Pages

Monday, June 6, 2016

Airis Batrisya :: My First Ramadhan

 

 
Airis ni beriya nak berpuasa, ikutkan aku takyah lagi la..budak tu belum 5 tahun lg pun, 4thn8bln to be exact..longggg way to go..maybe nextyear boleh try halfday ke kan. Well, itulah perancangannya.

Maybe kat sekolah teacher duk cakap pasal berpuasa, so dia pun nk try. Okey give her a chance, aku cakap awal2 kalau nak berpuasa kakak kena tido awal, bgn awal untuk bersahur pastu takleh makan n minum sampai azan maghrib, tapi kalau kakak tak larat bagitau tecer then boleh buka puasa..dia angguk kan je, paham la tu kot.

Pagi tadi masa nk kejut mrR bangun bersahur aku tak kejut pun dia ni, sebab rasa macam takyah puasa arini, kita try masa weekend nanti je tapi dai boleh pulak terjaga sendiri, siap nangis sebab mama tak kejut bangun sahur, mujur masa tu belum azan subuh so aku suruh dia cepat2 makan..bersuap la tu pun *sigh*

Dari subuh sampai ke pagi takmo tido balik dah, aku risau dia mengantok kt sekolah je nanti, tapi dia taknak tido nak paksa macam mana kan. Dan mandi bersiap semua dia cakap nak aku hantarkan ke sekolah, siap pesan nanti mama bagitau teacher yang kakak puasa tau..ewahh taknak cakap sendiri nk kiter lak cakapkan. Airis ni pesen malu2 kucen, apa2 hal mesti nak aku atau papa dia je bagitau..haha

Pukul 12 lebih aku duk kat ofis mula risau, macam mana la keadaan budak ni, berkali pesan kat teacher dia kalau dia tak larat tolong bagi dia makan..aku taknak push sangat dia buat masa ni..bak kata papa dia, sebelum berpuasa penuh pastikan dia solat cukup 5 waktu dulu, so far Airis dah pandai solat zuhur, asar n maghrib..biasanya time Isyak aku tak ajak dia solat sebab aku sendiri pun kadang solat lewat lepas dia dah tido..huhu pasni mama ajak kakak solat, kita solat awal waktu ye..kiki

Macam pagi tadi pun aku ajak dia solat subuh, dia bermalas-malasan. Aku tanya dia solat subuh ade berapa rakaat?dijawabnya dua..kira tau la tu, tapi dia tak pandai doa qunut katanya, takpe kakak nanti pelan2 belajar lama2 pandai la eh..

love u kakak, muahh

daa

No comments:

Post a Comment