyai. Memandangkan blister dia ade lagi yang belum meletup jugakla menyebabkan aku tak masak untuk berbuka. Kiranya sejak dia sakit memang aku gantung periuk belanga, yelah petua orang tua tak boleh menumis menggoreng so aku pasrah. Cuma untuk dia aku masak jugak sup ayam, singgang ikan etc yang rebus2 tu. Kebetulan pulak Ayah aku datang, kena jamu lauk bazar jela, kesian pulak kt ayah aku. Huhu. Oh petang tu jugak mrR beli murtabak edy legend kt tepi Uniten tu, sedap baq hang. Tapi Ayra pun kalut nak makan sama, huhu terpaksa la aku bagi jugak sikit. Penyudahnya blister kt tangan dia nampak macam ade nanah sikit. Hurmmm calamine lotion dan abis so aku tempek bedak sejuk campur kunyit je malam tu.
 
Day 9: 19/6/2016 - Ahad 
Setelah berhempas pulas paksa titiskan ubat ke mata, merah dia dah makin kurang. Lega sikit rasa. Ayah aku ke padang burung di Kg Medan, mrR pulak keje so aku ambik kesempatan memasak. Tengok dalam fridge ade stok ayam je so aku decide utk masak sambal bali & sup ayam untuk berbuka. Yeehaa sedapnya dapat makan masakan sendiri, puas makan walaupun sambalku terlajak garam (-_-)* Tapi still pegi bazar, mintak mrR belikan kuih puteri ayu yang kaler hijau tu. Lupe pulak yang kuih tu ade letak telur. Ayra pun yang tak boleh makan tu dia nak sangat. Huhu. Memang selagi dia tak bebtul sembuh kena jaga la bab makan, yang dia takleh makan tak boleh beli lgsg. Silap aku la sebab nak makan benda tu. Im sorry dik.

Day 10: 20/6/2016 - Isnin
Harini mrR pulak jadi Mr Papa, jaga Ayra. Tapi dia kedekut cuti, so dia bawak Ayra ke ofis!!sigh. Pagi2 aku bekalkan cornflakes, koko krunch, roti & susu sebotol. Tengahari ade org jual nasi dan lauk untuk berbuka aku ambik kesempatan beli nasi separuh dan letak sayur campur untuk Ayra. Ade member tanye aku tak posa ke campur lauk dgn nasi bagai??Haha. Seb baik takde staf laki, kalau tak i is malu la.Haha. 

 

No comments:

Post a Comment