4.5.2016
Date untuk sign S&P Agreement untuk rumah PPA1M
 
Alkisahnya beberapa tahun lepas ( awal 2013) aku ade mohon untuk skim PPA1M yg dilancarkan oleh kerajaan untuk bantu penjawat awam miliki rumah pertama di Putrajaya ni..masa tu memang berharap sangat la dapat sebijik rumah, walaupun dah sedia maklum rumah apartment jugak..dan harga pun takdela murah sangat compared to skim PR1MA..dan nak dijadikan cerita aku berjaya dalam cabutan undi (dorang pakai sistem cabutan undi untuk tentukan pemohon yang berjaya ye..so dikira bertuah la kot ye..haha) dan dapatla rumah kt Presint 17 - Selasih, Blok B, Tingkat 10, keluasan 1,200kps..harga RM260k..masa tu of course la excited to the max.. 

Setahun lepas tu, aku tengok projek tu mcm terbengkalai, takde ape pn yg jadi..tanah masih mcm hutan..yg ada cuma zink penghadang dan papan tanda..makin lama rasa makin tawar hati..perasaan eksaited dahulunya semakin berkurangan..sampaila aku balik kampung cuti bersalin (2014) nak dijadikan rezeki kami, aku dapat beli rumah landed semi-d kat alor setar, yang mana memang menjadi idaman kalbu selama ni..harga pn masih affordable walaupun kebanyakan rumah baru naik kt alor setar masa tu dah melonjak ke angka rm300k++..alhamdulillah proses pembelian berjalan lancar, walaupun masa tu aku tengah berpantang..dan disebabkan aku guna loan bpp masa tu so aku tak perlu keluarkan duit yang banyak untuk deposit bagai..seingat aku cuma byr rm2k kt pemaju untuk urusan pendaftaran letrik, air, cukai tanah & cukai pintu..dan ade balance lg lepas dah selesai pemaju pulangkan dalam bentuk cek..pendek kata takde masalah langsung la, bayangkan beli rumah bulan april 2014, setahun lepas tu kitorg dapat kunci rumah..dan bulan julai 2015 baru start bayar ansuran bulanan
Rumah tu sekarang kami sewakan kepada penyewa yang sangat baik, rumah dijaga dengan rapi..langsung tak ralat walaupun kadar sewaan cuma half dari bayaran ansuran, daripada terbiar takde org duduk kan..lepas dapat kunci tu agak banyak jugakla berhabis untuk kipas, lampu, wiring, car, grille & etc..rasanya dalam rm20k jugak total semua tu, kire abisla duit simpanan hasil pengeluaran kwsp aku sepanjang 3 thn servis gomen tu..huahuahuaa nk kumpul balik bukannya mudah oii..nk keluar kejap je, macam air paip!! itu pun belum buat kitchen cabinet, sebab dah takde modal haha..
Lepas dapat rumah tu, aku memang decide untuk tolak tawaran rumah PPA1M tu..yelah mana nak mampu byr ansuran lagi..yg satu pn dh separuh gaji aku..nk tambah lg alamatnya makan pasir jela aku kot..tapi bila dorg panggil sign agreement ni hati aku jadi berbelah bahagi..sayang pulak kalau tak ambik peluang..rumah kt Putrajaya kot..bukan senang nk dapat dgn harga yg macam tu..kitorg dah pegi sekali sesi signing tapi tak sign sebab konon nk fikirkan dlu..balik tu aku decide untuk tolak..dan taknak pikir pun pasal tu..tup2 dorg antar msg untuk final call, sign agreement arini..huaaa terus terfikir2 balik..alahai sayangnyeeeeeeee
Actually kitorg dah survey dgn bank, mostly boleh bagi 90% loan..so another 10% = RM26k kitorg kena bayar cash kepada developer..itu satu hal..pastu segala stamping, mot, strata title fee, aku anggarkan dalam 5% which is RM13k.. last but not least, segala wiring kipas lampu cat etc kurang2 pun kena ada RM20k (macam previous experience)..so total cash in hand at least RM59k..memang impossible la bagi kami..huaaa nangis...boleh memang boleh nk berjimat cermat, save duit gaji tiap2 bulan, ikat perut tapi bila fikirkan balik what for?sebab kebendaan tu kitorg tak boleh makan sedap2, tak boleh balik kampung, tak boleh enjoy weekend berjalan2, n macam2 lagi kot yg kena stop..oh aku tak sanggup..biarla duduk kuarters je kt sini, sooner or later aku akan ditukarkan, maybe kt kedah so dapat reno rumah cantik2 duduk je kt sana..meanwhile bertabahlah duduk kuarters bph ni dlu..haha (sedapkan hati sendiri je tu)
So yeah...today is the day..aku dengan berat hatinya melepaskan rumah pangsa itu kepada pemilik yang lebih layak..sekian..