Tabung AA

Wednesday, January 13, 2016

Resepi :: Agar-Agar Santan Pandan

 
 picture credit to iresipi.com
 
Bahan-bahan :
*Agar-gara tali 20g
*Air 1 liter
*200ml Susu Pekat dicampur dengan 100ml air
*100ml air dikisar dengan 5 helai daun pandan (paste)
*120g gula
*1 biji telur

Cara-cara :
1. Basuh agar-agar tali, rendam seketika
2. Rebus agar tali bersama 1 liter air
3. Masukkan gula dan paste pandan. Boleh tambah pewarna hijau beberapa titik
4. Kacau sehingga agar-agar larut
5. Campurkan telur ke dalam santan, kacau dan tuang ke dalam periuk bila agar-agar dah larut.
6. Kuatkan api, biarkan mendidih selama seminit, jangan sampai meruap.
7. Tutup api, tuang ke dalam bekas yang telah dibasahkan terlebih dahulu.
8. Biarkan sejuk, bahagian bersantan akan naik ke atas perlahan-lahan so jangan usik atau angkat sebelum betul-betul keras, nanti bahagian atas dan bawah akan bercampur semula.
9. Bila dah sejuk, boleh masukkan ke dalam peti sejuk
Siap untuk dimakan!!

No comments:

Post a Comment