Salam..selamat bercuti buat semua rakyat malaysia
Setelah sekian lama memendam hasrat masak ikan siakap sweet sour,arini dapat jugak ke pasar beli ikan siakap laut yg fresh kt pasar borong selangor..sekor ikan lebih 1kg beratnya, rm15 je..kalau g mkn kt kedai sekor siap masak mau cecah rm35 kot..kalau sedap takpe,puas hati..tapi kalau rasa tak seindah harga itu yg buat hati terkilan je..
Resepi ni aku dh penah buat sekali,mg memenuhi citarasa..yelah kalau ditanya pd pakcik gugel mg pelbagai resepi yg dia bg..pilih je yg mana suka kan..so bila dh try sekali n rasanya sedap, better simpan kt sini so next time tak perlu susah bertanya pakcik gugel lg..hehe..jom cekidaut
Bahan-bahan:
- 1 ekor ikan siakap
- 6 ulas bwg putih diketuk/dicincang
- 1 inci halia dihiris halus
- 8 bj cili padi
- 1 btg serai dihiris halus
- 4 sb sos cili thai
- 4 sb sos tomato
- 2 sb sos tiram
- 2 sb sos ikan
- 1 potong nenas dihiris dadu
- 1 bj tomato dipotong dadu
- setengah bj lada benggala dipotong dadu
- 1 bj bawang besar dipotong dadu
- 1 helai daun limau purut
- 1 btg serai dititik
- garam, kunyit secukup rasa
- tepung jagung
Cara-cara:
1. Lumurkan ikan dengan garam & kunyit. Kemudian lumurkn tepung jagung sebelum menggoreng. Goreng ikan hingga garing daa cukup masak.
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih, halia, cili padi dan serai yg telah dihiris halus sehingga garing dan naik bau. Masukkan serai yg dititik dan daun limau purut.
3. Masukkan campuran sos cili, sos tomato, sos ikan dan sos tiram ke dalam kuali.
4. Masukkan nenas yg dipotong dadu
5. Masukkan tomato, bawang besar dan lada benggala yg dipotong dadu.
6. Perasakan dgn garam. Tutup api.
7. Curahkan kuah ke atas ikan yg dah digoreng tadi..siap untuk dimakan
Senang je kan..kalau korang suka jns berkuah boleh tambah air setengah cawan gitu..aku suka xberkuah sgt..sebab tu tak masukkan air..
Gambar ikan yg dah siap dimasak takde..lepas siap mkn terus rs lapar dan makan smpai tinggal tulang..haha